Khamis, 7 Mac 2013
Rabu, 6 Mac 2013
Kisah Nabi Musa Menampar Malaikat Maut
Ahad, 2 Disember 2012
Alkisah Sekeping Syiling
Alkisah sekeping duit syiling RM1…
Ustaz Dollah berasal daripada satu kampung daif yang tidak mempunyai kemudahan surau untuk bersembahyang. Atas inisiatif sendiri, beliau terpaksa keluar berkuliah di bandar dan pekan yang lebih besar untuk memungut derma untuk pembinaan sebuah surau di kampungnya.
Ustaz Dollah bersama penolongnya Karim berjalan kali dari bandar ke bandar, kerana tidak mahu memb
Ustaz Dollah berasal daripada satu kampung daif yang tidak mempunyai kemudahan surau untuk bersembahyang. Atas inisiatif sendiri, beliau terpaksa keluar berkuliah di bandar dan pekan yang lebih besar untuk memungut derma untuk pembinaan sebuah surau di kampungnya.
Ustaz Dollah bersama penolongnya Karim berjalan kali dari bandar ke bandar, kerana tidak mahu memb
azirkan duit hasil derma orang ramai untuk membina surau
bagi menampung kos pengembaraannya.
Semua duit yang dikumpulkan Ustaz Dollah akan dipegang oleh Karim.
Satu hari ketika dalam perjalanan ke bandar lain setelah selesai satu kuliah, Ustaz Dollah melalui satu rumah yang sedaif seperti di kampungnya. Seorang wanita tua keluar daripada rumah tersebut dalam bertanya… “Adakah awak ini Ustaz Dollah yang sedang mencari derma untuk bina surau?”
“Ya saya.”
“Tunggu sekejap.”
Nenek tua balik ke rumahnya.. setelah beberapa ketika, nenek kembali menghulurkan duit syiling RM1 kepada Ustaz Dollah sebagai derma.
“Diharap orang kampung ustaz dapat tempat untuk bersolat lima waktu tidak lama lagi,” kata nenek itu sebelum kembali ke rumahnya yang serba kekurangan.
Ustaz Dollah berterima kasih dan meneruskan kerja dakwahnya dan mengumpul derma.
Karim meminta Ustaz Dollah untuk memberikan RM1 itu untuk dijaganya bersama wang derma yang lain.
“Ini ana simpan sendiri,” kata Ustaz Dollah.
“Duit besar-besar pun ustaz bagi ana simpan. Cek ratus-ratus, ustaz bagi ana simpan. Tapi ustaz tak percaya pada ana untuk jaga duit syiling RM1 ini?” soal Karim secara bersindir terhadap tindakan Ustaz Dollah.
“Jika seseorang mempunyai rumah besar, kereta dan mendermakan duit RM100 kepada kita, ia tidaklah hairan dan bermakna sangat. Tapi duit syiling RM1 mungkin itulah saja hartanya yang ada untuk nenek tadi. Nenek telah memberi segalanya yang ada untuk kita untuk membina surau. Walaupun hanya RM1, tapi niat nenek itu sangat ikhlas. Dan sebab itu, ana menghargai duit syiling RM1 daripada duit-duit derma yang lain,” jelas Ustaz Dollah.
Dapat isi tersirat?
Senyum.
Semua duit yang dikumpulkan Ustaz Dollah akan dipegang oleh Karim.
Satu hari ketika dalam perjalanan ke bandar lain setelah selesai satu kuliah, Ustaz Dollah melalui satu rumah yang sedaif seperti di kampungnya. Seorang wanita tua keluar daripada rumah tersebut dalam bertanya… “Adakah awak ini Ustaz Dollah yang sedang mencari derma untuk bina surau?”
“Ya saya.”
“Tunggu sekejap.”
Nenek tua balik ke rumahnya.. setelah beberapa ketika, nenek kembali menghulurkan duit syiling RM1 kepada Ustaz Dollah sebagai derma.
“Diharap orang kampung ustaz dapat tempat untuk bersolat lima waktu tidak lama lagi,” kata nenek itu sebelum kembali ke rumahnya yang serba kekurangan.
Ustaz Dollah berterima kasih dan meneruskan kerja dakwahnya dan mengumpul derma.
Karim meminta Ustaz Dollah untuk memberikan RM1 itu untuk dijaganya bersama wang derma yang lain.
“Ini ana simpan sendiri,” kata Ustaz Dollah.
“Duit besar-besar pun ustaz bagi ana simpan. Cek ratus-ratus, ustaz bagi ana simpan. Tapi ustaz tak percaya pada ana untuk jaga duit syiling RM1 ini?” soal Karim secara bersindir terhadap tindakan Ustaz Dollah.
“Jika seseorang mempunyai rumah besar, kereta dan mendermakan duit RM100 kepada kita, ia tidaklah hairan dan bermakna sangat. Tapi duit syiling RM1 mungkin itulah saja hartanya yang ada untuk nenek tadi. Nenek telah memberi segalanya yang ada untuk kita untuk membina surau. Walaupun hanya RM1, tapi niat nenek itu sangat ikhlas. Dan sebab itu, ana menghargai duit syiling RM1 daripada duit-duit derma yang lain,” jelas Ustaz Dollah.
Dapat isi tersirat?
Senyum.
Selasa, 27 November 2012
Kisah Nabi Musa Dengan Wanita Penzina
Pada suatu senja yang
lenggang, terlihat seorang wanita berjalan terhuyung-huyung. Pakaiannya
yang serba hitam menandakan bahawa dia berada dalam keadaan yang
berdukacita. Tudungnya hampir menutup seluruh wajahnya. Tanpa hias muka
atau perhiasan menghiasi tubuhnya. Kulit yang bersih, badan yang ramping
dan rauk wajahnya yang ayu, tidak dapat menghapuskan kesan kepedihan
yang dialaminya. Dia melangkah terseret-seret mendekati kediaman rumah
Nabi Musa a.s. Diketuknya pintu perlahan-lahan sambil mengucapkan salam.
Maka terdengarlah ucapan dari dalam “Silakan masuk”.
Perempuan cantik itu
lalu berjalan masuk sambil kepalanya terus tunduk. Air matanya berderai
ketika mula berkata, “Wahai Nabi Allah. Tolonglah saya. Doakan saya agar
Tuhan berkenan mengampuni dosa keji saya.”
“Apakah dosamu wahai wanita?” tanya Nabi Musa a.s. terkejut.
“Saya takut mengatakannya.” jawab wanita cantik itu. “Katakanlah jangan ragu-ragu!” desak Nabi Musa.
Maka perempuan itupun berkata, “Saya… telah berzina."
Kepala Nabi Musa
terangkat, hatinya tersentak. Perempuan itu meneruskan, “Dari perzinaan
itu saya telah hamil. Setelah anak itu lahir, terus saya cekik lehernya
sampai mati,” ucap wanita itu lalu menangis teresak-esak. Nabi Musa
berapi-api matanya. Dengan muka berang ia mengherdik, “Perempuan celaka,
pergi kamu dari sini! Agar bala dari Allah tidak jatuh ke dalam rumahku
kerana perbuatanmu. Pergi!” teriak Nabi Musa sambil memalingkan mata
kerana jijik.
Perempuan berwajah ayu
dengan hati bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh segera bangkit
dan melangkah keluar. Ratap tangisnya amat memilukan. Dia tidak tahu
harus kemana lagi hendak mengadu. Dia tidak tahu mahu dibawa kemana lagi
kaki-kakinya. Bila seorang Nabi sudah menolaknya, bagaimana pula
manusia lain bakal menerimanya? Terbayang olehnya betapa besar dosanya,
betapa jahat perbuatannya. Dia tidak tahu bahawa sepeninggalnya,
Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.
Jibril lalu bertanya,
“Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak bertaubat dari
dosanya? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar daripadanya?” Nabi
Musa terperanjat. “Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita
pezina dan pembunuh itu?” Maka Nabi Musa dengan penuh rasa ingin tahu
bertanya kepada Jibril. “Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada
perempuan yang nista itu?”
“Ada!” jawab Jibril
dengan tegas. “Dosa apakah itu?” tanya Musa a.s. “Orang yang
meninggalkan solat dengan sengaja dan tanpa menyesal. Orang itu dosanya
lebih besar dari pada seribu kali berzina.”
Mendengar penjelasan
itu, Nabi Musa kemudian memanggil wanita tadi untuk berjumpanya kembali.
Nabi Musa memohonkan ampun kepada Allah untuk perempuan tersebut. Nabi
Musa menyedari, orang yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja dan
tanpa menyesal adalah sama seperti mengakui bahawa sembahyang itu tidak
wajib dan tidak perlu atas dirinya. Seakan-akan menganggap remeh
perintah Tuhan, bahkan seolah-olah menganggap Tuhan tidak mempunyai hak
untuk mengatur dan memerintah hamba-Nya.
Sedangkan orang yang
bertaubat dan menyesali dosanya dengan sungguh-sungguh memberikan maksud
yang dia masih mempunyai iman di dadanya dan yakin bahawa Allah itu
berhak keatas dirinya. Itulah sebabnya Tuhan pasti mahu menerima
kedatangannya.
Malah dalam satu hadis Nabi s.a.w. berkata
“sesiapa yang meninggalkan sembahyang dengan sengaja, maka ia kafir terang-terangan”
(H.R. Atthabarani)
Dalam hadis Nabi s.a.w. disebutkan:
“Orang
yang meninggalkan solat lebih besar dosanya dibanding dengan orang yang
membakar 70 buah Al-Quran, membunuh 70 nabi dan bersetubuh dengan
ibunya di dalam Ka’bah. Dalam hadis yang lain disebutkan bahawa orang
yang meninggalkan solat sehingga terlewat waktu, kemudian ia
mengqadanya, maka ia akan diseksa dalam neraka selama satu huqub. Satu
huqub adalah lapan puluh tahun. Satu tahun terdiri dari 360 hari,
sedangkan satu hari di akhirat perbandingannya adalah seribu tahun di
dunia.”
Jumaat, 9 November 2012
Pemuda Yang Dikahwini Dengan Bidadari Syurga
Pemuda
Yang Dikahwini Dengan Bidadari Syurga
Salam Jumaat !! :D
Perkongsian
dengan anda semua mengenai satu kisah yang bertajuk "Pemuda Yang Dikahwini
Dengan Bidadari Syurga". Bertuah sungguh pemuda berkenaan. Pemuda
berkenaan dikenali sebagai Sa'ad bin Assulami, salah seorang daripada sahabat
Rasulullah s.a.w.. Begini kisahnya:
Pada
suatu hari, Sa’ad bin Assulami datang bertemu Rasulullah s.a.w. dan berkata:“
Ya Rasulullah, apakah akan terhalang seseorang itu masuk syurga disebabkan
mukanya yang hitam dan hodoh?” Lalu Rasulullah s.a.w. bersabda: “Tidak, demi
Allah yang jiwa aku di tangannya selama mana kamu yakin kepada Tuhan kamu dan
ajaran Rasul-Nya.”
Maka
Sa’ad berkata: “Ya Rasulullah, demi Allah yang memuliakan kamu dengan kenabian.
Saya telah mengucapkan kalimah syahadat kira-kira lapan bulan yang lalu dan
saya telah datang ke sini untuk meminang seorang yang ada di sini tetapi mereka
semua menolak pinanganku dan mengatakan saya ini hitam dan hodoh”. Sa’ad
berkata lagi:“ Ya Rasulullah, sebenarnya saya adalah daripada keturunan yang
baik iaitu dari suku Bani Sulaim, hodohnya saya adalah daripada keturunan ibu
saya.”
Kemudian
Rasulullah s.a.w. bertanya kepada yang hadir:“ Adakah Amru bin Wahab yang baru
masuk Islam daripada suku kaum Tsaqief berada di sini?” Maka yang hadir berkata:“
Tidak ada ya Rasulullah.” Lalu Rasulullah s.a.w. bertanya kepada Sa’ad:“ Adakah
kamu mengetahui dimana rumahnya?” Sa’ad berkata:“ Ya, saya tahu dimana
rumahnya, ya Rasulullah.” Rasulullah s.a.w. lalu berkata:“ Pergilah kamu ketuk
rumahnya perlahan-lahan kemudian kamu beri salam kepadanya. Apabila dia
mengizinkan kamu masuk, maka katakan kepadanya bahawa Rasulullah s.a.w.
mengahwinkan aku dengan puterinya.”
Amru
bin Wahab mempunyai seorang puteri yang sangat cantik dan cerdik yang bernama
Atiqah. Selepas Sa’ad tiba di rumah Amru, dia disambut dengan begitu baik
sekali walaupun Amru tidak berapa senang dengan kedatangannya disebabkan
mukanya yang hitam dan hodoh. Amru semakin tidak senang apabila Sa’ad
menyampaikan kata-kata Rasulullah s.a.w.. Dia menolaknya dengan cara kasar
hingga menyebabkan Sa’ad terus keluar dan bertemu Rasulullah s.a.w..
Sebaik
sahaja Sa’ad pergi, maka puterinya berkata:“ Wahai ayahku, carilah keselamatan
sebelum turunnya wahyu membuka perbuatan kamu itu. Jika benar Rasulullah mengahwinkan
aku dengan orang itu, maka aku terima dengan hati terbuka dan rela. Aku rela
atas apa yang diredakan oleh Allah dan Rasul-Nya untukku.”
Maka
pergilah Amru ke majlis Rasulullah s.a.w. dan dia telah ditegur oleh orang yang
berada di situ:“ Jadi kamulah orang yang menolak pinangan Rasulullah itu?” Amru
berkata:“ Ya benar, tetapi aku minta ampun kepada Allah kerana aku sangka dia
berdusta. Apabila aku dapati dia benar maka aku terima dia dan sedia
mengahwinkan dia dengan puteriku. Kami berlindung jangan sampai Allah dan
Rasul-Nya menjadi murka.”
Selepas
itu, Sa’ad pun dikahwinkan dengan mahar sebanyak 400 dirham. Rasulullah s.a.w.
memberitahu khabar itu kepadanya dan menyuruhnya pergi berjumpa dengan
isterinya. Lalu Sa’ad berkata:“ Ya Rasulullah, demi Allah yang mengutuskan kamu
sebagai Nabi, saya sesungguhnya tidak ada wang dan saya terpaksa meminta
daripada saudara saya.”
Rasulullah
s.a.w. berkata:“ Mahar untuk isteri kamu ditanggung oleh tiga orang daripada
kaum mukminin. Pergilah kamu kepada Usman bin Affan dan kamu akan terima
sebanyak 200 dirham. Kemudian kamu pergi kepada Abdurrahman bin Auf, kamu akan
mendapat 200 dirham dan kamu pergi kepada Ali bin Abi Talib, juga sebanyak 200
dirham.”
Maka
Sa’ad pun pergi ke rumah Usman dan menerima lebih daripada yang disebut
Rasulullah s.a.w., kemudian kepada Abdurrahman, dia menerima lebih daripada 200
dirham dan akhir sekali ke rumah Ali, dia juga menerima lebih daripada 200
dirham. Sebaik saja Sa’ad mendapat wang itu, dia terus pergi ke pasar untuk membeli
buah tangan untuk isterinya tiba-tiba dia mendengar suara yang mengatakan:“ Hai
kuda Allah, bergeraklah kamu!
Kemudian
Sa’ad mendengar suara Rasulullah s.a.w. berkata:“ Keluarlah kamu untuk
berjihad! keluarlah kamu untuk berjihad!” Maka Sa’ad memandang ke langit sambil
berdoa:“ Ya Allah, Tuhan Pencipta langit dan bumi, Tuhan kepada Muhammad, maka
akan aku gunakan wang ini untuk membeli sesuatu yang lebih disukai Allah dan
Rasul-Nya.”
Sa’ad
menggunakan wang itu untuk membeli kuda, pedang, tombak dan perisai lalu dia
menguatkan ikatan serban serta pinggangnya. Dia memakai topi yang cuma
kelihatan dua biji mata saja lalu dia berdiri tegak di barisan depan Muhajirin
hingga semua orang bertanya kepada Ali. Maka Ali pun berkata:“ Biarkan, mungkin
dia dari Bahrain atau dari Syam dan mungkin dia datang untuk menanyakan agama
sebab itu dia ingin mengorbankan diri untuk keselamatan kamu.”
Kemudian
Sa’ad maju ke depan dengan menggunakan tombak dan pedangnya untuk memukul serta
memenggal kepala orang kafir. Sa’ad berjuang hingga kudanya sendiri tidak kuat
lagi lalu dia pun turun daripada kudanya. Dia menyinsing lengannya maka dilihat
oleh Rasulullah lengannya yang hitam, lalu Rasulullah s.a.w. bertanya: “Adakah
kamu Sa’ad?” Maka Sa’ad mengaku dan terus menghadapi musuh. Akhirnya beliau
gugur syahid dalam peperangan tersebut.
Sebaik
saja Sa’ad gugur, Rasulullah s.a.w. segera mendapatkannya lalu mengangkat
kepalanya dan diletakkan diatas pangkuan Baginda sambil mengusap tanah yang
melekat di mukanya. Baginda bersabda: “Alangkah harumnya bau kamu, alangkah
kasihnya Allah dan Rasul kepada kamu.” Rasulullah s.a.w. menangis dan kemudian
tertawa lalu Baginda memalingkan mukanya serta bersabda:“ Kini dia sudah sampai
di Haudh, demi Tuhan yang mempunyai Kaabah.”
Selepas
Rasulullah s.a.w. bersabda demikian maka Abu Lubabah bertanya:“ Ya Rasulullah,
apakah Haudh itu?” Maka Rasulullah s.a.w. pun menerangkan: “Haudh itu ialah
telaga yang diberikan Allah kepadaku dan lebarnya ialah di antara Shan’aa Yaman
hingga Busra, di tepi telaga dihiasi permata dan mutiara, airnya lebih putih
daripada susu dan rasanya lebih manis daripada madu, barang siapa yang minum sekali
maka dia tidak akan haus untuk selama-lamanya.”
Kemudian
Rasulullah s.a.w. ditanya lagi:“ Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis dan
kemudian ketawa dan terus berpaling muka daripadanya?” Lalu Rasulullah s.a.w.
bersabda:“ Aku menangis kerana rindu kepada Sa’ad dan aku tertawa kerana
gembira melihat kemuliaan yang diberikan Allah kepadanya. Aku berpaling
daripadanya sebab aku melihat bakal isterinya yang terdiri daripada bidadari
berebut-rebut untuk mendekatinya hingga terbuka betis mereka, maka aku pun
memalingkan segera mukaku kerana malu.”
Kemudian
Rasulullah pun menyuruh orang mengumpulkan pedang, tombak dan kuda Sa’ad untuk
diserahkan kepada bakal isterinya yang sudah diakad nikah. Selepas itu,
Rasulullah s.a.w. memberitahu Amru bin Wahab (mentua Sa’ad), “Sesungguhnya
Allah mengahwinkan Sa’ad dengan bidadari yang lebih cantik daripada puteri
kamu.”
Langgan:
Catatan (Atom)