Isnin, 28 Mac 2011

[Wear It Right Sisters!]

Surah an-Nur ayat 31:

وَقُل لِّلْمُؤْمِنَاتِ يَغْضُضْنَ مِنْ أَبْصَارِهِنَّ وَيَحْفَظْنَ فُرُوجَهُنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا مَا ظَهَرَ مِنْهَا وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاء بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُنَّ أَوِ التَّابِعِينَ غَيْرِ أُوْلِي الْإِرْبَةِ مِنَ الرِّجَالِ أَوِ الطِّفْلِ الَّذِينَ لَمْ يَظْهَرُوا عَلَى عَوْرَاتِ النِّسَاء وَلَا يَضْرِبْنَ بِأَرْجُلِهِنَّ لِيُعْلَمَ مَا يُخْفِينَ مِن زِينَتِهِنَّ وَتُوبُوا إِلَى اللَّهِ جَمِيعًا أَيُّهَا الْمُؤْمِنُونَ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ
Maksud: Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya. [24;31]


Ahad, 27 Mac 2011

Menggigil Lutut Jin Dan Manusia Melihat Neraka Jahanam




Dikisahkan dalam sebuah hadith bahawa sesungguhnya neraka jahanam itu adalah hitam gelap, tidak ada cahaya dan tidak pula ianya menyala. Dan ianya memiliki 7 buah pintu dan pada setiap pintu itu terdapat 70,000 gunung, pada setiap gunung itu pula terdapat 70,000 lereng dari api dan pada setiap lereng itu terdapat 70,000 belahan tanah yang terdiri dari api, pada setiap belahannya pula terdapat 70,000 lembah dari api.

Dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa pada disetiap lembah itu terdapat 70,000 gudang dari api, dan pada setiap gudang itu pula terdapat 70,000 kamar dari api, pada setiap kamar itu pula terdapat 70,000 ular dan 70,000 kala, dan dikisahkan dalam hadith tersebut bahawa setiap kala itu mempunyai 70,000 ekor dan setiap ekor pula memiliki 70,000 ruas. Pada setiap ruas kala tersebut ianya mempunyai 70,000 qullah bisa.

Dalam hadith yang sama menerangkan bahawa pada hari kiamat nanti akan dibuka penutup neraka Jahanam, maka sebaik sahaja pintu neraka Jahanam itu terbuka, akan keluarlah asap datang mengepung di sebelah kanan Jin dan Manusia. Dan sebuah kumpulan asap lagi mengepung mereka di sebelah kiri, lalu datang pula sebuah kumpulan asap mengepung mereka di sebelah hadapan muka mereka, serta datang kumpulan asap mengepung di atas kepala dan dibelakang mereka.

Dan mereka (Jin dan Manusia) apabila terpandang akan asap tersebut maka bergementarlah dan mereka berlutut dan memanggil-manggil: “Ya Tuhan kami selamatkanlah.”

Diriwayatkan bahawa sesungguhnya Rasulullah SAW telah bersabda: “Akan didatangkan pada hari kiamat itu neraka Jahanam itu mempunyai 70,000 kendali, dan pada setiap kendali itu ditarik oleh oleh 70,000 malaikat, dan berkenaan dengan malaikat penjaga neraka itu besarnya ada diterangkan oleh Allah SWT dalam surah At-Tahrim ayat 6 yang bermaksud:“Sedang penjaganya malaikat-malaikat yang kasar lagi keras.”

Setiap malaikat apa yang ada di antara bahunya adalah jarak perjalanan setahun, dan setiap satu dari mereka itu mempunyai kekuatan yang mana kalau dia memukul gunung dengan pemukul yang ada padanya maka nescaya akan hancur lebur gunung tersebut. Dan dengan sekali pukulan sahaja ia akan membenamkan 70,000 ke dalam neraka Jahanam.

Khamis, 24 Mac 2011

~ 5 Tips Berurusan Dengan Lelaki Ajnabi ~

BismillahirrahmanirrahimAssalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh

Apa kabar Habibillah rohimakumullah... bagaimana suasana Hati dan Iman hari ini...Semoga Allah senantiasa Memberkahi dan Merahmati kita dan membantu kita untuk bisa selalu Istiqomah di jalan-NYA ini, Insya Allah...Insya Allah Allahuma Amiin

Menjadi sorang Wanita Solehah, tidak Memandang & tidak Dipandang itu memang sulit TAPI kita bisa melewatinya JANGAN pernah berfikir kalau ini bisa dilewati tetapi SULIT..tetaplah Istiqomah dan meminta perlindungan dari Allah..

===

5 Tips Berurusan Dengan Lelaki Ajnabi:-

1. Elakkan Berurusan dengan Lelaki.

Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.

2. Kalau terpaksa Contact Orang Lelaki.

Gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar.

Contoh:

* Maaf, (bukan sorrie..).., Terima kasih (bukan time kaceh)...* Lagi satu halnya la buat smiley face ke (^_^).., gelak2 ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah. * Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat orang pempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:

“ Wahai istri-istri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka jangan lah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik ”

Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada istri-istri nabi saja, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi kepada istri-istri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai drajat yang sama seperti mereka, drajat wanita-wanita yang bertaqwa dan drajat wanita-wanita yang terpilih. Best kan,..???

3. Tundukkan Hati.

Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang (merinding), kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ini tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan lelakki itu, banyak-banyak lah berdoa, “ Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan. ”

4. Tundukkan Pandangan.

Jangan tertipu dengan matapelajaran communication skills yangg kita belajar kat uni dulu, “ make eye contact with the person you’re talking to ”. bende itu applicable kalau kita berbicara dengan orang yang sama saja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jenis, kita akan mendapati theory “ dari mata turun ke hati ” itu betul. so, be careful dengan pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan istri-istri nabi.Lihat surah al-ahzab ayat 53

“ ….Apabila kamu meminta sesuatu dari istri-astri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.. ”

Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. kalau susah sekali jaga pandangan (pandangan mata), tutuplah pandangan dengan buku, dengan file atau dengan sapa saja yang bisa membantu kita untuk menutup pandangan kita. Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat n istri-istri nabi supaya mereka tak mati ke dalam kemungkaran. Kalau kita pun jadi sehebat orang, kenalah buat apa yg diorang buat. Takkan nk tunggu Allah sebut nama kita dlm Qur’an baru nk buat kot.

Contoh:“ Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu… ” Isk2. tak layak nye..

5. Cepatkan Urusan.

Ini mungkin applicable kepada students atau orang yang sudah bekerja yang terpaksa berurusan dengan team mata lelaki. Sudahah tak bisa dipungkiri, dia menjadi team kita. So, apa-apa kerja yang akan dibuat bersama, ya buat sebatas kerja itu saja. takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.

===

Sebuah renungan untukku, untukmu, untuk kita semua.Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identity, yang taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan. Semoga tidak melalaikan diri kita dan org yg menerimanya. Jaga diri, hiasi peribadi.... ^^

Semoga tulisan ini dapat membuka pintu hati yang terkunci....

Barakallahufiikum.semoga bermanfaatWassalamu'alaikum warohmatullahi wabarokatuh

Sumber:

Wanita Solehah, tidak Memandang & tidak Dipandang

(Discussion Board)

Ahad, 20 Mac 2011

[Stress??]

Kehidupan sebagai seorang pelajar tidak pernah lari dari mengalami tekanan/stress.

BestFreeDesign.Com border=

BestFreeDesign.Com border=

BestFreeDesign.Com border=

BestFreeDesign.Com border=

Jadi..
Apa yang perlu dilakukan untuk mengurangkan stress ini?
Caranya mudah sahaja.
Baca doa di bawah ini.

InsyaAllah,hati akan menjadi tenang.

BestFreeDesign.Com border=

Wallahua'lam

Jumaat, 18 Mac 2011

Keutamaan Menuntut Ilmu Agama


Oleh: Yasir Maqosid, Lc

Di zaman sekarang ini, teknologi demikian pesatnya mengalami kemajuan. Namun kemajuan teknologi yang tidak diimbangi dengan ajaran-ajaran agama justru akan berdampak negatif dan dapat menyesatkan. Sementara itu, ulama sebagai pewaris para nabi jumlahnya semakin lama semakin berkurang. Jika generasi muda sekarang ini tidak mau mendalami ilmu agama, niscaya akan terjadi kehancuran di masa mendatang.

Sebagai motivasi untuk menuntut ilmu agama, marilah kita simak keutamaan ilmu sebagai berikut:

1- Dimudahkan jalan menuju surga. Rasulullah saw bersabda, “Barangsiapa menempuh suatu jalan untuk menuntut ilmu, maka Allah akan memudahkan baginya jalan menuju surga.” (HR. At-Tirmidzi)

2- Didoakan oleh para malaikat dan makhluk-makhluk Allah yang lain. Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa menempuh suatu jalan dengan tujuan mencari ilmu, Allah akan memudahkan baginya jalan ke surga. Selain itu, malaikat akan meletakkan sayapnya bagi orang yang mencari ilmu sebagai keridaan atas tindakannya. Sesungguhnya yang ada di langit dan bumi, bahkan ikan-ikan di laut, akan memohonkan ampunan bagi orang yang menuntut ilmu. Keutamaan orang berilmu atas ahli ibadah adalah seperti keutamaan bulan atas planet yang lain. Para ulama adalah pewaris manusia. Dan, para nabi tiada mewariskan dinar atau dirham, melainkan ilmu. Maka, barang siapa mengambilnya, berarti ia telah mengambil bagian yang sempurna.” (HR. Ahmad)

3- Rasulullah diperintah Allah untuk berdoa meminta tambahan ilmu, tetapi tidak diperintah untuk berdoa minta tambahan harta. Hal ini menunjukkan bahwa ilmu lebih mulia daripada harta. Allah swt berfirman, “Dan janganlah kamu tergesa-gesa membaca Al-Qur’an sebelum disempurnakan mewahyukannya kepadamu, dan katakanlah, ‘Ya Tuhanku, tambahkanlah kepadaku ilmu pengetahuan’” (Thaha: 114).

4- Allah akan menaikkan derajat orang yang memiliki ilmu. Dalam Al-Qur`an disebutkan, “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman di antaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan” (Al-Mujadilah: 11).

5- Orang yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, tandanya adalah orang itu memahami ilmu agama. Rasulullah saw bersabda, “Barang siapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan, maka Dia jadikan orang itu memahami agama.” (HR. Bukhari, Muslim, dan At-Tirmidzi)

6- Orang yang mempelajari ilmu kemudian menyampaikannya kepada orang lain, akan mendapat kasih sayang dari Allah swt. Rasulullah saw bersabda, “Allah akan menyayangi orang yang mendengar sesuatu dari kami, kemudian menyampaikannya sesuai yang didengar. (HR. Ahmad, Abu Dawud, At-Tirmidzi).

Selain keutamaan-keutamaan di atas, masih banyak lagi keutamaan-keutamaan lainnya. Dalam sebuah kisah diceritakan bahwasanya Sayyidina Ali ra ditanya lebih utama mana, harta ataukah ilmu?. Maka Sayyidina Ali ra menjawab bahwa ilmu lebih utama dibandingkan harta. Beliau memberi 10 alasan sebagai berikut:

1 Ilmu adalah pusaka para nabi sedangkan harta adalah pusaka Qarun, Fir’aun, dll.

2. Ilmu menjaga dirimu, sedangkan harta malah engkau yang harus menjaganya.

3. Pemilik harta banyak musuhnya, sedangkan pemilik ilmu banyak temannya.

4. Harta apabila diberikan akan berkurang, sedangkan ilmu jika diberikan justru akan bertambah.

5. Pemilik harta dipanggil dengan sifat bakhil dan cercaan, sedangkan pemilik ilmu dipanggil dengan nama keagungan dan kemuliaan.

6. Harta perlu dijaga dari pencuri, sedangkan ilmu tidak perlu dikunci.

7. Pemilik harta kelak diakhirat akan dihisab, sedangkan pemilik ilmu akan diberi syafa’at.

8. Harta akan berkarat karena lama disimpan, sedangkan ilmu tidak akan berkarat dan tidak rusak karena umur.

9. Harta bisa mengeraskan hati, sedangkan ilmu bisa menerangi hati.

10. Pemilik harta bisa mengaku-ngaku sebagai tuhan lantaran hartanya (seperti Fir’au, dll), sedangkan pemilik ilmu mengaku sebagai hamba Allah.

Demikianlah keutamaan-keutamaan ilmu agama. Di zaman sekarang ini ilmu agama sangatlah diperlukan mengingat banyaknya pemikiran-pemikiran sesat dan menyesatkan, munculnya orang-orang sesat di tengah komunitas Islam yang berbicara mengatasnamakan Islam akan tetapi hakikatnya adalah menikam Islam dari belakang, juga maraknya kebodohan karena tidaktahuan tentang ajaran-ajaran Islam yang benar.

Mudah-mudahan kita semua dimudahkan Allah untuk mendapatkan ilmu yang bermanfaat sehingga dapat terbentuk masyarakat yang adil, makmur dan Islami. Amin.


Tujuan menuntut Ilmu
http://www.iluvislam.com/inspirasi/motivasi/906-tujuan-menuntut-ilmu.html

Program Pengajian Universiti Terbuka BADAR (Cuma di MEDAN)
http://www.mediafire.com/?2lxc9wb288rx14g

Link Download Ceramah
http://www.almuttaqin.tv/
http://www.mymaktabaty.com/

[Gaya Hidup Student Menjelang Exam]

2 minggu sebelum exam…

BestFreeDesign.Com border=

1 minggu..

BestFreeDesign.Com border=

5 hari..

BestFreeDesign.Com border=

4 hari..

BestFreeDesign.Com border=

3 hari..

BestFreeDesign.Com border=

2 hari..

BestFreeDesign.Com border=

1 hari..

BestFreeDesign.Com border=

Sebelum masuk dewan..

BestFreeDesign.Com border=

Lepas keluar dewan..

BestFreeDesign.Com border=

Time dapat result..

BestFreeDesign.Com border=

Moral & Pengajaran > Belajarlah dari awal supaya x menyesal bila dah x cukup masa utk mengulangkaji..(^_^)

Ahad, 13 Mac 2011

[Adakah Doaku Ditolak?]

Selalu diperhatikan doa yang dipohon seolah-olah tidak diperkenankan oleh Allah. Adakah itu tanda doa ditolak? Sebenarnya, doa manusia yang mencukupi syarat diperkenankan oleh Allah dalam tiga bentuk:
  1. Diperkenankan doanya ketika di dunia, dengan diberikan apa sahaja hajatnya.
  2. Doanya telah diperkenankan, tetapi hajatnya itu disimpan dan akan diberi di hari akhirat.
  3. Doanya telah diperkenankan, tetapi bukan dengan diberikan apa yang diminta, tetapi dengan cara diselamatkan dirinya dari bala bencana.
Daripada Abi Sa'id, sabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam : "Tidak ada seorang pun muslim yang berdoa kepada Allah Azza wa Jalla, dengan doa yang tidak berunsurkan maksiat atau memutuskan hubungan darah, melainkan diperkenankan oleh Allah salah satu antara tiga : sama ada dipercepatkan doanya di dunia, atau disimpan untuknya di hari Akhirat, atau dihindari daripada dirinya satu keburukan seumpamanya".

Apabila para sahabat mendengar ucapan baginda itu, mereka lantas berkata : "Kalau begitu Rasulullah, kita perlu banyakkan berdoa!". Kata baginda : "Demi Allah, banyakkanlah berdoa".(Riwayat Ahmad)

Justeru, manusia selalu tidak menyedari, doanya telah diperkenankan oleh Allah, tetapi dalam bentuk lain. Dia perlu meyakini apa yang ditentukan oleh Allah itulah yang terbaik untuk dirinya di dunia dan akhirat.

Wallahu'alam..

Jumaat, 4 Mac 2011

[Amalan Sebelum Tidur]

Assalamualaikum wbt..

Didoakan agar para pembaca sekalian berada dalam keadaan sihat walafiat,InsyaAllah..
Semoga kita sentiasa berada di dalam nikmat Iman & Islam yang dikurniakan olehNya buat kita selaku hamba-hambaNya yang lemah lagi hina ini..

Sekadar mengingatkan diri kita kembali..
Apakah kita telah melaksanakan perka
ra-perkara di bawah ini sebelum kita melelapkan mata?
Jika sudah,Alhamdulillah dan teruskanlah..
Jika belum,ayuhlah kita laksanakannya..
Cuma beberapa minit sahaja diperlukan untuk melaksanakan amalan ini..
Pahala menanti ~





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...