Kenali BADAR

BADAR PKPMI-CM
Telah dikemas kini pada tanggal 18 November 2008 (20 Zulkaedah 1429 H)




Apa itu BADAR?

BADAR adalah singkatan bagi Badan Kebajikan dan Rohani. BADAR adalah salah satu daripada unit-unit atau badan-badan yang terletak dibawah Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Medan (PKPMI-CM).

Perasmian BADAR

BADAR telah ditubuhkan secara rasmi sebagai satu badan yang terletak di bawah PKPMI-CM pada tanggal 7 September 2008 (7 Ramadhan 1429 H). BADAR telah dirasmikan melalui program amal PKPMI-CM dan Medical Emergency Team (MET) bersama Anak-Anak Yatim 2008 di Al-Fityan School, Medan. 

Kata-kata perangsang BADAR
(1) “ Sesiapa hari ini adalah sama dengan semalam , maka celakalah dia - Rasulullah”

(2) “ Kebenaran yang tidak berperancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang berperancangan –saidina Ali”

(3) “ Kemunduran gerakan Islam masa kini adalah kerana takut untuk menerima idea-idea baru – Yusuf Qardhawi”

(4) “ Aku tidak menulis buku kerana aku menulis manusia (mentarbiyyah manusia)- Hassan al-banna”

(5) “ Suatu jasad yang pegun atau memiliki halaju sekata tidak akan berubah dari keadaan asalnya jika tiada daya yang dikenakan ke atasnya – Newton first law of kinetic”

(6) “Orang yang berjiwa besar ialah orang yang bercakap tentang pelbagai idea.
Orang yang biasa-biasa adalah orang yang mengulas tentang pelbagai peristiwa.
Orang yang berjiwa kecil adalah orang yang memperkatakan tentang orang lain.
Orang yang berotak kecil yang memperkatakan tentang diri mereka sendiri”
-Pujangga Arab-

Profesionalisme dlm BADAR
(1) Menepati masa
- Ini adalah antara masalah terbesar yang dihadapi oleh ummat Islam kini.tidak menepati masa. Ini akan menyebabkan pengurusan organisasi terganggu atau tergendala. Penepati masa akan menyebabkan urusan berjalan dengan lancar dan berkesan. Mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 10.00 pagi hendak bermula 10.00 pagi dan bukannya 10.30 pagi. Sangat malu kita menyatakan kita seorang muslim yang menjadi khalifah di atas muka bumi jika perkara yang ringkas inipun menjadi masalah untuk dilaksanakan.

(2) Mematuhi arahan- Organisasi akan dapat menjalankan dengan lancar jika setiap ahlinya mematuhi arahan dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Kadang-kadang hanya kerana perkara kecil sahaja menyebabkan satu-satu perancangan itu menemui kegagalan. ‘its not the big thing that gets you, its the small one’. Yang membezakan seorang yang berjaya dengan yang kalahkadang-kadang hanyalah perkara yang kecil sahaja.
- Arahan yang diikut itu pula tidaklah boleh membuta tuli. Jika ada kesilapan maka hendaklah terus disampaikan kepada pihak pengurusan tanpa bertangguh lagi. Mentaati arahan secara membura tuli adaah langkah yang kurang bijak.

(3) Pengurusan dengan melawat (management by wandering around MBWA)
- Kepimpinan sangatlah perlu untuk turun padang dan melihat sendiri kerja-kerja yang sedang dibuat oleh anak buat untuk memastikan tugasan yang diberikan berjalan dengan lancar. Kepimpinan harus sentiasa berjumpa dengan orang dibawahnya dan bertanya tentang tugasan yang diberikan .adakah ia berjalan dengan lancar? Apakah masalah yang timbul semasa menjalankan tugas? Apakah cadangan untuk memperbaiki lagi tugasan? MBWA selalu digunakan oleh pengurus-pengurus besar di syarikat – syarikat gergasi yang memiliki kilang di seluruh dunia untuk memastikan keberkesanan pengurusan mereka.

(4) Thiqah
- Kepercayaan kepada keputusan yang telah ditetapkan oleh kepimpinan akan menjamin kejayaan organisasi itu sendiri. Ini adalah seperti yang dinyatakan oleh hassan albanna dalam bukunya tisalah ta’alim. Al imam Al-Banna berkata : yang saya maksudkan dengan thiqah ialah keyakinan seorang jundi (pendakwah) terhadap qiadah (pemimpin) pada kemampuan dan keikhlasannya dengan keyakinan yang mendalam sehingga akan melahirkan perasaan kasih, penghargaan, penghormatan dan ketaatan.

Dalam dakwah ikhwan, qiadah mempunyai hak seorang bapa di sudut ikatan hati, hak seorang ustaz di sudut memberi ilmu, hak seorang syeikh di sudut pendidikan rohani dan hak seorang pemimpin di sudut siasah dan polisi umum dakwah. Dakwah kita merangkumi semua makna-makna ini.

Thiqah kepada qiadah adalah satu-satunya yang dapat menjamin kepada kejayaan dakwah, sebab itulah seorang akh yang sebenar perlu mempersoalkan dirinya dengan persoalan – persoalan berikut untuk mengukur sejauh mana thiqahnya terhadap qiadah.

1. Adakah beliau telah mengenali qiadahnya sebelum ini dan mengkaji suasana yang melitupi kehidupannya.
2. Adakah beliau meyakini keupayaan dan keikhlasannya?
3. Adakah beliau bersedia untuk menganggap bahawa segala perintah yang ditujukan kepadanya dari qiadah di dalam perkara yang bukan maksiat merupakan perkara putus yang tidak boleh dipersoalkan, tidak boleh diragui, tidak boleh dicanggahi dan tidak boleh diperbincangkan disamping beliau dibenarkan untuk mengemukakan nasihat dan menunjukkan yang benar?
4. Adakah dia bersedia membuat andaian bahawa dirinya berada di pihak yang salah dan qiadah berada di pihak yang benar sekiranya berlaku pertentangan di antara perintah yang diarahkan kepadanya dengan apa yang diketahuinya dalam perkara ijtihad yang tidak ada nas syarak?
5. Adakah dia bersedia meletakkan seluruh corak kehidupannya di bawah pentadbiran dakwah? Menurut pandangannya adakah pihak qiadah berhak menentukan kepentingan individu dan kepentingan dakwahnya?

Dengan menjawab soalan-soalan ini dan seumpamanya al-akh akan dapat meyakini sejauh mana hubungannya dengan qiadah dan sejauh mana keyakinannya kepada qiadah. Dan hati manusia adalah dalam genggaman Allah, dialah yang mentadbirkannya menurut kehendaknya.

(5) Dinamik
- Pendakwah islam haruslah sentiasa bergerak kehadapan dan berubah mengikut keadaan. Tidak hanya static kepada satu jenis cara yang sudah dikira lapuk pada masa itu. Ummat islam haruslah menggunakan segala teknologi yang ada dan menggunakan cara – cara baru yang terbukti berkesan untuk melaksanakan gerakkerja sekalipun cara itu dimulakan oleh orang kafir. Pemikiran jumud dan tidak mahu berganjak daripada cara lama hanya akan membawa kerugian kepada jamaah itu sendiri.

(6) Sistematik- Sesetengah orang yang cinta pada islam tidak menyedari bahawa Allah ta’ala sangat menyukai orang yang melakukan kerja secara sistematik. Mereka mengatakan Rasulullah tidak pernah melakukan perkara yang sedemikian rupa seperti membentuk organisasi yang biasa digunakan sekarang, membuat perancangan bagi dakwah seperti menggunakan jadual atau reminder berbentuk software, mencatat kegunaan kewangan jamaah menggunakan sistem perakaunan dan lain-lain.
- Mereka masih terpengaruh dengan bayangan rasulullah memakai kuda untuk bergerak dan dan menggunakan pedang untuk berperang. Masa untuk berkhayal sudah tamat! Sekarang adalah masa untuk bangkit dari dunia fantasi dan menyedari realiti hidup ini. Dalam keadaan kita melakukan perancangan secara secara bersemberono dan tanpa arah , musuh musuh islam telahpun menggunakan segala teknologi yang wujud untuk memerangi islam. Benarlah kata saidina Ali r.a. “kebenaran yang tidak berperancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang berperancangan”. Segala gerak kerja hendaklah dilakukan secara teratur dan bersistematik dalam setiap urusan , mesyuarat , pentadbiran , pengurusan kewangan , pengurusan program dan lain-lain.


Rukun Profesionalisme

(1) Halatuju yang jelas (misi dan visi)
(2) Perancangan yang lengkap
(3) Analisa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman gerakan sendiri, kawan dan musuh
(4) Jentera penggerak yang memahami dasar dan matlamat yant hendak dicapai
(5) Ahli yang iltizam dan bekerjsama
(6) Pengurusan masa yang baik
(7) Kerja yang mengutamakn kualiti
(8) Sentiasa mengkaji dan menliti hasil kerja dan keberkesanannya bagi tempoh jangka masa panjang
(9) Muhasabah / Post-Mortem

Piagam Rasmi BADAR
(1) Tugas adalah ketua
(2) Kualiti adalah keutamaan
(3) Alternatif bukan pasif
(4) Empati bukan simpati
(5) Kreatif dan inovatif
(6) Selidik dan membangun
(7) Ilmu, iman dan amal
(8) Islam, iman dan ihsan
(9) Cepat, cekap dan tepat
(10) Iltizam, tadhiyyah dan infaq

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...