Insha Allah, esok 1 Jun 2013 bersamaan 22 Rajab 1434H, Secretariat Publikasi & Jurnalistik (SPJ) BADAR PKPMI-CM akan mengedarkan risalah bulanan BADAR yang telah pun diberi penjenamaan semula dengan judul yang lebih segar dan kontemporari, iaitu KOPI & GULA.
Alhamdulillah setakat ini sebanyak 150 copies BERWARNA telah selamat siap dicetak dan hanya tinggal untuk dibahagi esok pada Sambutan Keputeraan Yang Dipertuan Agong & Israk Wal Mikraj di Konsulat Jenderal Malaysia, Medan pada jam 2 petang.
HEADER KOPI DAN GULA. NANTIKAN KEHADIRAN IA DI TANGAN ANDA!
Dengan kesempatan ini juga, kami menjemput anda dan anda dan ya anda juga untuk menghadiri sambutan tersebut. Bagi yang Muslim, acara akan dimulakan pada jam 2 dengan dimulai dengan bacaan Al-Quran, ceramah Israk Mikraj seterusnya solat Asar berjemaah dan seterusnya bacaan Yassin & Tahlil.
Pada jam 4:30 petang pula, minum petang akan disajikan. Bermula 4:30 petang, sahabat-sahabat yang bukan Muslim bolehlah bersama-sama hadir utk makan! Hehe.
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah SWT sekalian.. InsyaAllah esok, tanggal 16 Mac 2010, akan diadakan tausiyyah di Hall Intan 1, Jalan Intan (penginapan pelajar ACMS). Berikut merupakan maklumat lengkap acara :
Masa : 7.00 pagi Tanggal : 16 Mac 2010 Tempat : Hall Intan 1, Jalan Intan, 20214 Medan. Penceramah : MUallim Ahmad Muliono Bin Abdullah.
CP : Asyraf Fk 07 (0819625770) Najibuddin FK 09 (0819879129)
kepada semua muslimin dan muslimat terutamanya warga Jalan Intan dan Jalan Merjan agar dapat meluangkan masa untuk sama-sama hadir dalam majlis tausiyah ini.
InsyaAllah, kehadiran sahabat-sahabat sekalian akan menjadi ladang amal yang akan membantu diri kita semasa mengharungi kedasyatan mahsyar kelak.
dan InsyaAllah setiap langkah kita menuju ke majlis ilmu ini akan di hitung sebagai kebaikan oleh Allah SWT.
sebagai penutup, mari sama-sama kita merenung Hadith Nabi SAW dan diamalkan dalam kehidupan kita.
Dari Abu Darda RA berkata: " saya mendengar RasuluLLah SAW bersabda" : " Barang siapa MENEMPUH JALAN UNTUK MENUNTUT ILMU, maka ALLAH MEMUDAHKAN BAGINYA JALAN KE SYURGA. Dan sesungguhnya MALAIKAT MEMBENTANGKAN SAYAPNYA untuk orang yang menuntut ilmu kerana puas dengan apa yang diperbuatnya"
InsyaAllah lepas exam UTS ni (16 & 17 Oktober 2009), BADAR akan menganjurkan sebuah outdoor activity berupa perkhemahan 2 hari 1 malam di Simbahe, Brastagi. Tapak perkhemahan yang berhampiran dengan sungai yang mengalir di dalamnya air yang dingin pasti akan membantu me''release"'kan tekanan selepas bertungkus lumus dalam persiapan menghadapi ujian.
Banyak aktiviti menarik yang akan diadakan termasuklah permainan air (water game), nature endurance, barbeque dan simfoni kasih. Selain dapat beriadah, kita juga dapat mengeratkan lagi ukhuwaah yang terjalin antara kita. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Ayuh kita camping bareng!!
Yuran penyertaan hanyalah Rp 50,000.
Berminat..? Sila hubungi Faris FK 07 (08197225154 ) atau Asyraf FK 07 (0819625770)
Dengan segala hormatnya BADAR -PKPMI-CM menjemput dan mempersilakan akhi dan ukhti sekalian untuk mengikuti Usrah Gabungan kali ke-4. Berikut merupakan maklumat lengkap mengenai acara yang bakal diadakan.
Hari : Ahad, 16 Ramadhan 1430 (6 September 2009) Masa : 1300 WIB - selesai Tempat : Ruangan Nazir Alwi, FKG USU
Tentatif Program :
1300-1600WIB - Aqidah Islam dan Cabaran Semasa oleh Saudara Ahmad Aizatnur Bin Zakaria - Penganalan Syariat Islam oleh al-Fadhil Ustaz Omar bin Md Rasid
1600-1630WIB - Solat Asar Berjemaah
1645-1815WIB - Penghayatan Budaya Ilmu oleh al-Fadhilah Ustazah Nor Ashikin Binti Abdul Majid
Bagi sahabat-sahabat yang mempunyai lebihan rezeki, kami mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari akhi dan ukhti untuk majlis berbuka puasa. Sumbangan bolehlah dibuat melalui : - Amar FK 08 (+6285831698010) - Najatul Taqirah FK 08 (+6283198827719)
Ini merupakan kalendar akademik USU bagi sesi 2009/2010. (yang ana edit skit supaye senang nk tgk).
Semoga bermanfaat bagi sahabat-sahabat yang sedang merancang aktiviti untuk persatuan, atau dah merancang untuk beli tiket balik cuti =).
Di kesempatan ini juga, semperna ketibaan Bulan Ramadhan yang penuh barakah nanti, ana ingin memohon kemaafan dari sahabat-sahabat sekalian jika ana ada melakukan kesalahan, baik yang ana sedari atau yang tidak ana sedari.
Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyu', diberkati dan dirahmati Allah SWT, insyaAllah..
Konsert ini yang dinamakan KONSERT ANTARA DUNIA 09 merupakan cetusan idea dari Ahli Jawatankuasa Konsert GAMIS dan Rabbani Productions Sdn Bhd. Julung - julung pertama kalinya dilaksanakan oleh ahli GAMIS yang terpanggil untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menghayati erti sebenar kemanusiaan sebagai seorang Muslim. Muzik dilihat sebagai elemen yang dekat di hati masyarakat dan medan menyebarkan dakwah masa kini di samping mempamerkan kesenian Islam.
Info Konsert Tema Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah
Tarikh & Masa 1 Ogos 2009 (Sabtu) ; 7.00 malam - 11.00 malam
Tempat Stadium Malawati, Shah Alam
Anjuran : Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)
Dengan Kerjasama : Rabbani Productions (M) Sdn Bhd
Assalamualaikum wrb..
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian..
Alhamdulillah..
Setelah kita berjuang selama satu semester dalam menuntut ilmu Fardhu Kifayah,
Akhirnya, cuti semester yang kita tunggu-tunggu hampir tiba..
Dan..
Alangkah baiknya jika kita cuti yang kita bakal tempuhi nanti kita..
Kita isi dengan mendengar rakaman kuliah-kuliah agama yang membahaskan tentang ilmu Farhu Ain pula di mana, setiap dari kita yang mengaku sebagai individu muslim wajib mempelajarinya.
Alhamdulillah..
Pihak BADAR PKPMI-CM telah berjaya mengumpulkan rakaman-rakaman kuliah agama yang disampaikan oleh al-Fadhil Datuk (Ustaz) Shamsuri Bin Ahmad, di mana beliau menggunakan Kitab Bahrul Mazi, Kitab Muhimmah fi Ilmil Hadith dan Tafsir Nurul Ihsan.
Untuk sahabat-sahabat yang berminat, sila membuat tempahan melalui email ibnu_zukefeli@yahoo.com. Tiada sebarang bayaran dikenakan.
Di sini suka saya untuk memperkenalkan sedikit latar belakang penulis kitab Bahrul Mazi iaitu Syeikh Idris al-Marbawi.
Sheikh Al-Marbawi - Tokoh Persuratan Arab-Melayu
"Allahyarham Syeikh Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi adalah seorang ulamak besar yang tidak asing lagi bukan saja di Nusantara malahan di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang Bahasa Arab, Ilmu Hadis, Tafsir dan Fiqah.
Beliau telah dilahirkan pada tahun 1893 dan secara tepatnya pada tahun 28 Zulkaedah 1313 Hijrah di Makkah. Setelah lama berada di Makkah, keluarganya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia iaitu pada tahun 1913 bersamaan tahun 1333 Hijrah. Sekembalinya ke Tanah Melayu, Allahyarham Syeikh Mohd Idris al-Marbawi mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di beberapa buah sekolah pondok di Kuala Kangsar, Kedah, Bukit Mertajam dan Kelantan. Sejak dari kecil lagi, al-Marbawi telah menunjukkan kemampuan akademiknya yang memberangsangkan. Ketika berusia sepuluh tahun, beliau telah menamatkan pengajian hafalan al-Quran. Ketika berusia 10 tahun juga, beliau telah mampu menghafaz sebanyak 10 juzuk Al Quran di samping beberapa buah kitab lain.
Kecenderungan ilmiah yang tertambat kukuh dalam jiwanya telah mendorong beliau menuntut ilmu di pondok-pondok yang merupakan institusi pendidikan Islam yang terpenting di alam Melayu pada ketika itu. Antaranya Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al-Masudi, di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan.
Melihat kepada kemampuan akademik dan minatnya kepada ilmu Islam, ayahanda beliau mengesyorkannya agar menyambung pengajian ke timur tengah sama ada ke Mesir ataupun kembali semula ke Mekah. Lalu, pada tahun 1924, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau sempat bertugas sebagai guru agama di Perak sebelum menyambung pengajiannya ke Universiti al-Azhar.
Al-Marbawi di Mesir
Di Mesir, beliau menggondol kejayaan yang membanggakan dengan memperoleh ijazah 'Aliyah (tertinggi) dari universiti al-Azhar. Sebenarnya al-Marbawi merupakan anak kelahiran Perak yang pertama meneroka pengajian Islam di Mesir.
Sebagai angkatan pertama yang baru mengenal suasana di sana, al-Marbawi mendapati masalah komunikasi dengan bahasa Arab menjadi masalah utama dalam kalangan anak Melayu. Bermula dari sinilah timbul idea untuk menyusun sebuah kamus Arab-Melayu dan usaha tersebut telah dimulakan secara kolektif bersama lima orang lagi rakannya. Tetapi usaha tersebut terpaksa disiapkan bersendirian lantaran penarikan diri rakan-rakannya. Walaupun bersendirian, beliau tetap nekad untuk menyiapkan kamus tersebut.
Akhirnya, kamus Arab-Melayu tersebut yang terkenal sebagai 'Kamus al-Marbawi' itu, berjaya disiapkan pada tahun 1927. Kamus itu diulang cetak berpuluh-puluh kali kerana sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan pelajar Asia Tenggara. Kamus al-Marbawi menjadi terkenal sehingga ke hari ini. Kejayaan menyusun kamus ini telah menjadi langkah pertama kepada al-Marbawi untuk mengorak langkah seterusnya dalam penghasilan karya Islam yang lain.
Sumbangan Karya al-Marbawi Karya-karya al-Marbawi yang dihasilkan adalah melebihi 20 buah buah dalam pelbagai disiplin ilmu Islam. Ini sekaligus membuktikan al-Marbawi dalam pengajian ilmu-ilmu Islam.Walau bagaimanapun, kemasyhurannya lebih ditonjolkan dalam dunia persuratan Arab-Melayu berbanding disiplin ilmu yang lain. Apatah lagi, beliau pernah dianugerah Ijazah Kehormatan Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1980. Anugerah yang diterima ini sebagai mengenang jasa yang diberikan oleh beliau dalam bidang persuratan Arab-Melayu.
Selain kamus Arab-Melayu, al-Marbawi juga telah menghasilkan karya yang penting dalam bidang hadith. Antara tulisan beliau dalam bidang ini ialah Bahr al-Madhi yang merupakan ringkasan dan ulasan kepada sunan al-Tirmidhi. al-Marbawi juga turut menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kitab Bulugh al-Maram iaitu sebuah karya hadith yang disusun berdasarkan bidang Fiqh oleh seorang tokoh Hadith tersohor iaitu Ibn Hajar al-Asqalany. Dua karya dalam bidang hadith berbahasa Melayu ini ialah antara karya yang penting, sulung, dan terbesar pernah dihasilkan oleh seorang ulama’ Nusantara.
Dalam bidang Tafsir al-Quran pula, beliau telah menulis tafsir Surah Yasin, Tafsir al-Quran al-Marbawi, Tafsir al-Quran Nur al-Yakin, Terjemahan Tafsir Fath al-Qadir, Tafsir Juz Amma, Tafsir Al-Fatihah, dan sebuah karya berjudul Quran Bergantung Makna.
Selain bidang tersebut, al-Marbawi juga telah menghasilkan tulisannya dalam bidang Fiqh, Aqidah, dan Falsafah. Antara tulisan beliau ialah kitab Asas Islam, Kitab Nizam al-Hayah, Kitab Pati Hukum-hukum Ibadah, Kitab Usul Islam Pada Membicarakan Mengambil Air Sembahyang, sebuah ensiklopedia yang dinamakan sebagai Kamus Segala Ilmu, karya berjudul Punca Agama, Perbendaharaan Ilmu, dan banyak lagi.
Kamus al-Marbawi dan Bahrul Madhi Kitab yang paling tersohor yang telah dihasilkan oleh al-Marbawi ialah Kamus Arab-Melayu dan kitab Bahrul Madhi. Kedua-dua kitab ini digunakan sehingga ke hari ini. Antara keistimewaan kedua-dua hasil karya beliau ini adalah seperti berikut:-
Kamus al-Marbawi Kamus ini merupakan kamus dwibahasa Bahasa Arab –Bahasa Melayu. Ia disusun dalam 2 jilid, iaitu jilid yang pertama bermula daripada huruf alif sehingga za'. Manakala jilid yang kedua bermula daripada huruf `ain sehingga ya'. Kamus ini mengandungi 18, 000 kata entri Arab dan 700 gambar. Ianya dicetak oleh Matba`ah Mustafa al-Babiy al-Halbi Wa Awladihi di Mesir. Kamus ini menjadi rujukan pelajar di Malaysia bagi setiap peringkat sama ada peringkat rendah, menengah mahu pun universiti.
2. Kitab Bahrul Mazi Kitab Bahr al-Madhi merupakan salah satu sumbangan terpenting beliau dalam pengajian Hadith di Malaysia. Bahr al-Madhi ialah kitab hadith bertulisan jawi terbesar dan antara yang terawal pernah wujud di alam Melayu. Karya ini amat padat dan mendalam, bahkan dikatakan telah menampung kekosongan karya asli dalam bidang ilmu hadith di rantau ini. Karya ini memuatkan ulasan dan huraian hadith dalam bentuk fikah, aqidah, tasawuf, dan muamalat.
Kelainan dan keistimewaan kitab ini amat jelas, apatah lagi ulasan al-Marbawi mengikut acuan dan suasana masyarakat Malaysia. Karya ini memberikan nafas baru kepada pemahaman hadith-fiqh secara mendalam di samping mendidik masyarakat Malaysia tentang hubungan yang earat antara kedua-duanya.
Anugerah Yang Diterima Oleh al-Marbawi Atas sumbangan dan jasanya yang besar dalam bidang keagamaan dan persuratan, maka pada tanggal 5 Julai 1980, Allahyarham dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada enam tahun berikutnya iaitu pada pada 1 Muharram 1408H beliau dinobatkan pula sebagai tokoh Maal Hijrah Malaysia yang pertama iaitu pada tahun 1408 Hijrah.
Tanggal 13 Oktober 1989 bersamaan 13 Rabiul Awal 1409 Hijrah telah meninggalkan kesedihan kepada rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu dan sumbangan al-Marbawi apabila beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Besar Ipoh pada jam 8.40 pagi. Pemergiannya pada usia 96 tahun itu telah disemadikan di pusara Kampung Lubuk Merbau, Perak.
Dan di sini saya selitkan sedikit tentang penerangan secara kasar tentang karyanya iaitu Kitab Bahrul Mazi.
Bahrul Mazi Karya Syeikh Idris al-Marbawi yang berupa hadis yang terkenal ialah Bahrul Mazi, judul lengkapnya Bahrul Mazi li Syarh Mutkhtasar Sahihit Tarmizi. Ia merupakan terjemahan kitab Sahih Tarmizi dan disyarah oleh beliau.
Terjemahan Sahih Tarmizi secara lengkap ini adalah merupakan yang pertama sekali dilaksanakan dalam bahasa Melayu.
Bahrul Mazi adalah karya besar yang terdiri daripada 22 jilid yang sudah diterbitkan. Maklumat ringkas tentang keseluruhan jilidnya, adalah seperti berikut:
- Jilid I : Tanpa menyebut tarikh. Tebal 227 halaman. Menerangkan bicara bersuci dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 126 hadis dan 591 masalah.
- Jilid II: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan bicara sembahyang dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 138 hadis dan 454 masalah.
- Jilid III: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 240 halaman. Menerangkan bicara sembahyang dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 161 hadis dan 558 masalah.
- Jilid IV: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan bicara sembahyang; zakat dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 115 hadis dan 519 masalah.
- Jilid V: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 208 halaman. Menerangkan bicara puasa dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 110 hadis dan 473 masalah.
- Jilid VI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan bicara haji dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 108 hadis dan 458 masalah.
- Jilid VII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan bicara umrah dan jenayah. Terdiri daripada 114 hadis dan 483 masalah.
- Jilid VIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan baki bab-bab jenayah dan membicarakan Kitabun Nikah. Terdiri daripada 99 hadis dan 330 masalah.
- Jilid IX: Tarikh selesai menulis malam Rabu, 29 Syawal 1357 H di rumah berdekatan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Tebal 224 halaman. Menerangkan bab-bab talak, li’an dan jual beli. Terdiri daripada 117 hadis dan 226 masalah.
- Jilid X: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Menerangkan baki bab-bab jualan, bab-bab kadi, diat dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 180 hadis dan 259 masalah.
- Jilid XI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan korban, nazar-nazar, sumpah-sumpah, perjalanan Nabi dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 151 hadis dan 486 masalah.
- Jilid XII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan perang sabil, pakaian, makanan dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 170 hadis dan 353 masalah.
- Jilid XIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan minum-minuman, kebaktian, perhubungan rahim dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 152 hadis dan 472 masalah.
- Jilid XVI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Melengkapi atas baki bab-bab perhubungan rahim, perubatan, faraid, wala’, hibah, qadar dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 138 hadis dan 395 masalah.
- Jilid XV: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 248 halaman. Melengkapi bab-bab huru-hara, ta’bir mimpi dan saksi-saksi. Terdiri dari 105 hadis dan 301 masalah.
- Jilid XVI: Tarikh akhir Bab ar-Ru‘ya dan mengiringi bab-bab syahadah. Selesai malam Rabu, 21 Ramadan 1359 H/1940 M. Melengkapi atas bab-bab mimpi, saksi-saksi dan zuhud. Terdiri daripada 128 hadis dan 237 masalah.
- Jilid XVII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Melengkapi atas bab-bab sifat kiamat; pelembut hati, wara’ dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 100 hadis dan 210 masalah.
- Jilid XVIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Melengkapi atas bab-bab sifat syurga, neraka, iman dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 109 hadis dan 210 masalah.
- Jilid XIX: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Melengkapi atas bab-bab ilmu, minta izin dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 148 hadis dan 266 masalah.
- Jilid XX: Tarikh dicatat oleh pengarangnya, katanya: “Telah selesai hamba daripada menulis dan mengarangkan juzuk yang kedua puluh ini dengan kurnia Allah SWT kemudian daripada tergendala mengarangnya 16 tahun. Iaitu mula perang Inggeris dengan Jerman dan Jepun dan Itali pada tahun 1949, dan sudah juzuk ini pada malam Rabu 25 Ramadan dan 1373 bersamaan 18 Mei 1955." Melengkapi atas baki bab-bab adab, misal-misal, bab-bab pahala Quran dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 127 hadis dan 311 masalah.
- Jilid XXI: Mulai penulisan pada hari Khamis, 26 Syaaban 1374 H/19 Mei 1955 M, dan diselesaikan pada 25 Rabiulakhir 1376 H/10 Disember 1955 M. Tebal 255 halaman. Melengkapi atas segala bab tafsir. Terdiri daripada 92 hadis dan 335 masalah.
- Jilid XXII: Dimulai 25 Rabiulakhir 1376 H/10 Disember 1955 M, dan selesai pada malam 2 Jamadilakhir 1377 H/24 Disember 1957 M. Tebal 242 halaman. Melengkapi atas tafsir setengah-setengah ayat di dalam surah al-Maidah dan lain-lainnya. Terdiri daripada 95 hadis dan 351 masalah.
Penerbitan keseluruhan diusahakan oleh Syarkah wa Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir, mulai tahun 1352 H/1933 M.
Pada kata aluan jilid pertama, pengarangnya menerangkan bahawa beliau telah belajar ilmu hadis daripada Sheikh Muhammad Ibrahim as-Samaluti, iaitu guru hadis yang mengajar berpuluh-puluh tahun di Jami’ Saiyidina Husein di Kaherah, Mesir. Bahawa ketika pulang ke rumah, beliau terus mencatat pelajarannya sehingga tersusunlah kitab besar Bahrul Mazi tersebut.
Usrah Kombinasi dan Pengajian Penerbitan dan penyebaran Risalah Minda (Setiap awal bulan)
Januari 2009
Solat hajat dan bacaan Yasin (amend)
Februari 2009
Festival Nur Islam (01/02/2009 hingga 01/03/2009) - Perasmian Festival Nur Islam - SMART solat - Perubatan Moden dan Perubatan Alternatif - Indoor Game Tournament - Brothers and Sisters Sharing - Muslimat Amazing Race - Spelling Bee - Teka Silang Kata - Pertandingan Menulis Cerpen - Aku Terima Nikahnya - Penutupan dan forum perdana Tamrin Qiadi
BADAR mengucapkan selamat hari raya aidil fitri kepada semua pelajar Malaysia di Medan, khususnya kepada semua pelajar Malaysia di Medan yang beragama Islam. Semoga raya kita kali ini dapat meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kita kepada Allah setelah sebulan kita berpuasa di bulan Ramadhan yang baru meninggalkan kita.
Bagi sesiapa yang berkemampuan, eloklah kita menyerikan lagi Syawal kita dengan berpuasa 6 hari di bulan yang mulia ini. Sabda rasulullah S.A.W. :
"Barangsiapa berpuasa dalam bulan Ramadhan, kemudian diiringi dengan berpuasa 6 hari daripada Syawal, seolah-olah ia telah berpuasa setahun itu"
Maka marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan ini, agar kita dapat meningkatkan amalan di dunia ini. Semoga kita bersama-sama ditempatkan bersama golongan orang yang soleh dan sentiasa dirahmati Allah. Amin...
Telah dikemas kini pada tanggal 18 November 2008 (20 Zulkaedah 1429 H)
Apa itu BADAR? BADAR adalah singkatan bagi Badan Kebajikan dan Rohani. BADAR adalah salah satu daripada unit-unit atau badan-badan yang terletak dibawah Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Medan (PKPMI-CM).
Perasmian BADAR BADAR telah ditubuhkan secara rasmi sebagai satu badan yang terletak di bawah PKPMI-CM pada tanggal 7 September 2008 (7 Ramadhan 1429 H). BADAR telah dirasmikan melalui program amal PKPMI-CM dan Medical Emergency Team (MET) bersama Anak-Anak Yatim 2008 di Al-Fityan School, Medan.
Kata-kata perangsang BADAR
(1) “ Sesiapa hari ini adalah sama dengan semalam , maka celakalah dia - Rasulullah”
(2) “ Kebenaran yang tidak berperancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang berperancangan –saidina Ali”
(3) “ Kemunduran gerakan Islam masa kini adalah kerana takut untuk menerima idea-idea baru – Yusuf Qardhawi”
(4) “ Aku tidak menulis buku kerana aku menulis manusia (mentarbiyyah manusia)- Hassan al-banna”
(5) “ Suatu jasad yang pegun atau memiliki halaju sekata tidak akan berubah dari keadaan asalnya jika tiada daya yang dikenakan ke atasnya – Newton first law of kinetic”
(6) “Orang yang berjiwa besar ialah orang yang bercakap tentang pelbagai idea. Orang yang biasa-biasa adalah orang yang mengulas tentang pelbagai peristiwa. Orang yang berjiwa kecil adalah orang yang memperkatakan tentang orang lain. Orang yang berotak kecil yang memperkatakan tentang diri mereka sendiri” -Pujangga Arab-
Profesionalisme dlm BADAR
(1) Menepati masa - Ini adalah antara masalah terbesar yang dihadapi oleh ummat Islam kini.tidak menepati masa. Ini akan menyebabkan pengurusan organisasi terganggu atau tergendala. Penepati masa akan menyebabkan urusan berjalan dengan lancar dan berkesan. Mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 10.00 pagi hendak bermula 10.00 pagi dan bukannya 10.30 pagi. Sangat malu kita menyatakan kita seorang muslim yang menjadi khalifah di atas muka bumi jika perkara yang ringkas inipun menjadi masalah untuk dilaksanakan.
(2) Mematuhi arahan - Organisasi akan dapat menjalankan dengan lancar jika setiap ahlinya mematuhi arahan dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Kadang-kadang hanya kerana perkara kecil sahaja menyebabkan satu-satu perancangan itu menemui kegagalan. ‘its not the big thing that gets you, its the small one’. Yang membezakan seorang yang berjaya dengan yang kalahkadang-kadang hanyalah perkara yang kecil sahaja. - Arahan yang diikut itu pula tidaklah boleh membuta tuli. Jika ada kesilapan maka hendaklah terus disampaikan kepada pihak pengurusan tanpa bertangguh lagi. Mentaati arahan secara membura tuli adaah langkah yang kurang bijak.
(3) Pengurusan dengan melawat (management by wandering around MBWA) - Kepimpinan sangatlah perlu untuk turun padang dan melihat sendiri kerja-kerja yang sedang dibuat oleh anak buat untuk memastikan tugasan yang diberikan berjalan dengan lancar. Kepimpinan harus sentiasa berjumpa dengan orang dibawahnya dan bertanya tentang tugasan yang diberikan .adakah ia berjalan dengan lancar? Apakah masalah yang timbul semasa menjalankan tugas? Apakah cadangan untuk memperbaiki lagi tugasan? MBWA selalu digunakan oleh pengurus-pengurus besar di syarikat – syarikat gergasi yang memiliki kilang di seluruh dunia untuk memastikan keberkesanan pengurusan mereka.
(4) Thiqah - Kepercayaan kepada keputusan yang telah ditetapkan oleh kepimpinan akan menjamin kejayaan organisasi itu sendiri. Ini adalah seperti yang dinyatakan oleh hassan albanna dalam bukunya tisalah ta’alim. Al imam Al-Banna berkata : yang saya maksudkan dengan thiqah ialah keyakinan seorang jundi (pendakwah) terhadap qiadah (pemimpin) pada kemampuan dan keikhlasannya dengan keyakinan yang mendalam sehingga akan melahirkan perasaan kasih, penghargaan, penghormatan dan ketaatan.
Dalam dakwah ikhwan, qiadah mempunyai hak seorang bapa di sudut ikatan hati, hak seorang ustaz di sudut memberi ilmu, hak seorang syeikh di sudut pendidikan rohani dan hak seorang pemimpin di sudut siasah dan polisi umum dakwah. Dakwah kita merangkumi semua makna-makna ini.
Thiqah kepada qiadah adalah satu-satunya yang dapat menjamin kepada kejayaan dakwah, sebab itulah seorang akh yang sebenar perlu mempersoalkan dirinya dengan persoalan – persoalan berikut untuk mengukur sejauh mana thiqahnya terhadap qiadah.
1. Adakah beliau telah mengenali qiadahnya sebelum ini dan mengkaji suasana yang melitupi kehidupannya. 2. Adakah beliau meyakini keupayaan dan keikhlasannya? 3. Adakah beliau bersedia untuk menganggap bahawa segala perintah yang ditujukan kepadanya dari qiadah di dalam perkara yang bukan maksiat merupakan perkara putus yang tidak boleh dipersoalkan, tidak boleh diragui, tidak boleh dicanggahi dan tidak boleh diperbincangkan disamping beliau dibenarkan untuk mengemukakan nasihat dan menunjukkan yang benar? 4. Adakah dia bersedia membuat andaian bahawa dirinya berada di pihak yang salah dan qiadah berada di pihak yang benar sekiranya berlaku pertentangan di antara perintah yang diarahkan kepadanya dengan apa yang diketahuinya dalam perkara ijtihad yang tidak ada nas syarak? 5. Adakah dia bersedia meletakkan seluruh corak kehidupannya di bawah pentadbiran dakwah? Menurut pandangannya adakah pihak qiadah berhak menentukan kepentingan individu dan kepentingan dakwahnya?
Dengan menjawab soalan-soalan ini dan seumpamanya al-akh akan dapat meyakini sejauh mana hubungannya dengan qiadah dan sejauh mana keyakinannya kepada qiadah. Dan hati manusia adalah dalam genggaman Allah, dialah yang mentadbirkannya menurut kehendaknya.
(5) Dinamik - Pendakwah islam haruslah sentiasa bergerak kehadapan dan berubah mengikut keadaan. Tidak hanya static kepada satu jenis cara yang sudah dikira lapuk pada masa itu. Ummat islam haruslah menggunakan segala teknologi yang ada dan menggunakan cara – cara baru yang terbukti berkesan untuk melaksanakan gerakkerja sekalipun cara itu dimulakan oleh orang kafir. Pemikiran jumud dan tidak mahu berganjak daripada cara lama hanya akan membawa kerugian kepada jamaah itu sendiri.
(6) Sistematik - Sesetengah orang yang cinta pada islam tidak menyedari bahawa Allah ta’ala sangat menyukai orang yang melakukan kerja secara sistematik. Mereka mengatakan Rasulullah tidak pernah melakukan perkara yang sedemikian rupa seperti membentuk organisasi yang biasa digunakan sekarang, membuat perancangan bagi dakwah seperti menggunakan jadual atau reminder berbentuk software, mencatat kegunaan kewangan jamaah menggunakan sistem perakaunan dan lain-lain. - Mereka masih terpengaruh dengan bayangan rasulullah memakai kuda untuk bergerak dan dan menggunakan pedang untuk berperang. Masa untuk berkhayal sudah tamat! Sekarang adalah masa untuk bangkit dari dunia fantasi dan menyedari realiti hidup ini. Dalam keadaan kita melakukan perancangan secara secara bersemberono dan tanpa arah , musuh musuh islam telahpun menggunakan segala teknologi yang wujud untuk memerangi islam. Benarlah kata saidina Ali r.a. “kebenaran yang tidak berperancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang berperancangan”. Segala gerakkerja hendaklah dilakukan secara teratur dan bersistematik dalam setiap urusan , mesyuarat , pentadbiran , pengurusan kewangan , pengurusan program dan lain-lain.
Rukun Profesionalisme (1) Halatuju yang jelas (misi dan visi) (2) Perancangan yang lengkap (3) Analisa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman gerakan sendiri, kawan dan musuh (4) Jentera penggerak yang memahami dasar dan matlamat yant hendak dicapai (5) Ahli yang iltizam dan bekerjsama (6) Pengurusan masa yang baik (7) Kerja yang mengutamakn kualiti (8) Sentiasa mengkaji dan menliti hasil kerja dan keberkesanannya bagi tempoh jangka masa panjang (9) Muhasabah / Post-Mortem
Piagam Rasmi BADAR
(1) Tugas adalah ketua (2) Kualiti adalah keutamaan (3) Alternatif bukan pasif (4) Empati bukan simpati (5) Kreatif dan inovatif (6) Selidik dan membangun (7) Ilmu, iman dan amal (8) Islam, iman dan ihsan (9) Cepat, cekap dan tepat (10) Iltizam, tadhiyyah dan infaq