Sabtu, 15 September 2012
Selasa, 11 September 2012
Hebatnya Solat Diawal Waktu
Apa Hebatnya Solat Di Awal Waktu?
Setiap
peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini
yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak
asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?
Waktu Subuh
Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna
biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi
sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara
berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi
dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh
tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum
(keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada
tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.
Waktu Zohor
Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya
berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan
hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?
Waktu Asar
Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya
waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan
frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem
reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan
lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini
terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.
Waktu Magrib
Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini
kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar
rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin
dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat
bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti
dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens
(pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.
Waktu Isyak
Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.
Qiamullail
Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih,
merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi
kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini
dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta
seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah
di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan
bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t
mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya
sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat
memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam
menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.
Jumaat, 3 Ogos 2012
Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita
Pesanan Rasulullah SAW Terhadap Wanita :
1) Dunia ini ialah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan ialah wanita (isteri) yang solehah. (Riwayat Muslim).
2) Mana-mana perempuan yang memakai bau-bauan kemudian ia keluar
melintasi kaum lelaki ajnabi, agar mereka mencium bau harumnya maka ia
adalah perempuan zina,dan tiap-tiap mata yang memandang itu adalah zina.
(Riwayat Ahmad, Thabarani dan Hakim)
3) Dikahwini wanita itu kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana
keturunannya, kerana kecantikannya dan kerana agamanya, maka carilah
yang kuat beragama nescaya kamu beruntung.
4) Wanita apabila ia sembahyang lima waktu, puasa sebulan Ramadhan,
memelihara kehormatan serta taat pada suami, maka masuklah mana-mana
pintu syurga yang ia kehendaki. (Riwayat dari Ahmad Ibnu Hibban,
Thabarani, Anas bin Malik).
5) Perempuan yang melabuhkan pakaian dalam keadaaan berhias bukan
untuk suami nya dan muhrimnya adalah seumpama gelap gelita di hari
kiamat, tiada nur baginya. (Riwayat Tarmizi)
6) Apabila lari seorang wanita dari rumah suaminya, tidak diterima
sembahyangnya, sehingga ia kembali dan menghulurkan tangan kepada
suaminya (meminta maaf). (Riwayat dari Hassan).
7) Wanita yang taat pada suami, semua burung-burung di udara, ikan
diair, malaikat di langit, matahari dan bulan semuanya beristigfar
baginya selama ia masih taat pada suaminya dan diredainya (serta menjaga
sembahyang dan puasanya).
8) Dari Muaz bin Jabal bersabda Rasululllah SAW: Mana-mana wanita
yang berdiri di atas kakinya membakar roti untuk suaminya hingga muka
dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan tangannya
dari bakaran api neraka.
9) Tiap-tiap wanita yang menolong suaminya di dalam urusan agama,
maka Allah memasukkanya dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (sepuluh
ribu tahun) kerana dia memuliakan suaminya di dunia maka mendapat
pakaian dan bau-bauan syurga untuk turun ke mahligai suaminya dan
mengadapnya.
10)Ya Fatimah, jika seorang wanita meminyakkan rambut suaminya dan
janggutnya dan memotong kumisnya dan mengerat kukunya, diberi minum
Allah akan dia sungai syurga, diiringi Allah baginya sakaratul maut dan
akan didapati kuburnya menjadi sebuah taman dari taman-taman syurga
serta dicatatkan Allah baginya kelepasan dari neraka dan selamatlah ia
melintasi titian Siratul-mustaqim.
11)Mana-mana wanita yang berkata kepada suaminya “tidak pernah aku
dapat dari engkau satu kebajikan pun”. Maka Allah akan hapuskan
amalannya selama 70 tahun, walaupun ia berpuasa siang hari dan beribadah
pada malamnya.
12)Apabila wanita mengandung janin dalam rahimnya, maka
beristighfarlah para malaikat untuknya, Allah mencatatkan baginya setiap
hari seribu kebajikan dan menghapus baginya seribu kejahatan.
13)Apabila wanita mulai sakit untuk bersalin, Allah mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah (perang sabil).
14)Apabila wanita melahirkan anak keluarlah dosa-dosa darinya seperti keadaan ibunya melahirkannya.
Hayatilah wahai muslimah…semoga kita dapat memelihara diri kita dari
godaan duniawi,,,dan hiasi diri dengan iman dan taqwa serta akhlak islam
yg telah memartabatkan wanita setelah kedatangan Rasulullah SAW….
wallahu taa’la a’la waa’lam..
wallahu taa’la a’la waa’lam..
Isnin, 23 Julai 2012
Rahsia KURMA
Rahsia Berbuka Dengan Kurma
Kurma adalah buah yang berkah,
Rasulullah Saw mewasiatkan kepada kita untuk memakannya ketika mulai berbuka
dari puasa Ramadhan. Dari Salman ibn 'Aamir, Sesungguhnya Rasulullah Saw
bersabda, "Jika salah seorang diantara kalian akan berbuka puasa, maka
berbukalah dengan kurma sebab kurma itu berkah, kalau tidak ada maka dengan air
karena air itu bersih dan suci. (HT. Abu Daud dan Tirmidzi).
Dari Anas, sesungguhnya Nabi
Muhammad Saw berbuka puasa dengan beberapa ruthab (kurma mengkel
segar yang baru dipetik dari pohonnya-pent) sebelum shalat, kalau tidak ada
ruthab, maka dengan beberapa kurma matang, kalau tidak ada, maka dengan meneguk
beberapa tegukan air putih. (HR. Abu Daud dan Tirmidzi).
Tidak diragukan lagi bahwa
dibalik sunnah nabi ini ada petunjuk
medis dan manfaat yang banyak bagi kesehatan, dan hukum yang bagus. Rasulullah
Saw telah memilih makanan ini dan tidak memilih yang lainnya karena adanya
manfaat yang sangat besar, tidak hanya karena buah itu banyak dijumpai di
lingkungannya semata. Maka, ketika seorang yang berpuasa mulai berbuka maka
organ-organ tubuhnya akan bersiap; dan organ pencernaan mulai berakifitas
kembali, khususnya lambung yang butuh untuk diberikan sesuatu yang lembut, dan
memulai mengakifkan kerjanya kembali dengan halus. Dan orang yang sedang
berpuasa, pada keadaan ini, sangat butuh akan makanan yang mengandung gula yang
mudah dicerna, yang bisa menghilangkan rasa lapar, persis seperti ia butuh akan
air. Dan nutrisi makanan yang tercepat bisa dicerna dan sampai ke darah
adalah zat gula, khususnya makanan yang mengandung satu atau dua zat gula
(glukosa atau sukrosa). Sebab tubuh mampu menyerap dengan mudah dan cepat zat
gula itu hanya dalam beberapa menit. Apalagi jika lambung dan perut sedang
kosong, seperti orang yang berpuasa ini.
Andai Anda mencari makanan yang
bisa menyamai dua kandungan yang dituju ini secara bersama (menghilangkan lapar
dan dahaga secara bersamaan dengan satu makanan), maka anda tidak akan pernah
menemukan makanan itu lebih baik daripada apa yang disuguhkan oleh Sunnah
Nabawiyah, dimana sunnah memotivasi orang yang berpuasa untuk membuka puasanya
dengan zat gula manis sekaligus kaya akan air (ruthab) atau pun tamar (kurma
matang). Berdasarkan penelitian bio-kimia, ditemukan bahwa satu bagian kurma
yang kita makan sama dengan 86 - 87 % beratnya; mengandung 20 - 24 % air; 70 -
75 % gula; 2 - 3 % protein; 8,5% serat; sangat kecil sekali kandungan lemah
jenuh (lecithine).
Berdasarkan penelitian tersebut,
juga ditemukan bahwa ruthab (kurma mengkel) mengandung 65 - 70 % air
berdasarkan berat bersihnya; 24 - 58 % zat gula; 1,2 - 2 % protein; 2,5 %
serat, dan sedikit sekali mengandung lemak jenuh (lecithine).
Berdasarkan
penelitian kimiawi dan fisiologi yang dilakukan Dr. Ahmad Abdul Ra'ouf Hisyam
dan Dr. Ali Ahmad Syahhat, diperoleh data sebagai berikut:
Mengkonsumsi ruthab (kurma
mengkel, masih segar, matang dipohon) atau tamar (kurma matang kering seperti
yang tersebar di Indonesia -pent) setiap kali mengawali buka akan menambah
terhadap badan persentase yang besar akan kandungan zat gula, maka dengan ini
akan hilang penyakit anemia (kurang darah), sehingga tubuh lebih menjadi
bergairah;
Saat lambung kosong dari makanan,
maka ia akan mudah mencerna dan menyerap makanan kecil yang mengandung gula ini
secara cepat dan maksimal;
Sesungguhnya kandungan ruthab dan
tamar akan zat gula dalam bentuk kimia sederhana menjadikan proses mencerna dan
menyerap di lambung sangat mudah, sebab 2/3 (dua per tiga) zat gula ada dalam
tamar dan dalam bentuk zat kimia sederhana. Hal ini pun bisa meningkatkan kadar
gula dalam darah dalam waktu yang singkat;
Sesungguhnya adanya tamar yang
mengandung air, dan ruthab yang mengandung air tinggi (65 - 70 %) akan
menambahkan terhadap tubuh persentase yang tidak membahayakan, maka dengan itu
seorang yang berpuasa tidak harus meminum air dalam jumlah banyak ketika
berbuka. (Abm)
Kelebihan PUASA Dari Sudut Sains
Mari kita sama-sama tambah ilmu sains tentang kelebihan
berpuasa...insyaAllah
Puasa memiliki banyak hikmah dan manfaat untuk tubuh,
ketenangan jiwa, dan kecantikan. Semasa berpuasa, organ-organ tubuh dapat
beristirehat dan sel dalam tubuh boleh berkumpul untuk bertahan. Puasa juga
boleh mengeluarkan kotoran, toksin/racun dari dalam tubuh, meremajakan sel-sel
tubuh dan menggantikan sel-sel tubuh yang sudah rosak dengan yang baru serta
untuk memperbaiki fungsi hormon, menjadikan kulit sihat dan meningkatkan daya
tahan tubuh kerana manusia mempunyai kemampuan terapi secara semulajadi.
Puasa dapat membuat kulit menjadi segar, sihat, lembut, dan
berseri. Kerana setiap saat tubuh mengalami metabolisme tenaga, iaitu peristiwa
perubahan dari energi yang terkandung dalam zat gizi menjadi tenaga potensi
dalam tubuh. Sisanya akan disimpan di dalam tubuh, sel ginjal, sel kulit dan
kelopak mata serta dalam bentuk lemak dan glikogen.
Beberapa cendekiawan telah melakukan beberapa ujian tentang
puasa diantaranya secara ringkas dibawah ini:
1. Allan Cott, M.D.,
Seorang pakar dari Amerika Syarikat, telah menghimpun hasil
pengamatan dan penelitian para ilmuwan berbagai negara, lalu menghimpunnya
dalam sebuah buku Why Fast iaitu berbagai hikmah puasa, antara lain: a. To feel
better physically and mentally (merasa lebih baik secara fizikal dan mental).
b. To look and feel younger (merasa lebih muda).
c. To clean out the body (membersihkan badan)
d. To lower blood pressure and cholesterol levels
(menurunkan tekanan darah dan kadar lemak.
e. To get more out of sex (lebih mampu mengendalikan seks).
f. To let the body health itself (membuat badan sihat dengan
sendirinya).
g. To relieve tension (mengendurkan ketegangan jiwa).
h. To sharp the senses (menajamkan fungsi sense).
i. To gain control of oneself (memperolehi kemampuan
mengendalikan diri sendiri).
j. To slow the aging process (memperlambat proses penuaan).
2. Dr. Yuri Nikolayev -Pengarah bahagian diet di Moscow
menilai kemampuan untuk berpuasa yang mengakibatkan orang yang menjalaninya
boleh menjadi awet muda, sebagai suatu penemuan (ilmu) terbesar abad ini.
Beliau mengatakan: what do you think is the most important discovery in our
time? The radioactive watches? Exocet bombs? In my opinion the bigest discovery
of our time is the ability to make onself younger phisically, mentally and
spiritually through rational fasting. (Menurut pendapat anda, apakah penemuan
terpenting pada abad ini? Jam radioaktif? Bom exoset? Menurut pendapat saya,
penemuan terbesar dalam abad ini ialah kemampuan seseorang membuat dirinya
tetap awet muda secara fizikal, mental, dan spiritual, melalui puasa yang
rasional).
3. Alvenia M. FultonDirektor Lembaga Makanan Sihat
“Fultonia” di Amerika Syarikat menyatakan bahawa puasa adalah cara terbaik
untuk memperindah dan mempercantik wanita secara semulajadi. Puasa menghasilkan
kelembutan pesona dan daya pikat. Puasa menormalkan fungsi-fungsi kewanitaan
dan membentuk kembali keindahan tubuh (fasting is the ladies best beautifier,
it brings grace charm and poice, it normalizes female functions and reshapes
the body contour).
4. Muzam MG, Ali M.N dan Husain
Berpendapat bahawa puasa juga selamat untuk pesakit yang
mempunyai gangguan ulser. Penelitian dilakukan oleh Muzam MG, Ali M.N dan
Husain dalam tindakan terhadap kesan puasa ramadhan terhadap sakit perut.
5. Elson M. Haas M.D.
Direktor Medical Centre of Marin (sejak 1984) mengatakan
dalam puasa merupakan bahagian dari trilogy nutrision, balancing, building(
toning). Elson percaya bahwa puasa adalah bahagian yang hilang “missing link”
dalam diet di dunia barat. Kebanyakan orang di barat over eating atau terlalu
banyak makan, makan dengan protein yang berlebihan dan lemak yang berlebihan.
Sehingga ia menyarankan agar orang lain mulai mengatur makanannya agar lebih
seimbang dan mulai berpuasa, kerana puasa bermanfaat sebagai: purifikasi,
peremajaan, istirahat pada organ pencernaan, anti aging, mengurangi alergi,
mengurangi berat badan, mengawal mental dan emosi, perubahan kebiasaan dari
kebiasaan makan yang buruk menjadi lebih seimbang dan lebih terkawall,
meningkatkan daya tahan tubuh.
Puasa dapat mengubati penyakit seperti Influeza, bronkitis,
diare, konstipasi, alergi makanan, asma, aterosklerosis, penyakit jantung
koroner, hipertensi, diabetes, obesitas, kanker, epilepsi, sakit pada punggung,
sakit mental, angina pectoris (sakit dada kerana jantung), panas dan insomnia.
6. Dr Sabah al-Baqir dan kawan-kawan
Mengatakan bahawa puasa dapat mengurangi jumlah hormon
melawan stress. Dia bersama kumpulan dari Falkuti kedoktoran Universiti King
Saud yang melakukan studi terhadap hormon prolaktin, insulin dan kortisol, pada
tujuh orang laki-laki yang berpuasa sebagai sampel. Hasilnya bahawa tidak ada
perubahan signifikan pada level kortisol. Prolaktin, dan insulin. Ini
menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan bukanlah pekerjaan yang memberatkan,
dan tidak mengakibatkan tekanan mental maupun saraf.
7. Dr Riyadh Sulaiman dan kawan-kawan
Tahun 1990 dari RS Universiti King Khalid, Riyadh Saudi
melakukan penelitian terhadap pengaruh puasa Ramadhan terhadap 47 penderita
diabetes tahap kedua (pesakit yang tidak tergantung insulin). Dan sejumlah
orang sihat. Hasil penelitian menunjukkan bahawa puasa bulan ramadhan tidak
menimbulkan penurunan berat badan yang signifikan. Tidak ada pengaruh apapun
yang bererti pada kawalan penyakit diabetes diabetes dikalangan penderita ini.
Sejauh ini puasa Ramadhan selamat sahaja bagi penderita diabetes sejauh
dilakukan dengan kesedaran dan kawalan makanan serta ubat-ubatan.
8. Dr. Muhammad Munib
Dan kawan-kawan dari Turki juga melakukan sebuah kajiselidik
terhadap seratus responden muslim, Sampel darah mereka diambil sebelum dan
diakhir bulan ramadhan, untuk dilakukan analisis dan pengukuran terhadap
kandungan protein, total lemak (total lipid), lemak fosfat, asam lemak bebas,
kolesterol, albumin, globulin, gula darah, tryglycerol, dan unsur-unsur
pembentuk darah lainnya, dan didapat, antara lain bahwa terjadi penurunan umum
pada kadar gula (glukosa) dan tryacyglicerol orang yang berpuasa, terjadinya
penurunan parsial dan ringan pada berat badan, tidak terlihat adanya aseton
dalam urin, baik dalam awal maupun akhir puasa, sebab sebelum puasa ramadhan,
kenyataan ini menegaskan tidak adanya pembentukan zat-zat keton yang berbahaya
bagi tubuh selama bulan puasa islam, Dengan keutamaan puasa, glikogen dalam
tubuh mengalami peremajaan, memompa gerakan lemak yang tersimpan, sehingga
menghasilkan energi yang lebih meningkat.
Sejak zaman dulu puasa dipakai sebagai pengubatan yang
terbaik seperti kata Plato bahwa puasa adalah untuk mengubati sakit fizikal dan
mental. Philippus Paracelsus mengatakan bahwa “Fasting is the greatest remedy
the physician within!”
Puasa sudah diakui menjadi penyembuh terhebat dalam
menangani penyakit, bahkan di Amerika ada pusat puasa yang diberi nama “Fasting
Center International, Inc”, Director Dennis Paulson yang berdiri sudah sejak 35
tahun yang lalu, dengan pesakit dari 220 negara. Yang mencadangkan Puasa dalam:
(1) program penurunan berat badan,
(2) mengeluarkan toxin tubuh,
(3) puasa dapat memperbaiki energy, kesehatan mental,
kesehatan fisik dan yang paling terpenting meningkatkan kualiti hidup.
Langgan:
Catatan (Atom)



