Lalu malaikat maut pun kembali
semula bertemu dengan Allah seraya berkata: "Engkau mengutus aku kepada
seorang hamba yang tidak menginginkan kematian". Allah pun mengembalikan mata
malaikat maut seraya berfirman: "Kembalilah dan berkatalah kepada dia agar
mletakkan tangannya di atas belakang seekor lembu jantan. Dari setiap helai
rambut yang dapat dilitupi oleh tangannya, maka baginya (umur) satu
tahun".
Malaikat maut kembali dan
menerangkan kepada Nabi Musa. Baginda bertanya: "Wahai Rabb, setelah itu
apa pula?" Allah berfirman: "Kemudian kematian". Nabi Musa
berkata: Jikalau begitu aku mahukan kematian sekarang".
Nabi Musa pun meminta kepada Allah
agar dibawa mendekati tanah suci, sejauh lemparan batu Kemudian Rasulullah
memberitahu: "Jika aku berada di sana, tentu aku tunjukkan kuburnya
berhampiran Bukit Pasir Merah". - (Sohih Muslim, No. 2372)
Nabi Musa sebenarnya tidak menafikan
ajalnya. Malaikat maut diutskan untuk bertanya, bukan untuk mencabut nyawa.
Yakni, malaikat kembali mengadu kepada Allah dengan berkata: "Engkau
mengutus aku kepada seorang hamba yang tidak mengingini kematian". Ini
bermaksud, dia bertanya kepada Nabi Musa ada bersedia dengan kematian atau
tidak.
Seterusnya Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari memberitahu kepada kami tentang kekuatan Nabi Musa Alaihissalam yang hanya menumbuk sekali terus mati orang yang ditumbuknya..Allah berfirman dalam al-Quran:Dan masuklah dia ke bandar (Mesir) dalam masa penduduknya tidak menyedarinya, lalu didapatinya di situ dua orang lelaki sedang berkelahi, seorang dari golongannya sendiri dan yang seorang lagi dari pihak musuhnya. Maka orang yang dari golongannya meminta tolong kepadanya melawan orang yang dari pihak musuhnya; Musa pun menumbuknya lalu menyebabkan orang itu mati. (pada saat itu) Musa berkata: Ini adalah dari kerja Syaitan, sesungguhnya Syaitan itu musuh yang menyesatkan, yang nyata (angkaranya). (Al-Qasas:15)
Seterusnya Syeikh Nuruddin Marbu
al-Banjari menceritakan perihal malunya Nabi Musa Alaihissalam. Disebutkan
dalam hadith Nabi s.a.w. yang menceritakan; “Adalah Bani Israel mandi dengan
bertelanjang (sesama mereka di mana) sebahagian mereka melihat kepada
sebahagian yang lain. Akan tetapi Nabi Musa a.s. mandi bersendirian (kerana
menjaga auratnya). Maka mereka (yakni Bani Israel) mendakwa; ‘Demi Allah! Tidak
menghalang Musa mandi bersama kita melainkan kerana buah zakarnya
bengkak’.
Satu hari Musa pergi untuk mandi. Ia
meletakkan pakaiannya di satu batu. Tiba-tiba batu itu lari bersama pakaiannya.
Musa pun keluar dari tempat mandi itu (dalam keadaan bertelanjang) mengekori
batu itu sambil memanggil; ‘Pakaianku, wahai batu’, hingga ia dilihat oleh Bani
Israel. Maka mereka berkata; ‘Demi Allah! Tidak ada sebarang kecacatan pada
Musa (sebagaimana yang didakwa)’. Musa dapat mengambil kembali pakaiannya dan
dia lalu memukul batu itu” (Riwayat Imam al-Bukhari dari Abu Hurairah r.a.).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan