Ahad, 2 Disember 2012

Alkisah Sekeping Syiling

Alkisah sekeping duit syiling RM1…

Ustaz Dollah berasal daripada satu kampung daif yang tidak mempunyai kemudahan surau untuk bersembahyang. Atas inisiatif sendiri, beliau terpaksa keluar berkuliah di bandar dan pekan yang lebih besar untuk memungut derma untuk pembinaan sebuah surau di kampungnya.

Ustaz Dollah bersama penolongnya Karim berjalan kali dari bandar ke bandar, kerana tidak mahu memb
azirkan duit hasil derma orang ramai untuk membina surau bagi menampung kos pengembaraannya.

Semua duit yang dikumpulkan Ustaz Dollah akan dipegang oleh Karim.

Satu hari ketika dalam perjalanan ke bandar lain setelah selesai satu kuliah, Ustaz Dollah melalui satu rumah yang sedaif seperti di kampungnya. Seorang wanita tua keluar daripada rumah tersebut dalam bertanya… “Adakah awak ini Ustaz Dollah yang sedang mencari derma untuk bina surau?”

“Ya saya.”

“Tunggu sekejap.”

Nenek tua balik ke rumahnya.. setelah beberapa ketika, nenek kembali menghulurkan duit syiling RM1 kepada Ustaz Dollah sebagai derma.

“Diharap orang kampung ustaz dapat tempat untuk bersolat lima waktu tidak lama lagi,” kata nenek itu sebelum kembali ke rumahnya yang serba kekurangan.

Ustaz Dollah berterima kasih dan meneruskan kerja dakwahnya dan mengumpul derma.

Karim meminta Ustaz Dollah untuk memberikan RM1 itu untuk dijaganya bersama wang derma yang lain.

“Ini ana simpan sendiri,” kata Ustaz Dollah.

“Duit besar-besar pun ustaz bagi ana simpan. Cek ratus-ratus, ustaz bagi ana simpan. Tapi ustaz tak percaya pada ana untuk jaga duit syiling RM1 ini?” soal Karim secara bersindir terhadap tindakan Ustaz Dollah.

“Jika seseorang mempunyai rumah besar, kereta dan mendermakan duit RM100 kepada kita, ia tidaklah hairan dan bermakna sangat. Tapi duit syiling RM1 mungkin itulah saja hartanya yang ada untuk nenek tadi. Nenek telah memberi segalanya yang ada untuk kita untuk membina surau. Walaupun hanya RM1, tapi niat nenek itu sangat ikhlas. Dan sebab itu, ana menghargai duit syiling RM1 daripada duit-duit derma yang lain,” jelas Ustaz Dollah.

Dapat isi tersirat?

Senyum.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...