Khamis, 27 November 2008

Usrah Gabungan I

Bersyukur ke hadrat ilahi, dengan bantuan dan rahmatnya kali ini BADAR telah berjaya menganjurkan program Usrah Gabungan dengan jayanya pada tanggal 16 November 2008 (18 Zulkaedah 1429 H) yang lalu.

Program ini telah dianjurkan oleh Biro IGG yang terletak dibawah BADAR PKPMI-CM. Tujuan diadakan program ini adalah untuk merapatkan ukhwah dan mengasah kemahiran dalam menyelesaikan masalah semasa dikalangan ahli-ahli usrah agar dapat menjadi seorang yang kreatif dalam menyelesaikan masalah seharian dan masalah semasa.

Terdapat pelbagai input dan aktiviti-aktiviti yang menarik telah disajikan kepada para peserta melalui program ini antaranya Latihan Dalam Kumpulan, sesi soal jawab, perbahasan masalah dan penanganan masalah, dan sebagainya.

Sepanjang program ini berlangsung, didapati program ini telah mendapat sambutan dan penyertaan yang "hangat" dikalangan peserta program.

Kami (BADAR PKPMI-CM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua peserta kerana telah menjayakan program ini dengan penuh kesungguhan dan ketekunan. Kami berharap, agar pengetahuan yang telah anda perolehi melalui program ini dimanfaatkan sepenuhnya serta menjadi pemangkin untuk menjadi seorang pemimpin yang kreatif dalam menyelesaikan masalah di suatu masa nanti.

Salam ukhwah dari kami, BADAR PKPMI-CM.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...