Ahad, 9 November 2008

Salah Faham Terhadap Islam (Asy-Syubhaat fil Islam)

Ramai kaum intelek hari ini mengalami krisis yang hebat terhadap agama. Apakah agama merupakan salah satu dari kenyataan-kenyataan hidup? Seandainya agama pernah merupakan satu kenyatan hidup yang lampau, adakah ia masih tetap merupakan kenyataan hidup di zaman moden ini, di mana sains telah mengubah seluruh bidang hidup dan di mana tiada tempat lagi untuk sesuatu yang lain melainkan sains dan hakikat-hakikat yang diakui sains saja.

Apakah agama merupakan keperluan umat manusia? Atau agama hanya merupakan satu kecenderungan peribadi semata-mata dengan erti siapa suka beragama dan siapa tidak suka boleh menjadi atheis saja kerana kedua-dua pendirian itu sama.

Kaum intelek itu juga menghadapi krisis yang sama apabila mereka berdepan dengan Islam. Muballigh-muballigh Islam selalu mengatakan kepada orang ramai bahawa agama Islam adalah satu agama unik. Islam bukan semata-mata sistem kepercayaan, bukan semata-mata system untuk meluhurkan jiwa dan mengasuh manusia dengan perangai-oerangai yang tinggi, malah di samping itu semua, Islam adalah satu sistem ekonomi yang adil, satu sistem sosial yang seimbang, satu kumpulan undang-undang sivil, undang-undang jenayah dan undang-undang antarabangsa. Islam adalah satu pimpinan fikiran dan satu didikan jasmani dan seluruhnya di dasarkan di atas kepercayaan, pembimbing akhlak dan pembersihan jiwa.

Apa yang dikatakan itu telah membengkokan kaum intelek, kerana selama ini mereka menyangka Islam sudah mati dan tujuannya telah tamat, Justeru kerana itulah mereka terperanjat apabila muballigh-muballigh Islam mengatakan kepada mereka bahawa Islam bukan deligasi zaman purba yang kini disimpan di muzium-muzium fikiran, peraturan dan kepercayaanyang tua, malah satu Islam satu sistem yang masih hidup hingga ke detik sekarang. Islam mempunyai cukup daya untuk hidup di zaman depan, iaitu daya-daya hidup yang tidak dipunyai oleh mana-mana sistem lain yang diketahiu oleh umat manusia sejak dulu hingga sekarang termasuk sistem sosialisme dan komunisme.

Sampai di sini mereka semakin terperanjat, mereka tidak bersabar lagi dan terus berteriak, “Adakah sistem yang menghalalkan perhambaan, feudalisme dan kapitalisme, adakah sistem yang menganggap nilai kaum wanita sama dengan separuh nilai lelaki dan mengurung mereka di dalam rumah adakah sistem yang menjalankan hukuman rejam, kerat tangan dan sebat, adakah sistem yang membiarkan pengautnya hidup mengemis dan membahagikan mereka kepada pelbagai kelas yang memeras antara satu sama lain, adakah sistem yang tidak memberi jaminan hidup yang lumayan kepada orang-orang yang berusaha, apatah lagi masa depan? Adakah sistem yang sedemikian mempunyai kesanggupan untuk memasuki satu pertarungan yang maha hebat yang beraku di hari ini di antara berbagai-bagai sistem sosial dan ekonomi yang berlandaskan prinsip-prinsip ilmiah; adakah sistem yang sedemikan mempunyai kesangupan untuk berdiri tegak di dalam pertarungan itu apatah lagi untuk menentang dan berjuang?

Sebelum pergi lebih jauh, golongan intelek ini harus lebih dahulu mengetahui dari mana sumbernya mereka menerima pendapat-pendapat yang keliru dan meragukan itu, agar mereka benar-benar tahu samada pendapat-pendapat yang mereka laung-laungkan itu merupakan hasil pemikiran mereka sendiri atau mereka melaung-laungkan pendapat itu sebagai pak-pak turut yang memekik-mekik sesuatu yang tidak dimengertikan oleh mereka sendiri.

*********************

Sebetulnya pendapat-pendapat yang keliru dan meragukan itu bukanlah hasil dari usaha-usaha pemikiran mereka yang objektif. Sebagai buktinya marilah kita kembali beberapa langkah ke zaman silam untuk mengetahui secebis sejarah moden.

Di zaman-zaman Tengah, Peperangan-peperangan Salib (Crusade) yang sengit telah berlaku di antara negeri-negeri Eropah dan negeri-negeri Islam. Kemudian peperangan itu berhenti sesuah melalui satu jangka waktu yang lama. Tetapi salah sekali jika ada orang yang menyangka bahawa Peperangan Salib itu telah tamat setakat itu saja seperti yang telah ditegaskan secara terus terang oleh Lord Allenby ketika angkatan besar beliau selesai menakluk Jurusalem di dalam peperangan besar yang pertama, “Sekarang Peperangan-perangan Salib telah tamat!”.

Di dalam dua abad yang lampau penjajahan Eropah mengancam dunia Islam. Inggeris memasuki Mesir pada tahun 1882 berikutan dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh Khidiwi Taufiq yang telah sanggup bekerjasama dengan penjajah selepas menghancurkan revolusi raktay yang dipimpin oleh Urabi. Selepas itu Inggeris merasa mereka perlu manjalanka satu polisi untuk memperkukuhkan kedudukannya di negeri-negeri Islam dan untuk menjamin keselamatanmereka dari ledakan semangat Islamiah yang mungkin tercetus pada suatu hari yang hampir.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...