Sabtu, 15 November 2008

Simposium Nuqaba'

Bersyukur ke hadrat ilahi, dengan bantuan dan rahmatnya sekali lagi BADAR telah berjaya menganjurkan program Simposium Nuqaba' dengan jayanya dibawah PKPMI-CM pada tanggal 2 November 2008 (4 Zulkaedah 1429 H) yang lalu.

Program ini telah dianjurkan oleh Biro IGG yang terletak dibawah BADAR PKPMI-CM. Tujuan diadakan program ini adalah untuk melatih daya kepimpinan dikalangan pelajar-pelajar Malaysia di Medan agar dapat menjadi seorang pemimpin yang berkualiti di masa akan datang.

Terdapat pelbagai input dan aktiviti-aktiviti yang menarik telah disajikan kepada para peserta melalui Simposium Nuqaba' ini antaranya Latihan Dalam Kumpulan, latihan dan ujian kepimpinan, sesi soal jawab, perbahasan masalah dan penanganan masalah, pemberian pemahaman oleh ahli-ahli panel jemputan dan sebagainya.

Sepanjang program ini berlangsung, didapati program ini telah mendapat sambutan dan penyertaan yang "hangat" disamping kesungguhan yang tinggi dikalangan peserta program.





Kami (BADAR PKPMI-CM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua peserta kerana telah menjayakan program ini dengan penuh kesungguhan dan ketekunan. Kami berharap, agar pengetahuan yang telah anda perolehi melalui Simposium Nuqaba' ini dimanfaatkan sepenuhnya serta menjadi pemangkin untuk menjadi seorang pemimpin yang berkualiti dan berkaliber di suatu masa nanti.

Salam ukhwah dari kami, BADAR PKPMI-CM.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...