Sabtu, 29 November 2008

"Hoorey, Pool Party!"


Seorang pelajar yang telah dipenuhi mata hatinya dengan cahaya hidayah melaporkan sesuatu kepada saya. Dia menjelaskan bahawa terdapat sekumpulan pelajar Malaysia lelaki dan perempuan telah mengadakan acara pool party bertempat di sebuah hotel di Kota Medan baru-baru ini. Malangnya majlis syaitan tersebut dibuat secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan badan agama persatuan.

“Aku dengar mereka kata, sesiapa yang nak join pool party, sila bayar Rp150 000,” ujar pelajar tahun tiga perubatan itu.

“Bukan itu sahaja, salah seorang peserta acara itu beritahu yang mereka turut minum minuman keras.” sambungnya lagi.

Nau’zubillah. Tergamak sekali mereka. Apakah racun hedonisme sudah meresap ke dalam minda pelajar-pelajar melayu kita yang kononnya beragama islam itu? Apakah mereka lupa kepada amanah ilmu dari mak ayah, masyarakat dan agama? Agaknya, penyakit memuja hawa nafsu ini sudah menjadi barah dalam masyarakat yang tiada penawarnya lagi

Kami cuma hendak ‘release tension’

Saudara, jika “release tension” dijadikan alasan bagi menuruti hawa nafsu dan dorongan syaitan, saya ingin bertanya, apakah sandaran saudara yang mengatakan bahawa pool party ini dapat meredakan tekanan perasaan? Jawapannya tidak ada. Apakah ada satu kajian ilmiah yang membuktikannya? Jawapannya tetap tiada. Jadi, ternyata bahawa saudara hanya terpengaruh dengan budaya negatif daripada Barat secara membabi buta. Faktanya adalah, hanya dengan melaksanakan ibadah seperti berzikir, membaca Al-quran, solat dsb terbukti dapat menenteramkan perasaan, menurunkan rembesan hormone stres, dan menguatkan jiwa.“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram…”

Hukum Allah


Islam sebagai sebuah agama fitrah telah mengharamkan acara pool party ini kerana beberapa sebab. Pertama, jika di dalamnya dihidangkan minuman keras (baca:arak). Hal ini dengan jelas disebutkan dalam surah Al-Ma-idah ayat 90, “Hai orang-orang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung adalah keji, itu dari perbuatan setan, jauhilah akan dia, supaya kamu mendapat kemenangan.”

Kedua, jika berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa mengikuti garis yang ditetapkan oleh syara’. Hal ini termasuklah bermandi-manda bersama, mendedahkan aurat, berpegangan tangan, berdua-duaan di tempat yang sunyi, menyanyi bersama dsb. Perkara ini dinyatakan oleh Allah Swt dalam surah An Nuur ayat 30-31,

“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci
bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".

Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…”

Pengajaran dari Kisah Firaun

Jelaslah disini bahawa acara yang terkandung di dalamnya arak, pergaulan bebas, pendedahan aurat adalah haram disisi agama bahkan jauh dari budaya kita yang menjadikan Islam sebagai infrastruktur sosialnya. Al-Quran mendedahkan peristiwa benar tentang mereka yang tidak menuruti ajaran Islam. Dalam surah Ghaafir ayat 21-22, Allah menyamakan Firaun dengan mereka yang ingkar kepada ayat-ayat Nya,

“Samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu daripada mereka, lalu Kami binasakan mereka disebabkan dosa-dosa mereka, dan Kami tenggelamkan Firaun serta pengikut-pengikutnya, kerana kesemuanya adalah orang-orang yang zalim”.

Buat akhirnya, Islam sebagai agama suci menekankan dengan bersungguh-bersungguh ke arah melahirkan sebuah masyarakat yang beradab, lantaran daripada masyarakat itulah nanti akan terbentuk sebuah negara yang kukuh, mantap dan sejahtera. Oleh itu, kita harus sedar, cepat bertaubat dan menyelamatkan diri dari terus diperdaya oleh hawa nafsu dan syaitan dengan mengembalikan ketundukan kepada Allah Yang Maha Berkuasa. “No more ignorance party!”.

Wallahua’lam

Oleh: Ahmad Aizatnur
Penasihat BADAR

Khamis, 27 November 2008

Majlis Bacaan Yasin Sempena Pembukaan Mes Baru PKPMI-CM

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan bantuan dan rahmatnya sekali lagi BADAR berjaya mengelolakan Majlis Bacaan Yasin, pada tanggal 23 November 2008 (25 Zulkaedah 1429 H) yang lalu. Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah dikalangan pelajar-pelajar Malaysia di Medan disamping menjadi titik pemulaan penggunaan Mes PKPMI-CM yang baru.

Terima kasih kami ucapkan kepada semua pelajar yang telah menghadiri dan memeriahkan program ini. Mudah-mudahan Mes yang baru ini menjadi nadi kepada PKPMI-CM dalam merapatkan ukhwah diantara pelajar-pelajar Malaysia di Medan serta sentiasa mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.

Wassalam...

Usrah Gabungan I

Bersyukur ke hadrat ilahi, dengan bantuan dan rahmatnya kali ini BADAR telah berjaya menganjurkan program Usrah Gabungan dengan jayanya pada tanggal 16 November 2008 (18 Zulkaedah 1429 H) yang lalu.

Program ini telah dianjurkan oleh Biro IGG yang terletak dibawah BADAR PKPMI-CM. Tujuan diadakan program ini adalah untuk merapatkan ukhwah dan mengasah kemahiran dalam menyelesaikan masalah semasa dikalangan ahli-ahli usrah agar dapat menjadi seorang yang kreatif dalam menyelesaikan masalah seharian dan masalah semasa.

Terdapat pelbagai input dan aktiviti-aktiviti yang menarik telah disajikan kepada para peserta melalui program ini antaranya Latihan Dalam Kumpulan, sesi soal jawab, perbahasan masalah dan penanganan masalah, dan sebagainya.

Sepanjang program ini berlangsung, didapati program ini telah mendapat sambutan dan penyertaan yang "hangat" dikalangan peserta program.

Kami (BADAR PKPMI-CM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua peserta kerana telah menjayakan program ini dengan penuh kesungguhan dan ketekunan. Kami berharap, agar pengetahuan yang telah anda perolehi melalui program ini dimanfaatkan sepenuhnya serta menjadi pemangkin untuk menjadi seorang pemimpin yang kreatif dalam menyelesaikan masalah di suatu masa nanti.

Salam ukhwah dari kami, BADAR PKPMI-CM.

Sabtu, 15 November 2008

Simposium Nuqaba'

Bersyukur ke hadrat ilahi, dengan bantuan dan rahmatnya sekali lagi BADAR telah berjaya menganjurkan program Simposium Nuqaba' dengan jayanya dibawah PKPMI-CM pada tanggal 2 November 2008 (4 Zulkaedah 1429 H) yang lalu.

Program ini telah dianjurkan oleh Biro IGG yang terletak dibawah BADAR PKPMI-CM. Tujuan diadakan program ini adalah untuk melatih daya kepimpinan dikalangan pelajar-pelajar Malaysia di Medan agar dapat menjadi seorang pemimpin yang berkualiti di masa akan datang.

Terdapat pelbagai input dan aktiviti-aktiviti yang menarik telah disajikan kepada para peserta melalui Simposium Nuqaba' ini antaranya Latihan Dalam Kumpulan, latihan dan ujian kepimpinan, sesi soal jawab, perbahasan masalah dan penanganan masalah, pemberian pemahaman oleh ahli-ahli panel jemputan dan sebagainya.

Sepanjang program ini berlangsung, didapati program ini telah mendapat sambutan dan penyertaan yang "hangat" disamping kesungguhan yang tinggi dikalangan peserta program.





Kami (BADAR PKPMI-CM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua peserta kerana telah menjayakan program ini dengan penuh kesungguhan dan ketekunan. Kami berharap, agar pengetahuan yang telah anda perolehi melalui Simposium Nuqaba' ini dimanfaatkan sepenuhnya serta menjadi pemangkin untuk menjadi seorang pemimpin yang berkualiti dan berkaliber di suatu masa nanti.

Salam ukhwah dari kami, BADAR PKPMI-CM.

Khamis, 13 November 2008

Jelajah Badar 2008, XPDC Gunung Sibayak

Alhamdulillah, syukur ke hadrat ilahi kerana dengan bantuan dan rahmatnya sekali lagi BADAR bersama-sama M.E.T berjaya mengelolakan Jelajah Badar 2008, XPDC Gunung Sibayak pada tanggal 6 Oktober 2008 (6 Syawal 1429 H) yang lalu. Program ini bertujuan untuk merapatkan ukhwah dikalangan pelajar-pelajar Malaysia di Medan dengan motto "Mendaki Menuju Ukhwah Sejati".

Jelajah BADAR 2008, XPDC Gunung Sibayak

BADAR bersama M.E.T. dan peserta XPDC

BADAR bersama M.E.T.

Kawah Gunung Berapi Sibayak
Terima kasih dan tahniah kami (BADAR) ucapkan kepada peserta-peserta yang mengikuti program ini. Semoga ukhwah diantara pelajar-pelajar Malaysia di Medan semakin kuat dan teguh. Mudah-mudahan kita semua diredhai Allah dan sentiasa diradhai olehnya. Amin...

Rabu, 12 November 2008

Program Amal BADAR PKPMI-CM bersama Anak-Anak Yatim 2008

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat ilahi kerana program amal ini telah berlangsung dengan jayanya dibawah kelolaan BADAR, DSC dan MET pada tanggal 7 September 2008 yang lalu.

Program ini merupakan program pertama yang telah dianjurkan oleh BADAR disamping merupakan titik penubuhan BADAR PKPMI-CM secara rasmi. Program ini telah berjaya dilaksanakan di Al-Fityan School Medan.

Melalui program ini, BADAR, DSC dan MET telah berjaya mencurahkan bakti kepada masyarakat setempat khususnya kepada anak-anak yatim di Al-Fityan School Medan seperti pemeriksaan kesihatan dan pemberian sumbangan dalam bentuk makanan dan keperluan asas.

Calon Ketua Umum Badar memberi arahan :)

BADAR bersama anak-anak yatim Al-Fityan School, Medan

Dental Student Committee (DSC)

Kepada peserta-peserta yang mengikuti program ini, tahniah dan terima kasih kami (BADAR) ucapkan. Semoga ukhwah diantara pelajar-pelajar Malaysia di Medan dan masyarakat setempat semakin kuat dan teguh. Mudah-mudahan kita semua diredhai Allah dan sentiasa dirahmati olehnya. Amin...

Isnin, 10 November 2008

ADAB DAN SUNAT HARI RAYA

Terbitan oleh BADAR PKPMI-CM
Keluaran 1 / 08

ADAB DAN SUNAT HARI RAYA

Dalam menyambut kedatangan hari lebaran yang ditunggu-tunggu oleh para muslimin seluruh dunia setelah sebulan berperang melawan hawa nafsu dengan tibanya hari untuk bersyukur dan bergembira dengan segala nikmat Allah iaitu hari raya Aidul Fitri. Di sini dituliskan beberapa adab dan perkara yang disunatkan untuk kita lakukan pada hari raya ini.

1. Membersihkan diri sebelum keluar untuk solat hari raya

Antara lain dalilnya ialah sebagaimana berikut :
a. Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum dia keluar (riwayat imam Malik dengan sanad yang sohih )
b. Telah sabit bahwa para sahabat bersugi dan memakai bauan pada hari raya.
c. Telah sabit juga bahwa Ibnu Umar mandi dan memakai bauan pada hari raya Eidil Fitri.
d. Sebahagian ulama' menyatakan sunat mencukur bulu dibadan dan memotong kuku kerana ia adalah penyempurna dalam berhias.
2. Memakai sebaik-baik pakaian

Adalah bagi Rasulullah S.A.W satu jubah yang dipakai pada kedua hari raya.

3. Makan tamar atau seumpamanya sebelum keluar untuk solat hari raya

a. Daripada Anas adalah Rasulullah S.A.W tidak bersarapan pada hari raya eidul fitri sehingga baginda makan tamar dan memakannya secara ganjil pada bilangan. (riwayat imam Bukhari dan Ahmad)
b. Daripada baridah telah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari raya eidil fitri sehingga baginda makan dan tidak makan pada hari raya korban sehingga menyembelih binatang korban. ( riwayat imam Ahmad dalam sohih Al-Jami' )

4. Keluar solat hari raya dimasjid dan seumpamanya
Ummu 'Athiyyah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami supaya keluar pada hari raya eidil fitri dan eidil adha termasuk perempuan yang baru baligh, mereka yang datang haidh dan mereka yang sibuk dengan tugas di rumah. Maka bagi mereka yang datang haidh hendaklah tidak turut sama untuk solat dan mereka menyaksikan kebaikan dan jemputan muslimin. ( Riwayat imam Bukhari dan Muslim) Setengan ulama' mewajibkan para muslimin untuk keluar ke temapt solat hari raya.

5. Melaungkan takbir pada hari raya
Daripada Ibnu Umar berkata bahawa Nabi S.A.W bertakbir pada hari raya eidil fitri bermula ketika baginda keluar dari rumah sehinggalah sampai di tempat solat hari raya. ( Riwayat Baihaqi dan al-hakim dalam sohih al-Jami' )

6. Melalui jalan yang berlainan ketika pergi dan pulang dari tempat solat hari raya

Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. ( Riwayat imam Bukhari dalam sohih al-Jami' )

7. Mengucapkan tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin

Adalah para sahabat apabila bertemu pada hari raya, mereka akan mengatakan kepada mereka yang ditemui dengan kalimah yang bermaksud : Semoga Allah menerima segala amalan kami dan kamu. ( Al-Albani telah berkata telah diriwayat oleh al-Muhamili dan selainnya dengan sanad yang sohih dalam Tamam al-Minnah )

Semoga kita dapat sama-sama menghidupkan amaln sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sendiri dan para sahabat. Hidupkan hari raya dengan perkara yang bermanfaat dan jangan kotorkannya dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk maksiat. Hari raya kemenangan dalam melawan nafsu dan jangan biarkan nafsu yang mengalahkan kita pula pada hari raya


Sunnah Rasulullah S.A.W di dalam berhari raya

Idul Fithri sering disebut sebagai hari kemenangan. Menang dalam memerangi berbagai godaan selama puasa sebulan. Rasulullah saw. mengajarkan hal-hal berikut dalam ber-Idul Fithri :

1· Disunnahkan mandi dan mengenakan pakaian yang terbaik dari yang dimiliki. Khusus laki-laki disunnahkan memakai wangi-wangian. Sedangkan bagi wanita, memakai wangi-wangian/berhias di luar rumah diharamkan, kerana akan menimbulkan fitnah. Hasan Ash-Shibit berkata :
"Rasulullah memerintahkan kami agar pada hari 'idain( Idul Fithri dan Idul Adha) mengenakan pakaian yang terbagus, memakai wangi-wangian yang terbaik, dan berkurban (pada Idul Adha) dengan haiwan yang paling berharga."(diriwayatkan oleh Al-Hakim)
2· Ibnul Qayyim mengatakan, pada kedua hari raya itu, Rasulullah biasa mengenakan pakaian yang terbaik. Bahkan beliau menyediakan satu pakaian khusus untuk hari raya dan shalat Jum'at.
3· Disunahkan makan dahulu sebelum berangkat ke tempat shalat. Berkata Anas bin Malik,"Sesungguhnya Rasulullah tidak berangkat (ke tempat shalat) pada hari Idul Fithri sebelum memakan beberapa butir kurma dengan jumlah yang ganjil."(HR Ahmad dan Bukhari).
4. Disunnahkan seluruh kaum muslimin beserta keluarganya untuk hadir di tempat shalat. Khusus bagi wanita yang sedang haid tidak ikut mengerjakan shalat, jadi hanya datang saja. Ummu 'Athiyyah menjelaskan, "Kami diperintahkan untuk mengeluarkan semua gadis dan wanita yang haid pada kedua hari raya agar mereka dapat menyaksikan kebaikan hari itu dan mendapatkan do'a dari kaum muslimin. Hanya saja wanita-wanita yang haid meninggalkan tempat solat (di saat orang lain solat)." muttafaq 'alaih
5· Menempuh jalan yang berbeza ketika berangkat dan pulang (jika boleh).
"Adalah Nabi saw. pada hari raya menempuh jalan yang berlainan (pergi dan balik) (HR. Bukhari)
6· Ketika bertemu sesama muslim dianjurkan untuk saling mendo'akan. Do'a yang sering diucapkan oleh para shahabat radhiyallahu'anhum adalah : taqabballahu minna wa minkum (semoga Allah menerima (ibadah) dari kami dan dari Anda).

Selain adab-adab khusus di atas, kita juga harus memperhatikan adab-adab yang telah berlaku secara umum :

a. Tidak berlaku boros dan membazir. Ingatlah di tempat lain masih banyak saudara-saudara kita yang kesulitan mencari sesuap nasi. Allah menegaskan bahwa orang-orang yang berlaku boros adalah saudara syaitan.(QS Al-Israa': 26-27)
b. Tidak berlaku israf (berlebih-lebihan)
bersabda Rasulullah ,"Makan, minum, berpakaian, dan bersedekahlah kamu dengan tidak berlebihan dan tidak sombong."
c. Tidak ikhtilat (campur baur dengan bukan mahram). Suasana hari raya sangat kondusif/terdorong untuk berlakunya "ikhtilat". Namun demikian seseorang muslimah harus dapat menjaga diri. Sebab yang dilarang Allah bukan hanya zina, tetapi termasuk mendekatinya. Bahwa kaum muslimah diwajibkan berjilbab bukanlah bertujuan untuk bercampur dengan laki-laki yang bukan mahram. Rasulullah saw memperingatkan kaum lelaki dengan sabdanya,"Hindarilah olehmu untuk bercampur dengan kaum wanita." Seorang laki-laki bertanya,"Wahai Rasulullah bagaimana pendapatmu tentang alhamwu (kerabat isteri/suami) ?" Berkata Rasulullah, "Alham-wu adalah kematian!" (muttafaq 'alaih)

Termasuk dilarang adalah bersalaman dengan yang bukan mahramnya.Sering terjadi, karena alasan bermaaf-maafan, seorang laki-laki menyalami (berjabat tangan) dengan wanita yang bukan mahram. Berkata Rasulullah saw. : "Sesungguhnya saya tidak pernah bersalaman dengan wanita." MINDA

Kami, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Biro Kebajikan Dan rohani PKPMI mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri maaf Zahir dan Batin kepada seluruh ahli persatuan. Semoga kita semua senantiasa di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah. Tambahkan lagi amal ibadah dan berlumba-lumbalah dalam mengejar pahala dan maghfirah Allah. Semoga kita menjadi insan yang bertaqwa.

Ahad, 9 November 2008

Takwim Tahunan BADAR

Takwim Tahunan BADAR sesi 2008/2009

Program bulanan (Sekali sebulan)

Usrah Kombinasi dan Pengajian

Penerbitan dan penyebaran Risalah Minda (Setiap awal bulan)



Januari 2009


Solat hajat dan bacaan Yasin (amend)


Februari 2009

Festival Nur Islam (01/02/2009 hingga 01/03/2009)
- Perasmian Festival Nur Islam
- SMART solat
- Perubatan Moden dan Perubatan Alternatif
- Indoor Game Tournament
- Brothers and Sisters Sharing
- Muslimat Amazing Race
- Spelling Bee
- Teka Silang Kata
- Pertandingan Menulis Cerpen
- Aku Terima Nikahnya
- Penutupan dan forum perdana

Tamrin Qiadi



Mac 2009

Usrah Komuniti


April 2009

Hari Keluarga di Sibolangit


Jun 2009

Bakti Sosial (BAKSOS) di Acheh

Salah Faham Terhadap Islam (Asy-Syubhaat fil Islam)

Ramai kaum intelek hari ini mengalami krisis yang hebat terhadap agama. Apakah agama merupakan salah satu dari kenyataan-kenyataan hidup? Seandainya agama pernah merupakan satu kenyatan hidup yang lampau, adakah ia masih tetap merupakan kenyataan hidup di zaman moden ini, di mana sains telah mengubah seluruh bidang hidup dan di mana tiada tempat lagi untuk sesuatu yang lain melainkan sains dan hakikat-hakikat yang diakui sains saja.

Apakah agama merupakan keperluan umat manusia? Atau agama hanya merupakan satu kecenderungan peribadi semata-mata dengan erti siapa suka beragama dan siapa tidak suka boleh menjadi atheis saja kerana kedua-dua pendirian itu sama.

Kaum intelek itu juga menghadapi krisis yang sama apabila mereka berdepan dengan Islam. Muballigh-muballigh Islam selalu mengatakan kepada orang ramai bahawa agama Islam adalah satu agama unik. Islam bukan semata-mata sistem kepercayaan, bukan semata-mata system untuk meluhurkan jiwa dan mengasuh manusia dengan perangai-oerangai yang tinggi, malah di samping itu semua, Islam adalah satu sistem ekonomi yang adil, satu sistem sosial yang seimbang, satu kumpulan undang-undang sivil, undang-undang jenayah dan undang-undang antarabangsa. Islam adalah satu pimpinan fikiran dan satu didikan jasmani dan seluruhnya di dasarkan di atas kepercayaan, pembimbing akhlak dan pembersihan jiwa.

Apa yang dikatakan itu telah membengkokan kaum intelek, kerana selama ini mereka menyangka Islam sudah mati dan tujuannya telah tamat, Justeru kerana itulah mereka terperanjat apabila muballigh-muballigh Islam mengatakan kepada mereka bahawa Islam bukan deligasi zaman purba yang kini disimpan di muzium-muzium fikiran, peraturan dan kepercayaanyang tua, malah satu Islam satu sistem yang masih hidup hingga ke detik sekarang. Islam mempunyai cukup daya untuk hidup di zaman depan, iaitu daya-daya hidup yang tidak dipunyai oleh mana-mana sistem lain yang diketahiu oleh umat manusia sejak dulu hingga sekarang termasuk sistem sosialisme dan komunisme.

Sampai di sini mereka semakin terperanjat, mereka tidak bersabar lagi dan terus berteriak, “Adakah sistem yang menghalalkan perhambaan, feudalisme dan kapitalisme, adakah sistem yang menganggap nilai kaum wanita sama dengan separuh nilai lelaki dan mengurung mereka di dalam rumah adakah sistem yang menjalankan hukuman rejam, kerat tangan dan sebat, adakah sistem yang membiarkan pengautnya hidup mengemis dan membahagikan mereka kepada pelbagai kelas yang memeras antara satu sama lain, adakah sistem yang tidak memberi jaminan hidup yang lumayan kepada orang-orang yang berusaha, apatah lagi masa depan? Adakah sistem yang sedemikian mempunyai kesanggupan untuk memasuki satu pertarungan yang maha hebat yang beraku di hari ini di antara berbagai-bagai sistem sosial dan ekonomi yang berlandaskan prinsip-prinsip ilmiah; adakah sistem yang sedemikan mempunyai kesangupan untuk berdiri tegak di dalam pertarungan itu apatah lagi untuk menentang dan berjuang?

Sebelum pergi lebih jauh, golongan intelek ini harus lebih dahulu mengetahui dari mana sumbernya mereka menerima pendapat-pendapat yang keliru dan meragukan itu, agar mereka benar-benar tahu samada pendapat-pendapat yang mereka laung-laungkan itu merupakan hasil pemikiran mereka sendiri atau mereka melaung-laungkan pendapat itu sebagai pak-pak turut yang memekik-mekik sesuatu yang tidak dimengertikan oleh mereka sendiri.

*********************

Sebetulnya pendapat-pendapat yang keliru dan meragukan itu bukanlah hasil dari usaha-usaha pemikiran mereka yang objektif. Sebagai buktinya marilah kita kembali beberapa langkah ke zaman silam untuk mengetahui secebis sejarah moden.

Di zaman-zaman Tengah, Peperangan-peperangan Salib (Crusade) yang sengit telah berlaku di antara negeri-negeri Eropah dan negeri-negeri Islam. Kemudian peperangan itu berhenti sesuah melalui satu jangka waktu yang lama. Tetapi salah sekali jika ada orang yang menyangka bahawa Peperangan Salib itu telah tamat setakat itu saja seperti yang telah ditegaskan secara terus terang oleh Lord Allenby ketika angkatan besar beliau selesai menakluk Jurusalem di dalam peperangan besar yang pertama, “Sekarang Peperangan-perangan Salib telah tamat!”.

Di dalam dua abad yang lampau penjajahan Eropah mengancam dunia Islam. Inggeris memasuki Mesir pada tahun 1882 berikutan dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh Khidiwi Taufiq yang telah sanggup bekerjasama dengan penjajah selepas menghancurkan revolusi raktay yang dipimpin oleh Urabi. Selepas itu Inggeris merasa mereka perlu manjalanka satu polisi untuk memperkukuhkan kedudukannya di negeri-negeri Islam dan untuk menjamin keselamatanmereka dari ledakan semangat Islamiah yang mungkin tercetus pada suatu hari yang hampir.

Rabu, 5 November 2008

Sambutan Hari Raya Aidil Fitri bersama PKPMI-CM

Alhamdulillah, baru-baru ini BADAR telah berjaya mengadakan sambutan Hari Raya Aidil Fitri bersama PKPMI-CM pada tanggal 29 Oktober 2008 (29 Syawal 1249 H) yang lalu. Meskipun terdapat kesulitan akibat cuaca yang tidak menentu, tetapi dengan bantuan Allah dan kesungguhan AJK program akhirnya sambutan ini tetap berjalan seperti yang telah dirancangkan.

Selain memperingati hari besar Islam, tujuan diadakan program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dan silaturrahmi di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di Medan yang terdiri daripada pelajar-pelajar Universitas Sumatera Utara, Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, dan Universitas Medan.





Tahniah dan terima kasih kami ucapkan kepada semua pelajar yang telah menghadiri dan memeriahkan program ini. Mudah-mudahan ukhwah diantara pelajar-pelajar Malaysia di Medan semakin teguh dan diredhai Allah. Wassalam...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...