Sabtu, 29 November 2008
"Hoorey, Pool Party!"
Seorang pelajar yang telah dipenuhi mata hatinya dengan cahaya hidayah melaporkan sesuatu kepada saya. Dia menjelaskan bahawa terdapat sekumpulan pelajar Malaysia lelaki dan perempuan telah mengadakan acara pool party bertempat di sebuah hotel di Kota Medan baru-baru ini. Malangnya majlis syaitan tersebut dibuat secara sembunyi-sembunyi tanpa pengetahuan badan agama persatuan.
“Aku dengar mereka kata, sesiapa yang nak join pool party, sila bayar Rp150 000,” ujar pelajar tahun tiga perubatan itu.
“Bukan itu sahaja, salah seorang peserta acara itu beritahu yang mereka turut minum minuman keras.” sambungnya lagi.
Nau’zubillah. Tergamak sekali mereka. Apakah racun hedonisme sudah meresap ke dalam minda pelajar-pelajar melayu kita yang kononnya beragama islam itu? Apakah mereka lupa kepada amanah ilmu dari mak ayah, masyarakat dan agama? Agaknya, penyakit memuja hawa nafsu ini sudah menjadi barah dalam masyarakat yang tiada penawarnya lagi
Kami cuma hendak ‘release tension’
Saudara, jika “release tension” dijadikan alasan bagi menuruti hawa nafsu dan dorongan syaitan, saya ingin bertanya, apakah sandaran saudara yang mengatakan bahawa pool party ini dapat meredakan tekanan perasaan? Jawapannya tidak ada. Apakah ada satu kajian ilmiah yang membuktikannya? Jawapannya tetap tiada. Jadi, ternyata bahawa saudara hanya terpengaruh dengan budaya negatif daripada Barat secara membabi buta. Faktanya adalah, hanya dengan melaksanakan ibadah seperti berzikir, membaca Al-quran, solat dsb terbukti dapat menenteramkan perasaan, menurunkan rembesan hormone stres, dan menguatkan jiwa.“Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram…”
Hukum Allah
Islam sebagai sebuah agama fitrah telah mengharamkan acara pool party ini kerana beberapa sebab. Pertama, jika di dalamnya dihidangkan minuman keras (baca:arak). Hal ini dengan jelas disebutkan dalam surah Al-Ma-idah ayat 90, “Hai orang-orang beriman, sesungguhnya arak, judi, berhala dan bertenung adalah keji, itu dari perbuatan setan, jauhilah akan dia, supaya kamu mendapat kemenangan.”
Kedua, jika berlakunya percampuran antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram tanpa mengikuti garis yang ditetapkan oleh syara’. Hal ini termasuklah bermandi-manda bersama, mendedahkan aurat, berpegangan tangan, berdua-duaan di tempat yang sunyi, menyanyi bersama dsb. Perkara ini dinyatakan oleh Allah Swt dalam surah An Nuur ayat 30-31,
“Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: "Hendaklah mereka menahan
pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci
bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat".
Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak dari padanya. dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung kedadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau Saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara lelaki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak- budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita…”
Pengajaran dari Kisah Firaun
Jelaslah disini bahawa acara yang terkandung di dalamnya arak, pergaulan bebas, pendedahan aurat adalah haram disisi agama bahkan jauh dari budaya kita yang menjadikan Islam sebagai infrastruktur sosialnya. Al-Quran mendedahkan peristiwa benar tentang mereka yang tidak menuruti ajaran Islam. Dalam surah Ghaafir ayat 21-22, Allah menyamakan Firaun dengan mereka yang ingkar kepada ayat-ayat Nya,
“Samalah seperti keadaan Firaun dan kaumnya serta orang-orang yang terdahulu daripada mereka, lalu Kami binasakan mereka disebabkan dosa-dosa mereka, dan Kami tenggelamkan Firaun serta pengikut-pengikutnya, kerana kesemuanya adalah orang-orang yang zalim”.
Buat akhirnya, Islam sebagai agama suci menekankan dengan bersungguh-bersungguh ke arah melahirkan sebuah masyarakat yang beradab, lantaran daripada masyarakat itulah nanti akan terbentuk sebuah negara yang kukuh, mantap dan sejahtera. Oleh itu, kita harus sedar, cepat bertaubat dan menyelamatkan diri dari terus diperdaya oleh hawa nafsu dan syaitan dengan mengembalikan ketundukan kepada Allah Yang Maha Berkuasa. “No more ignorance party!”.
Wallahua’lam
Oleh: Ahmad Aizatnur
Penasihat BADAR
Khamis, 27 November 2008
Majlis Bacaan Yasin Sempena Pembukaan Mes Baru PKPMI-CM
Terima kasih kami ucapkan kepada semua pelajar yang telah menghadiri dan memeriahkan program ini. Mudah-mudahan Mes yang baru ini menjadi nadi kepada PKPMI-CM dalam merapatkan ukhwah diantara pelajar-pelajar Malaysia di Medan serta sentiasa mendapat keberkatan dari Allah S.W.T.
Wassalam...
Usrah Gabungan I
Program ini telah dianjurkan oleh Biro IGG yang terletak dibawah BADAR PKPMI-CM. Tujuan diadakan program ini adalah untuk merapatkan ukhwah dan mengasah kemahiran dalam menyelesaikan masalah semasa dikalangan ahli-ahli usrah agar dapat menjadi seorang yang kreatif dalam menyelesaikan masalah seharian dan masalah semasa.
Terdapat pelbagai input dan aktiviti-aktiviti yang menarik telah disajikan kepada para peserta melalui program ini antaranya Latihan Dalam Kumpulan, sesi soal jawab, perbahasan masalah dan penanganan masalah, dan sebagainya.
Sepanjang program ini berlangsung, didapati program ini telah mendapat sambutan dan penyertaan yang "hangat" dikalangan peserta program.
Kami (BADAR PKPMI-CM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua peserta kerana telah menjayakan program ini dengan penuh kesungguhan dan ketekunan. Kami berharap, agar pengetahuan yang telah anda perolehi melalui program ini dimanfaatkan sepenuhnya serta menjadi pemangkin untuk menjadi seorang pemimpin yang kreatif dalam menyelesaikan masalah di suatu masa nanti.
Salam ukhwah dari kami, BADAR PKPMI-CM.
Sabtu, 15 November 2008
Simposium Nuqaba'
Program ini telah dianjurkan oleh Biro IGG yang terletak dibawah BADAR PKPMI-CM. Tujuan diadakan program ini adalah untuk melatih daya kepimpinan dikalangan pelajar-pelajar Malaysia di Medan agar dapat menjadi seorang pemimpin yang berkualiti di masa akan datang.
Terdapat pelbagai input dan aktiviti-aktiviti yang menarik telah disajikan kepada para peserta melalui Simposium Nuqaba' ini antaranya Latihan Dalam Kumpulan, latihan dan ujian kepimpinan, sesi soal jawab, perbahasan masalah dan penanganan masalah, pemberian pemahaman oleh ahli-ahli panel jemputan dan sebagainya.
Sepanjang program ini berlangsung, didapati program ini telah mendapat sambutan dan penyertaan yang "hangat" disamping kesungguhan yang tinggi dikalangan peserta program.
Kami (BADAR PKPMI-CM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua peserta kerana telah menjayakan program ini dengan penuh kesungguhan dan ketekunan. Kami berharap, agar pengetahuan yang telah anda perolehi melalui Simposium Nuqaba' ini dimanfaatkan sepenuhnya serta menjadi pemangkin untuk menjadi seorang pemimpin yang berkualiti dan berkaliber di suatu masa nanti.
Salam ukhwah dari kami, BADAR PKPMI-CM.
Khamis, 13 November 2008
Jelajah Badar 2008, XPDC Gunung Sibayak
Jelajah BADAR 2008, XPDC Gunung Sibayak
BADAR bersama M.E.T. dan peserta XPDC
BADAR bersama M.E.T.
Rabu, 12 November 2008
Program Amal BADAR PKPMI-CM bersama Anak-Anak Yatim 2008
Program ini merupakan program pertama yang telah dianjurkan oleh BADAR disamping merupakan titik penubuhan BADAR PKPMI-CM secara rasmi. Program ini telah berjaya dilaksanakan di Al-Fityan School Medan.
Melalui program ini, BADAR, DSC dan MET telah berjaya mencurahkan bakti kepada masyarakat setempat khususnya kepada anak-anak yatim di Al-Fityan School Medan seperti pemeriksaan kesihatan dan pemberian sumbangan dalam bentuk makanan dan keperluan asas.
BADAR bersama anak-anak yatim Al-Fityan School, Medan
Dental Student Committee (DSC)
Kepada peserta-peserta yang mengikuti program ini, tahniah dan terima kasih kami (BADAR) ucapkan. Semoga ukhwah diantara pelajar-pelajar Malaysia di Medan dan masyarakat setempat semakin kuat dan teguh. Mudah-mudahan kita semua diredhai Allah dan sentiasa dirahmati olehnya. Amin...
Isnin, 10 November 2008
ADAB DAN SUNAT HARI RAYA
Keluaran 1 / 08
Dalam menyambut kedatangan hari lebaran yang ditunggu-tunggu oleh para muslimin seluruh dunia setelah sebulan berperang melawan hawa nafsu dengan tibanya hari untuk bersyukur dan bergembira dengan segala nikmat Allah iaitu hari raya Aidul Fitri. Di sini dituliskan beberapa adab dan perkara yang disunatkan untuk kita lakukan pada hari raya ini.
1. Membersihkan diri sebelum keluar untuk solat hari raya
Antara lain dalilnya ialah sebagaimana berikut :
a. Adalah Ibnu Umar mandi pada hari raya sebelum dia keluar (riwayat imam Malik dengan sanad yang sohih )
b. Telah sabit bahwa para sahabat bersugi dan memakai bauan pada hari raya.
c. Telah sabit juga bahwa Ibnu Umar mandi dan memakai bauan pada hari raya Eidil Fitri.
d. Sebahagian ulama' menyatakan sunat mencukur bulu dibadan dan memotong kuku kerana ia adalah penyempurna dalam berhias.
2. Memakai sebaik-baik pakaian
Adalah bagi Rasulullah S.A.W satu jubah yang dipakai pada kedua hari raya.
3. Makan tamar atau seumpamanya sebelum keluar untuk solat hari raya
a. Daripada Anas adalah Rasulullah S.A.W tidak bersarapan pada hari raya eidul fitri sehingga baginda makan tamar dan memakannya secara ganjil pada bilangan. (riwayat imam Bukhari dan Ahmad)
b. Daripada baridah telah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W tidak keluar pada hari raya eidil fitri sehingga baginda makan dan tidak makan pada hari raya korban sehingga menyembelih binatang korban. ( riwayat imam Ahmad dalam sohih Al-Jami' )
4. Keluar solat hari raya dimasjid dan seumpamanya
Ummu 'Athiyyah memberitahu bahawa Rasulullah S.A.W telah memerintahkan kami supaya keluar pada hari raya eidil fitri dan eidil adha termasuk perempuan yang baru baligh, mereka yang datang haidh dan mereka yang sibuk dengan tugas di rumah. Maka bagi mereka yang datang haidh hendaklah tidak turut sama untuk solat dan mereka menyaksikan kebaikan dan jemputan muslimin. ( Riwayat imam Bukhari dan Muslim) Setengan ulama' mewajibkan para muslimin untuk keluar ke temapt solat hari raya.
5. Melaungkan takbir pada hari raya
Daripada Ibnu Umar berkata bahawa Nabi S.A.W bertakbir pada hari raya eidil fitri bermula ketika baginda keluar dari rumah sehinggalah sampai di tempat solat hari raya. ( Riwayat Baihaqi dan al-hakim dalam sohih al-Jami' )
Adalah Rasulullah S.A.W apabila keluar pada hari raya pada satu jalan, baginda pulang pada jalan yang lain. ( Riwayat imam Bukhari dalam sohih al-Jami' )
7. Mengucapkan tahniah dan ucapan selamat hari raya kepada para muslimin
Adalah para sahabat apabila bertemu pada hari raya, mereka akan mengatakan kepada mereka yang ditemui dengan kalimah yang bermaksud : Semoga Allah menerima segala amalan kami dan kamu. ( Al-Albani telah berkata telah diriwayat oleh al-Muhamili dan selainnya dengan sanad yang sohih dalam Tamam al-Minnah )
Semoga kita dapat sama-sama menghidupkan amaln sunat yang pernah dilakukan oleh Rasulullah S.A.W sendiri dan para sahabat. Hidupkan hari raya dengan perkara yang bermanfaat dan jangan kotorkannya dengan pelbagai aktiviti yang berbentuk maksiat. Hari raya kemenangan dalam melawan nafsu dan jangan biarkan nafsu yang mengalahkan kita pula pada hari raya
Sunnah Rasulullah S.A.W di dalam berhari raya
Idul Fithri sering disebut sebagai hari kemenangan. Menang dalam memerangi berbagai godaan selama puasa sebulan. Rasulullah saw. mengajarkan hal-hal berikut dalam ber-Idul Fithri :
1· Disunnahkan mandi dan mengenakan pakaian yang terbaik dari yang dimiliki. Khusus laki-laki disunnahkan memakai wangi-wangian. Sedangkan bagi wanita, memakai wangi-wangian/berhias di luar rumah diharamkan, kerana akan menimbulkan fitnah. Hasan Ash-Shibit berkata :
"Rasulullah memerintahkan kami agar pada hari 'idain( Idul Fithri dan Idul Adha) mengenakan pakaian yang terbagus, memakai wangi-wangian yang terbaik, dan berkurban (pada Idul Adha) dengan haiwan yang paling berharga."(diriwayatkan oleh Al-Hakim)
"Adalah Nabi saw. pada hari raya menempuh jalan yang berlainan (pergi dan balik) (HR. Bukhari)
Selain adab-adab khusus di atas, kita juga harus memperhatikan adab-adab yang telah berlaku secara umum :
a. Tidak berlaku boros dan membazir. Ingatlah di tempat lain masih banyak saudara-saudara kita yang kesulitan mencari sesuap nasi. Allah menegaskan bahwa orang-orang yang berlaku boros adalah saudara syaitan.(QS Al-Israa': 26-27)
bersabda Rasulullah ,"Makan, minum, berpakaian, dan bersedekahlah kamu dengan tidak berlebihan dan tidak sombong."
Termasuk dilarang adalah bersalaman dengan yang bukan mahramnya.Sering terjadi, karena alasan bermaaf-maafan, seorang laki-laki menyalami (berjabat tangan) dengan wanita yang bukan mahram. Berkata Rasulullah saw. : "Sesungguhnya saya tidak pernah bersalaman dengan wanita." MINDA
Kami, Ahli Jawatankuasa Tertinggi Biro Kebajikan Dan rohani PKPMI mengucapkan Selamat Hari Raya Aidul Fitri maaf Zahir dan Batin kepada seluruh ahli persatuan. Semoga kita semua senantiasa di bawah lembayung rahmat dan kasih sayang Allah. Tambahkan lagi amal ibadah dan berlumba-lumbalah dalam mengejar pahala dan maghfirah Allah. Semoga kita menjadi insan yang bertaqwa.
Ahad, 9 November 2008
Takwim Tahunan BADAR
Program bulanan (Sekali sebulan)
Usrah Kombinasi dan Pengajian
Penerbitan dan penyebaran Risalah Minda (Setiap awal bulan)
Januari 2009
Solat hajat dan bacaan Yasin (amend)
Februari 2009
Festival Nur Islam (01/02/2009 hingga 01/03/2009)
- Perasmian Festival Nur Islam
- SMART solat
- Perubatan Moden dan Perubatan Alternatif
- Indoor Game Tournament
- Brothers and Sisters Sharing
- Muslimat Amazing Race
- Spelling Bee
- Teka Silang Kata
- Pertandingan Menulis Cerpen
- Aku Terima Nikahnya
- Penutupan dan forum perdana
Tamrin Qiadi
Mac 2009
Usrah Komuniti
April 2009
Hari Keluarga di Sibolangit
Jun 2009
Bakti Sosial (BAKSOS) di Acheh
Salah Faham Terhadap Islam (Asy-Syubhaat fil Islam)
Apakah agama merupakan keperluan umat manusia? Atau agama hanya merupakan satu kecenderungan peribadi semata-mata dengan erti siapa suka beragama dan siapa tidak suka boleh menjadi atheis saja kerana kedua-dua pendirian itu sama.
Kaum intelek itu juga menghadapi krisis yang sama apabila mereka berdepan dengan Islam. Muballigh-muballigh Islam selalu mengatakan kepada orang ramai bahawa agama Islam adalah satu agama unik. Islam bukan semata-mata sistem kepercayaan, bukan semata-mata system untuk meluhurkan jiwa dan mengasuh manusia dengan perangai-oerangai yang tinggi, malah di samping itu semua, Islam adalah satu sistem ekonomi yang adil, satu sistem sosial yang seimbang, satu kumpulan undang-undang sivil, undang-undang jenayah dan undang-undang antarabangsa. Islam adalah satu pimpinan fikiran dan satu didikan jasmani dan seluruhnya di dasarkan di atas kepercayaan, pembimbing akhlak dan pembersihan jiwa.
Apa yang dikatakan itu telah membengkokan kaum intelek, kerana selama ini mereka menyangka Islam sudah mati dan tujuannya telah tamat, Justeru kerana itulah mereka terperanjat apabila muballigh-muballigh Islam mengatakan kepada mereka bahawa Islam bukan deligasi zaman purba yang kini disimpan di muzium-muzium fikiran, peraturan dan kepercayaanyang tua, malah satu Islam satu sistem yang masih hidup hingga ke detik sekarang. Islam mempunyai cukup daya untuk hidup di zaman depan, iaitu daya-daya hidup yang tidak dipunyai oleh mana-mana sistem lain yang diketahiu oleh umat manusia sejak dulu hingga sekarang termasuk sistem sosialisme dan komunisme.
Sampai di sini mereka semakin terperanjat, mereka tidak bersabar lagi dan terus berteriak, “Adakah sistem yang menghalalkan perhambaan, feudalisme dan kapitalisme, adakah sistem yang menganggap nilai kaum wanita sama dengan separuh nilai lelaki dan mengurung mereka di dalam rumah adakah sistem yang menjalankan hukuman rejam, kerat tangan dan sebat, adakah sistem yang membiarkan pengautnya hidup mengemis dan membahagikan mereka kepada pelbagai kelas yang memeras antara satu sama lain, adakah sistem yang tidak memberi jaminan hidup yang lumayan kepada orang-orang yang berusaha, apatah lagi masa depan? Adakah sistem yang sedemikian mempunyai kesanggupan untuk memasuki satu pertarungan yang maha hebat yang beraku di hari ini di antara berbagai-bagai sistem sosial dan ekonomi yang berlandaskan prinsip-prinsip ilmiah; adakah sistem yang sedemikan mempunyai kesangupan untuk berdiri tegak di dalam pertarungan itu apatah lagi untuk menentang dan berjuang?
Sebelum pergi lebih jauh, golongan intelek ini harus lebih dahulu mengetahui dari mana sumbernya mereka menerima pendapat-pendapat yang keliru dan meragukan itu, agar mereka benar-benar tahu samada pendapat-pendapat yang mereka laung-laungkan itu merupakan hasil pemikiran mereka sendiri atau mereka melaung-laungkan pendapat itu sebagai pak-pak turut yang memekik-mekik sesuatu yang tidak dimengertikan oleh mereka sendiri.
*********************
Sebetulnya pendapat-pendapat yang keliru dan meragukan itu bukanlah hasil dari usaha-usaha pemikiran mereka yang objektif. Sebagai buktinya marilah kita kembali beberapa langkah ke zaman silam untuk mengetahui secebis sejarah moden.
Di zaman-zaman Tengah, Peperangan-peperangan Salib (Crusade) yang sengit telah berlaku di antara negeri-negeri Eropah dan negeri-negeri Islam. Kemudian peperangan itu berhenti sesuah melalui satu jangka waktu yang lama. Tetapi salah sekali jika ada orang yang menyangka bahawa Peperangan Salib itu telah tamat setakat itu saja seperti yang telah ditegaskan secara terus terang oleh Lord Allenby ketika angkatan besar beliau selesai menakluk Jurusalem di dalam peperangan besar yang pertama, “Sekarang Peperangan-perangan Salib telah tamat!”.
Di dalam dua abad yang lampau penjajahan Eropah mengancam dunia Islam. Inggeris memasuki Mesir pada tahun 1882 berikutan dengan pengkhianatan yang dilakukan oleh Khidiwi Taufiq yang telah sanggup bekerjasama dengan penjajah selepas menghancurkan revolusi raktay yang dipimpin oleh Urabi. Selepas itu Inggeris merasa mereka perlu manjalanka satu polisi untuk memperkukuhkan kedudukannya di negeri-negeri Islam dan untuk menjamin keselamatanmereka dari ledakan semangat Islamiah yang mungkin tercetus pada suatu hari yang hampir.
Rabu, 5 November 2008
Sambutan Hari Raya Aidil Fitri bersama PKPMI-CM
Selain memperingati hari besar Islam, tujuan diadakan program ini adalah untuk mengeratkan lagi hubungan dan silaturrahmi di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di Medan yang terdiri daripada pelajar-pelajar Universitas Sumatera Utara, Institut Agama Islam Negeri Sumatera Utara, dan Universitas Medan.
Tahniah dan terima kasih kami ucapkan kepada semua pelajar yang telah menghadiri dan memeriahkan program ini. Mudah-mudahan ukhwah diantara pelajar-pelajar Malaysia di Medan semakin teguh dan diredhai Allah. Wassalam...
Rabu, 22 Oktober 2008
Laporan Takwim biro untuk sesi 2008/2009
- Exco Khas adalah exco yang dikhususkan sebagai media utama BADAR dalam usaha menyelaraskan dan memantau perjalanan aktiviti serta tugas setiap biro di dalam BADAR agar mencapai matlamat / visi BADAR.
Mohd Razki Bin Mohd Razak
AJK
Norashikin Binti Abdul Majid
Noor Aishah Binti Suhimi
Laporan Takwim biro untuk sesi 2008/2009
- Biro Usrah (IGG) adalah biro yang dikhususkan sebagai media utama BADAR dalam usaha menyampaikan dakwah melalui tarbiah untuk mencapai matlamat / visi BADAR.
Visi biro Usrah (IGG - Islamic Genius Group)
"Mengeratkan ukhuwah sesama muslimin dan muslimat"
Organisasi biro Usrah (IGG)
Mohd Fadhil Bin Mohd Sayuti
Timbalan ketua
Nabilah Binti Ab. Karim
Setiausaha
Norkhartini Binti Abu Kassim
Bendahari
Abdul Rahman Bin Borhanuddin
AJK
Ahmad Fauzul 'Azim Bin Mohammad
Noor Hazlina Binti Abu Bakar
Najatul Taqirah Binti Kamaruzaman
Yasmin Binti Md. Ali
- Bulanan:
(1) September 2008 dan Oktober 2008:
* Selaraskan usrah (20 September hingga 20 Oktober 2008)
(2) November 2008:
* Kem untuk Naqobah (3 & 4 November 2008), dan Bacaan surah Yaasin & Solat hajat (22 November 2008)
(3) Disember 2009:
* Tiada
(4) Januari 2009:
*Tiada
(5) Februari 2009:
* Diskusi agama / Forum Perdana (15 Februari 2009)
(4) Mac 2009:
* Usrah Komuniti - Melawat ke rumah anak-anak yatim (22 Mac 2009)
(5) April 2009:
* Tiada
(6) Mei 2009:
* Tiada
(7) Jun 2009:
* Lawatan (12 Jun 2009 hingga 14 Jun 2009)
Laporan Takwim biro untuk sesi 2008/2009
- Biro Ekonomi adalah biro yang dikhususkan sebagai media utama BADAR dalam usaha mencari dan menyediakan dana untuk BADAR agar proses dakwah yang dilakukan serta matlamat / visi BADAR tercapai.
Visi biro Ekonomi
"Menjadi tunjang kepada kekuatan ekonomi BADAR"
Misi biro Ekonomi
- Menyediakan dana yang mencukupi untuk BADAR
- Membantu aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh BADAR supaya berjalan dengan lancar
Organisasi biro Ekonomi
Nazrul Amar Bin Husin
AJK
Syazwani Binti Zulkefly
Aina Mardiah Binti Abdul Aziz
Perancangan tahunan biro Ekonomi
- Bulanan:
(1) Setiap hujung bulan: Kutipan Yuran Ahli Jawatankuasa BADAR
- Umum:
(1) Kutipan dana sampingan (Sepanjang tahun):
* Kutipan dana sampingan melalui program-program dan aktiviti-aktiviti jualan anjuran BADAR
(2) Jualan / Bisnes (Desember 2008 dan Januari 2009 / Januari 2009 sehingga Jun 2009):
* Aktiviti jualan di Malaysia: Kitab-kitab, tudung, dan lain-lain
* Aktiviti jualan di Indonesia: Alatan perubatan, air, makanan, dan lain-lain
(3) Kutipan derma (Desember 2008 sehingga Jun 2009):
* Kutipan derma daripada badan-badan yang berkenaan (Malaysia & Indonesia), atau perseorangan
Laporan Takwim biro untuk sesi 2008/2009
- Biro Hubungan Masyarakat adalah biro yang dikhususkan sebagai media utama BADAR dalam usaha menghubungkan BADAR kepada masyarakat umum dan organisasi dakwah yang lain untuk mencapai matlamat / visi BADAR.
Visi biro Hubungan Masyarakat
- Akhlak Islamiyah.
- Memantapkan spiritual, fizikal, dan mental.
- Menuju kekuatan silaturahim.
Misi biro Hubungan Masyarakat
- Melahirkan individu mampu berakhlak mulia.
- Meningkatkan dan menambahkan pengetahuan dan keyakinan diri.
- Melatih individu dari segi mental, fizikal, dan spiritual.
- Mengukuhkan silaturahim antara satu sama lain.
Organisasi biro Hubungan Masyarakat
Ketua
Nik Ahmad Indera Bin Nik Hassan
Ahli Jawatan Kuasa
Wan Alyaa Atiqah Binti Zainalam
Siti Noor Edayu Binti Endut
Farhana Binti Mohd Amiruddin
- Bulanan:
(1) November 2008:
* Program ceramah (8 November 2008), dan Solat hajat (24 November 2008)
(2) Disember 2008:
* Tiada
(3) Januari 2009:
* Tiada
(4) Februari 2009:
* Lawatan (8 Februari 2009), dan Program ceramah (15 Februari 2009)
(5) Mac 2009:
* Tamrin Qiadi / Latihan Bakal Pemimpin (15 Mac 2009)
(6) April 2009:
* Lawatan (12 April 2009)
(7) Mei 2009:
* Program ceramah (10 Mei 2009)
- Program agama:
(1) Sambutan Raya Haji
(2) Sambutan Maulidur Rasul
(3) Sebagainya
- Kesimpulan / senarai takwim tahunan:
(1) Lawatan (Danau Toba, Sibayak, Pantai Cermin, Si Piso Piso, dan sebagainya)
(2) Ceramah / Tazkirah
(3) Kempen
(4) Bakti sosial
(5) Solat Tahajud bersama-sama
(6) Aktiviti sukan (Futsal, Bola Jaring, Bola Tampar, Ping-pong, dan sebagainya)
(7) Majlis Khatam Al-Quran
(8) Pertandingan / Acara (Nasyid, Lukisan, Syair, dan sebagainya)
(9) Program agama (Sambutan hari besar Islam)
Laporan Takwim biro untuk sesi 2008/2009
- Biro Jurnalistik dan Publikasi adalah biro yang dikhususkan sebagai media utama BADAR dalam usaha menyampaikan dakwah melalui penulisan dan penerbitan risalah-risalah ilmiah dan tarbiah untuk mencapai matlamat / visi BADAR.
Visi biro Jurnalistik dan Publikasi
"Menidasi Ruh Islami"
Misi biro Jurnalistik dan Publikasi
- Mencetus minda Islami dalam kehidupan melalui penerbitan risalah berteraskan Islam.
- Menerapkan nilai Islami dalam diri setiap muslim dan muslimah.
Organisasi biro Jurnalistik dan Publikasi
- Bulanan:
- Umum:
Sabtu, 18 Oktober 2008
Struktur Organisasi
Badan Kebajikan dan Rohani 1432 H
(BADAR)
Exco Kebajikan dan Kebudayaan
PKPMI-CM
“Ukhuwah Diribat, Syariat Didaulat”
Logo Rasmi BADAR
Dewan Penasihat
Khadijah binti Mahmud
Norkhartini binti Abu Kasim
Ahmad bin Abd Halim
Ketua Umum
Timb Ketua Umum I
Timb Ketua Umum II
Setiausaha
Bendahari Umum
Biro Ekonomi
Ketua Muhammad Faiz bin Hashim Timb. Ketua Nurul Ajeemah binti Khalid AJK : Muhibbuddin bin Muhammad Isa Nur Liyana binti Adam Siti Nadzurah binti Sazalye Donol Nur Atikah binti Nagoor Nurul Hikmah binti Aminudin |
Biro Publikasi & Jurnalistik
Ketua Mohamad Zakuan bin Abd Rahman Timb. Ketua Izzati Afifah binti Azmi AJK : Abdul Razak bin Haidzir Mohd Ikhwan Syazwan bin Mustafa Nik Ahmad Syakir bin Nik Kamaliddin Nur Afiqah binti Mohd Anuar Nur Qistina binti Humaidi Raihan Adlin binti Ruzaidi |
Ketua Muhammad Azwan bin Arif Timb. Ketua Faezah Nur binti Mohd Redzwan AJK Muhammad Fihmi bin Zainal Abidin Afiq bin Johari Muhammad Izzul Hazim bin Ahmad Nur Ain Najwa binti Abd Rahim Nuriezyan Syamin binti Ab Wahab Fatimah Nabila binti Fauzi |
Ketua Mohammad Tariq bin Ahmad Syahidan Timb. Ketua Nor Shafarah binti Ramli AJK Bisyrun bin Mohd Sakri Zunnadhir bin Zainal Abidin Rommanah binti Azmi Noorul Qurratu 'Aini binti Azman Nornaimah binti Md Abas |
Rabu, 15 Oktober 2008
Protokol Yahudi
Protokol Yahudi
Berikut dipaparkan ringkasan protokol-protokol zionis antarabangsa:-
Protokol 1: Cara memerintah yang sebaik-baiknya ialah dengan menggunakan kekerasan dan keganasan bukan dengan perbincangan ilmiah. Hak itu terletak kepada kekuatan siapa kuat dialah yang berhak, kerana dalam hukum alam kebenaran terletak kepada kekuatan. Sesungguhnya politik tidak sesuai dengan akhlak. Pemerintah yang berpandukan moral bukanlah ahli politik yang bijak. Mereka yang ingin memerintah mestilah pandai menggunakan tipu helah dan matlamat menghalalkan cara. Minuman keras harus digunakan untuk mencapai tujuan itu.
Protokol 2: Bantuan-bantuan yang diberikan oleh bangsa Yahudi melalui agen-agen Yahudi akan memperkuatkan kedudukan Yahudi. Yahudi akan memerintah bangsa lain seperti bangsa itu sendiri memerintah negaranya tanpa disedari bahawa mereka telah berada di bawah genggaman Yahudi. Ketua pentadbir yang dilantik untuk mengatur pentadbiran negeri terdiri daripada orang-orang yang berjiwa budak, yang mudah diarah untuk kepentingan Yahudi. Melalui akhbar, Yahudi menggerakkan fikiran orang ramai serta mengambil kesempatan mendapatkan emas, meskipun dari lautan darah dan air mata. Pengorbanan adalah perlu, kerana setiap nyawa di kalangan Yahudi berharga 1,000 orang bukan Yahudi.
Protokol 3: Yahudi akan menjadikan negara bukan Yahudi sebagai gelanggang pertelagahan manusia yang boleh membawa huru-hara dan seterusnya kemerosotan ekonomi. Yahudi akan berlagak sebagai penyelamat dengan mempelawa memasuki PASUKAN KITA iaitu sosialis, komunis dan lain-lain yang dapat memberi ruang kepada Yahudi untuk menguasai bangsa yang bukan yahudi. Dalam alam fikiran Yahudi wajib ditanam perasaan bahawa semua haiwan (bangsa bukan Yahudi) tidur nyenyak apabila kenyang dengan darah. Ketika itu senanglah bagi Yahudi memperhambakan mereka.
Protokol 4: Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis dari hati orang yang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialih ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan musuh-musuh mereka. Akhirnya seluruh kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.
Protokol 5: Kalau muncul orang-orang yang bijaksana dari kalangan bukan Yahudi, mereka tidak akan dapat mengatasi bangsa Yahudi. Ilmu sains, politik, ekonomi rekaan orang Yahudi yang bijak memberi taraf yang tinggi kepada modal. Untuk menjamin public opinion kepada Yahudi, bangsa Yahudi mestilah membingungkan mereka dengan memberikan pelbagai pendapat yang saling bertentangan. Akhirnya mereka tidak mengambil keputusan tidak mencampuri urusan politik kerana politik hanya oleh orang-orang yang memimpin rakyat sahaja. Inilah rahsia yang pertama.
Protokol 6: Untuk memusnahkan perusahaan bangsa bukan Yahudi, ialah dengan cara merosakkan sumber pengeluaran dengan memupuk tabiat berbuat kejahatan dan meminum minuman keras di kalangan pekerja, serta mengambil langkah menghapuskan orang-orang terpelajar dari kalangan bangsa bukan Yahudi. Semua bangsa yang bukan Yahudi mesti dipatuhkan menduduki martabat kaum buruh yang melarat.
Protokol 7: Orang-orang Yahudi wajib menaburkan fitnah supaya timbul kekacauan, pertelagahan dan permusuhan di kalangan manusia. Bila timbul penentangan terhadap bangsa yahudi, maka wajiblah orang-orang Yahudi menyambutnya dengan peperangan secara total di seluruh dunia.
Protokol 8: Pemerintah Yahudi akan dikelilingi oleh segolongan besar ahli-ahli ekonomi dan orang-orang Yahudi sendiri akan dikelilingi oleh ribuan ahli-ahli bank, jutawan dan usahawan.
Protokol 9: Yahudi akan mendirikan KERAJAAN DIKTATOR dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.
Protokol 10: Yahudi akan membawa masuk racun liberisme ke dalam negara-negara bukan Yahudi supaya menggugat kestabilan politik. Pilihanraya diatur supaya boleh memberi kemenangan kepada pemimpin-pemimpin yang dapat bertugas sebagai agen Yahudi dalam melaksanakan rancangan-rancangan Yahudi.
Protokol 11: Bangsa Yahudi menyifatkan diri mereka sebagai SERIGALA dan bangsa lain sebagai KAMBING. Bagi mereka, Yahudi merupakan bangsa yang terpilih dan mereka bercerai-berai di atas muka bumi ini sebagai suatu rahmat. Cerai-berai yang nampak sebagai kelemahan, tetapi mencerminkan kekuatan yang dapat membawa bangsa itu ke pintu kekuasaan di seluruh dunia.
Protokol 12: Yahudi akan mengubah pengertian tentang KEBEBASAN atau KEMERDEKAAN dengan mentafsirkan istilah itu sebagai mengamalkan apa-apa yang diperkenalkan atau dibenarkan oleh uandang-undang. Kalau bangsa bukan Yahudi diberi permit menerbitkan 10 akhbar atau majalah, maka bangsa Yahudi mesti menerbitkan 30 akhbar atau majalah. Ia penting kerana menjadi alat untuk mengubah fikiran rakyat.
Protokol 13: Untuk melengkapi usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan kaum industrialis dari kalangan bukan Yahudi, di samping terus mendorong adanya spekulasi itu, maka bangsa Yahudi menyebarkan projek-projek kemewahan, badan pertunjukkan di kalangan bukan Yahudi kerana sumuanya ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalihkan perhatian orang-orang bukan Yahudi dari memikirkan persoalan-persoalan politik, maka agen-agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga (sukan), pesta-pesta, pertandingan-pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.
Protokol 14: Para filosuf mestilah membincangkan kekurangan-kekurangan serta mendedahkan keburukan agama-agama lain. Para penulis Yahudi haruslah menonjolkan tulisan-tulisan pornografi (lucah) iaitu mengadakan sastera yang tidak bermakna, kotor dan keji.
Protokol 15: Bila mendapat kekuasaan, bangsa Yahudi akan membunuh tanpa belas kasihan terhadap setiap orang yang menentangnya. Setiap pertubuhan yang merancang untuk menentangnya mestilah dibubarkan dan ahli-ahlinya dibuang negeri. Oleh itu mesti didirikan sebanyak-banyak FREMASONIC LODGE iaitu tempat-tempat pertemuan rahsia orang-orang Yahudi.
Protokol 16: Yahudi akan membangunkan universiti mengikut rancangan yang tersusun. Pensyarah-pensyarah akan mendidik dan membina para pemuda supaya menjadi manusia yang patuh kepada pihak berkuasa (Yahudi). Bagaimanapun, ajaran mengenai undang-undang negeri dan politik tidak diajar kecuali beberapa orang sahaja yang dipilih kerana kebolehan mereka.
Protokol 17: Yahudi meletakkan kehakiman dalam bidang yang sempit dan terhad. Perguaman akan melahirkan orang-orang yang kejam dan tidak berperi kemanusiaan. Ia mempunyai tabiat untuk mencapai kemenangan bagi orang yang dibelanya, walaupun terpaksa menghancurkan semangat keadilan dan mengorbankan kebajikan masyarakat.
Protokol 18: The King of Jew akan dikawal oleh pengawal-pengawal rahsia, kerana orang-orang Yahudi tidak akan membuka pintu kepada kemungkinan adanya kegiatan-kegiatan untuk menentang Yahudi.
Protokol 19: Bangsa Yahudi akan membicarakan orang-orang yang melakukan kesalahan politik sama seperti orang yang mencuri, membunuh, dan lain-lain kesalahan yang hina. Orang ramai akan memandang kesalahan-kesalahan politik itu sebagai kesalahan yang hina dan berasa benci kepada mereka yang melakukannya.
Protokol 20: Bank Yahudi Internasional akan memberi pinjaman kepada bangsa bukan Yahudi dengan kadar bunga yang tinggi. Pinjaman yang sedemikian merupakan lintah yang melekat pada badan. Bank Yahudi akan membiarkan mereka mati kerana kehilangan darah terlalu banyak. Ekonomi akan lumpuh bila hutang meningkat.
Protokol 21: Yahudi menggantikan pasaran wang dengan institusi hutang kerajaan di mana tujuannya untuk menetapkan nilai perusahaan mengikut pendapatan kerajaan. Institusi ini akan dapat menawarkan kepada pasaran 500 sijil pinjaman perusahaan dalam sehari atau memberi sebanyak itu juga. Dengan cara inilah semua perusahaan akan bergantung kepada Yahudi.
Protokol 22: Untuk mencapai tujuan yang baik, kadang-kadang kekerasan terpaksa digunakan. Kekuasaan bagi Yahudi kerana BERKUASA PENUH dalam rangka meletakkan dunia di bawah pemerintahannya. Di tangan Yahudilah terletak pusat kekuasaan yang peling besar.
Protokol 23: Orang Yahudi WAJIB melatih seluruh umat manusia dalam meninggikan rasa segan dan malu agar mereka terbiasa dengan sifat patuh dan setia, iaitu setia kepada arahan Yahudi.
Protokol 24: Kerajaan tidak boleh diserahkan kepada mereka yang tidak tahu selok belok pemerintahan. Hanya mereka yang boleh menunjukkan sikap keras, kejam dan boleh memerintah dengan tegas akan menerima teraju kerajaan daripada pemimpin-pemimpin kita (Yahudi). MINDA
Salam Aidilfitri
Bagi sesiapa yang berkemampuan, eloklah kita menyerikan lagi Syawal kita dengan berpuasa 6 hari di bulan yang mulia ini. Sabda rasulullah S.A.W. :
Maka marilah kita bersama-sama mengambil kesempatan ini, agar kita dapat meningkatkan amalan di dunia ini. Semoga kita bersama-sama ditempatkan bersama golongan orang yang soleh dan sentiasa dirahmati Allah. Amin...
Selasa, 14 Oktober 2008
BADAR PKPMI-CM
Apa itu BADAR?
BADAR adalah singkatan bagi Badan Kebajikan dan Rohani. BADAR adalah salah satu daripada unit-unit atau badan-badan yang terletak dibawah Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia Cawangan Medan (PKPMI-CM).
Perasmian BADAR
BADAR telah ditubuhkan secara rasmi sebagai satu badan yang terletak di bawah PKPMI-CM pada tanggal 7 September 2008 (7 Ramadhan 1429 H). BADAR telah dirasmikan melalui program amal PKPMI-CM dan Medical Emergency Team (MET) bersama Anak-Anak Yatim 2008 di Al-Fityan School, Medan.
Kata-kata perangsang BADAR
(1) “ Sesiapa hari ini adalah sama dengan semalam , maka celakalah dia - Rasulullah”
(2) “ Kebenaran yang tidak berperancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang berperancangan –saidina Ali”
(3) “ Kemunduran gerakan Islam masa kini adalah kerana takut untuk menerima idea-idea baru – Yusuf Qardhawi”
(4) “ Aku tidak menulis buku kerana aku menulis manusia (mentarbiyyah manusia)- Hassan al-banna”
(5) “ Suatu jasad yang pegun atau memiliki halaju sekata tidak akan berubah dari keadaan asalnya jika tiada daya yang dikenakan ke atasnya – Newton first law of kinetic”
(6) “Orang yang berjiwa besar ialah orang yang bercakap tentang pelbagai idea.
Orang yang biasa-biasa adalah orang yang mengulas tentang pelbagai peristiwa.
Orang yang berjiwa kecil adalah orang yang memperkatakan tentang orang lain.
Orang yang berotak kecil yang memperkatakan tentang diri mereka sendiri”
-Pujangga Arab-
Profesionalisme dlm BADAR
(1) Menepati masa
- Ini adalah antara masalah terbesar yang dihadapi oleh ummat Islam kini.tidak menepati masa. Ini akan menyebabkan pengurusan organisasi terganggu atau tergendala. Penepati masa akan menyebabkan urusan berjalan dengan lancar dan berkesan. Mesyuarat yang dijadualkan pada pukul 10.00 pagi hendak bermula 10.00 pagi dan bukannya 10.30 pagi. Sangat malu kita menyatakan kita seorang muslim yang menjadi khalifah di atas muka bumi jika perkara yang ringkas inipun menjadi masalah untuk dilaksanakan.
(2) Mematuhi arahan
- Organisasi akan dapat menjalankan dengan lancar jika setiap ahlinya mematuhi arahan dan melaksanakannya dengan sebaik mungkin. Kadang-kadang hanya kerana perkara kecil sahaja menyebabkan satu-satu perancangan itu menemui kegagalan. ‘its not the big thing that gets you, its the small one’. Yang membezakan seorang yang berjaya dengan yang kalahkadang-kadang hanyalah perkara yang kecil sahaja.
- Arahan yang diikut itu pula tidaklah boleh membuta tuli. Jika ada kesilapan maka hendaklah terus disampaikan kepada pihak pengurusan tanpa bertangguh lagi. Mentaati arahan secara membura tuli adaah langkah yang kurang bijak.
(3) Pengurusan dengan melawat (management by wandering around MBWA)
- Kepimpinan sangatlah perlu untuk turun padang dan melihat sendiri kerja-kerja yang sedang dibuat oleh anak buat untuk memastikan tugasan yang diberikan berjalan dengan lancar. Kepimpinan harus sentiasa berjumpa dengan orang dibawahnya dan bertanya tentang tugasan yang diberikan .adakah ia berjalan dengan lancar? Apakah masalah yang timbul semasa menjalankan tugas? Apakah cadangan untuk memperbaiki lagi tugasan? MBWA selalu digunakan oleh pengurus-pengurus besar di syarikat – syarikat gergasi yang memiliki kilang di seluruh dunia untuk memastikan keberkesanan pengurusan mereka.
(4) Thiqah
- Kepercayaan kepada keputusan yang telah ditetapkan oleh kepimpinan akan menjamin kejayaan organisasi itu sendiri. Ini adalah seperti yang dinyatakan oleh hassan albanna dalam bukunya tisalah ta’alim. Al imam Al-Banna berkata : yang saya maksudkan dengan thiqah ialah keyakinan seorang jundi (pendakwah) terhadap qiadah (pemimpin) pada kemampuan dan keikhlasannya dengan keyakinan yang mendalam sehingga akan melahirkan perasaan kasih, penghargaan, penghormatan dan ketaatan.
Dalam dakwah ikhwan, qiadah mempunyai hak seorang bapa di sudut ikatan hati, hak seorang ustaz di sudut memberi ilmu, hak seorang syeikh di sudut pendidikan rohani dan hak seorang pemimpin di sudut siasah dan polisi umum dakwah. Dakwah kita merangkumi semua makna-makna ini.
Thiqah kepada qiadah adalah satu-satunya yang dapat menjamin kepada kejayaan dakwah, sebab itulah seorang akh yang sebenar perlu mempersoalkan dirinya dengan persoalan – persoalan berikut untuk mengukur sejauh mana thiqahnya terhadap qiadah.
1. Adakah beliau telah mengenali qiadahnya sebelum ini dan mengkaji suasana yang melitupi kehidupannya.
2. Adakah beliau meyakini keupayaan dan keikhlasannya?
3. Adakah beliau bersedia untuk menganggap bahawa segala perintah yang ditujukan kepadanya dari qiadah di dalam perkara yang bukan maksiat merupakan perkara putus yang tidak boleh dipersoalkan, tidak boleh diragui, tidak boleh dicanggahi dan tidak boleh diperbincangkan disamping beliau dibenarkan untuk mengemukakan nasihat dan menunjukkan yang benar?
4. Adakah dia bersedia membuat andaian bahawa dirinya berada di pihak yang salah dan qiadah berada di pihak yang benar sekiranya berlaku pertentangan di antara perintah yang diarahkan kepadanya dengan apa yang diketahuinya dalam perkara ijtihad yang tidak ada nas syarak?
5. Adakah dia bersedia meletakkan seluruh corak kehidupannya di bawah pentadbiran dakwah? Menurut pandangannya adakah pihak qiadah berhak menentukan kepentingan individu dan kepentingan dakwahnya?
Dengan menjawab soalan-soalan ini dan seumpamanya al-akh akan dapat meyakini sejauh mana hubungannya dengan qiadah dan sejauh mana keyakinannya kepada qiadah. Dan hati manusia adalah dalam genggaman Allah, dialah yang mentadbirkannya menurut kehendaknya.
(5) Dinamik
- Pendakwah islam haruslah sentiasa bergerak kehadapan dan berubah mengikut keadaan. Tidak hanya static kepada satu jenis cara yang sudah dikira lapuk pada masa itu. Ummat islam haruslah menggunakan segala teknologi yang ada dan menggunakan cara – cara baru yang terbukti berkesan untuk melaksanakan gerakkerja sekalipun cara itu dimulakan oleh orang kafir. Pemikiran jumud dan tidak mahu berganjak daripada cara lama hanya akan membawa kerugian kepada jamaah itu sendiri.
(6) Sistematik
- Sesetengah orang yang cinta pada islam tidak menyedari bahawa Allah ta’ala sangat menyukai orang yang melakukan kerja secara sistematik. Mereka mengatakan Rasulullah tidak pernah melakukan perkara yang sedemikian rupa seperti membentuk organisasi yang biasa digunakan sekarang, membuat perancangan bagi dakwah seperti menggunakan jadual atau reminder berbentuk software, mencatat kegunaan kewangan jamaah menggunakan sistem perakaunan dan lain-lain.
- Mereka masih terpengaruh dengan bayangan rasulullah memakai kuda untuk bergerak dan dan menggunakan pedang untuk berperang. Masa untuk berkhayal sudah tamat! Sekarang adalah masa untuk bangkit dari dunia fantasi dan menyedari realiti hidup ini. Dalam keadaan kita melakukan perancangan secara secara bersemberono dan tanpa arah , musuh musuh islam telahpun menggunakan segala teknologi yang wujud untuk memerangi islam. Benarlah kata saidina Ali r.a. “kebenaran yang tidak berperancangan akan dikalahkan oleh kebatilan yang berperancangan”. Segala gerakkerja hendaklah dilakukan secara teratur dan bersistematik dalam setiap urusan , mesyuarat , pentadbiran , pengurusan kewangan , pengurusan program dan lain-lain.
Rukun Profesionalisme
(1) Halatuju yang jelas (misi dan visi)
(2) Perancangan yang lengkap
(3) Analisa kekuatan, kelemahan, peluang dan ancaman gerakan sendiri, kawan dan musuh
(4) Jentera penggerak yang memahami dasar dan matlamat yant hendak dicapai
(5) Ahli yang iltizam dan bekerjsama
(6) Pengurusan masa yang baik
(7) Kerja yang mengutamakn kualiti
(8) Sentiasa mengkaji dan menliti hasil kerja dan keberkesanannya bagi tempoh jangka masa panjang
(9) Muhasabah / Post-Mortem
Piagam Rasmi BADAR
(1) Tugas adalah ketua
(2) Kualiti adalah keutamaan
(3) Alternatif bukan pasif
(4) Empati bukan simpati
(5) Kreatif dan inovatif
(6) Selidik dan membangun
(7) Ilmu, iman dan amal
(8) Islam, iman dan ihsan
(9) Cepat, cekap dan tepat
(10) Iltizam, tadhiyyah dan infaq