Sabtu, 14 Mei 2011

Laporan Program Zero To Hero

 

Zero To Hero

Pada Tanggal 13 Mac 2011 jam 8 pagi - 1 petang bertempat di Ruangan Nazir Alwi Fkg Usu telah diadakan suatu seminar motivasi yang bertajuk Zero To Hero . 

Seminar  “Zero To Hero” (Seminar Motivasi Jati Diri dan Pendidikan) merupakan satu program yang dianjurkan oleh Badan Kebajikan Dan Rohani (BADAR) dengan kerjasama Medical Emergency Team(MET) PM-USU yang bernaung di bawah Persatuan Kebangsaan Pelajar-Pelajar Malaysia di Indonesia Cabang Medan (PKPMI-CM).

Seminar telah dirasmikan oleh Puan Norlin Binti Othman yang merupakan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan,Indonesia.Seminar ini telah dihadiri oleh 120 orang peserta yang terdiri dari pelajar perubatan dan perubatan gigi. Seminar yang bertemakan "Let's fly high" ini julung-julung kali diadakan oleh BADAR-PKPMI-CM kerana dihadiri oleh peserta dari berbilang kaum dan agama. 

Seminar ini bertujuan untuk membentuk insan yang bersemangat waja untuk mencapai cita-cita di dalam bidang masing-masing serta melahirkan insan yang cemerlang dalam pelbagai aspek mencakupi mental, emosi dan akhlak supaya menjadi contoh tauladan yang baik kepada masyarakat umum. 



Seminar motivasi ini telah disampaikan oleh 2 orang penceramah yang bergelar doktor dan didatangkan khas dari Malaysia iaitu dr. Zulkifli bin Yusof dan isteri, dr. Murizah binti M. Zain.

Sekian...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...