Selasa, 24 Mei 2011
[Berapa ya jumlah Surah ?]
Ahad, 22 Mei 2011
Apa itu Amanah ?
Oleh itu , marilah kita sama-sama renungkan sejauh mana yang telah kita perbuat dengan amanah yang telah diberikan kepada kita.
Dua Perintah Nabi Agar Bergaul Dengan Ulama
Semut
Pepatah yang selalu kita dengar. Moral value yang cukup-cukup tinggi untuk dihayati dan diamalkan oleh umat manusia. Seorang insan yang bersikap tawadhu', ditambah pula dengan berilmu, amat dihormati tanpa perlu menagih. Contoh tauladan terbaik yang boleh dijadikan benchmark kita adalah Rasulullah sendiri.
"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (yaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah." (Al-Ahzab 33:21)
Tapi itu resminya padi. Bagaimana pula kalau resminya semut? Semut yang selalu menganggu kehidupan kita. Antara binatang yang paling banyak kita bunuh. Sedar atau tak, semut-semut yang selalu kita bunuh ini mengandungi hikmah yang sangat banyak.
Semut-semut ini boleh dibandingkan dengan sebuah bandar yang hanya boleh dibina oleh kumpulan-kumpulan manusia yang sangat ramai. Sememangnya manusia sangat menginginkan peraturan, panduan atau undang-undang untuk menjamin keamanan dan keselamatan bandar. Satu fakta mengenai bandar moden ini adalah individualism. Setiap individu memiliki visi dan misi yang tersendiri dan hampir semua meletakkan cita-cita di paling hadapan. Kepentingan sosial diletakkan di belakang.
Cuba kita telusuri sebuah bandar yang mantap. Bayangkan beribu-ribu penduduk hidup di dalam bandar itu. Tetapi tidak seorang pun yang ambil kisah kepentingan diri. Di dalam bandar itu, mereka meletakkan kepetingan sosial dan orang lain melebihi segalanya. Bayangkan masing-masing bekerja keras dgn sanggup berkorban apa saja. Dan saling bekerja dalam keadaan aman, tanpa perselisihan faham dan pergaduhan.
Akan tetapi, masyarakat seperti itu adalah mustahil bagi manusia kerana terlalu sempurna. Tapi masyarakat yang ideal seperti itu dan lama wujud di muka bumi ini. Sejak dari zaman Nabi Sulaiman, kita pun tahu kisahnya. Dan yang kagumnya, masyarakat ini ada di mana saja di bumi ni.
Semut ini hidup dalam koloni beratus bahkan beribu dan boleh mencecah juta individu. Setiap satu dalam koloni itu memainkan peranan mereka pada tahap 100%. Tiada yang bermasalah dalam posisi atau kerja mereka. Yang terutama adalah survival koloni tersebut. Tiap satu akan menyerahkan nyawa kalau terpaksa. Mustahil nak jumpa semut lapar dan semut yang tersesat. Benda ini terjadi sebab terjalinnya kerjasama yang mantap, harmoni dan perkongsian antara mereka. Kadang-kadang satu titik air pun dishare. Makanan dikumpulkan lalu disimpan dalam sarang untuk dikongsi. Dalam semut tiada sikap pentingkan diri. Tiada yang bersendirian. Masing-masing adalah satu bahagian dari sebuah organisasi raksasa. Dengan semut-semut ini punya kehidupan sosial dan organisasi sosial, ia mengalahkan manusia dan semut ini sememangnya pembuktian sebenar kehebatan, kekuasaan Allah dalam menciptakan makhluk.
Sekarang, cuba kita ambil kita beberapa spesis semut, dan sama-sama kita tengok dan kaji keajaiban semut-semut ini, keajaiban ciptaan Allah yang disumbat dalam makhluk kecil ini.
Sabtu, 14 Mei 2011
Laporan Program Zero To Hero
Israel Sambut 63 Tahun Kelahirannya Dengan Penuh Gementar
ISRAEL SAMBUT 63 TAHUN KELAHIRANNYA DENGAN PENUH GEMENTAR
NAKBAH bermaksud malapetaka atau bencana besar. Manakala Nakbah Palestin merujuk kepada penubuhan Negara Haram Israel yang telah diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948. Peristiwa ini berlaku selepas terlaksananya kependudukan dan penjajahan haram oleh rejim Yahudi Zionis ke atas tanah dan penduduk asal Negara Palestin secara sistematik dengan bantuan British dan PBB.
Pencetus penubuhan negara Yahudi
Cadangan penubuhan negara khas untuk orang-orang Yahudi telah dibuat oleh seorang wartawan Hungari, Theodore Hertzl yang merupakan pengasas gerakan Zionis yang kemudiannya dibukukan di dalam Die Judem Stat (Negara Yahudi) pada 1896. Kewujudan Pertubuhan Yahudi Antarabangsa (WZO) melalui persidangannya yang pertama di Basle, Switzerland pada 27-29hb Ogos 1897 di bawah pimpinannya telah membuka era aktiviti politik Zionis, mengorak langkah kepada pembentukan Negara Yahudi di Palestin.
Deklarasi Balfour
British yang merupakan sekutu kuat gerakan Zionis telah sentiasa menyebelahi mereka dengan mengisytiharkan Deklarasi Balfour pada 2hb November 1917 apabila kerajaan British telah memberi jaminan untuk mewujudkan sebuah negara khusus untuk bangsa Yahudi di Palestin. Ini merupakan usaha yang paling jahat dalam sejarah peradaban dunia kerana dengan jelas ianya mencabuli perjanjian antarabangsa.
Holocaust.
Holocaust adalah satu peristiwa yang dirancang secara sistematik oleh Nazi German yang diketuai oleh Hitler dengan kerjasama pemimpin Zionis di Eropah pada ketika itu. Pembunuhan Yahudi di Eropah secara beramai-ramai itu adalah bertujuan untuk mempercepatkan perpindahan Yahudi Eropah bagi mempercepatkan penubuhan negara yang dikhususkan untuk Bangsa Yahudi iaitu di Palestin. Pemimpin Zionis mempunyai terlalu banyak peluang untuk menyelamatkan bangsa Yahudi Eropah jika mereka mahu berbuat demikian. Namun jenayah terancang ini dilakukan demi cita-cita besar mereka untuk membina nrgra Israel dan kemudiannya Israel Raya. Sejak tahun 1933 berlakulah penghijrahan beramai-ramai yang sistematik yang melibatkan ratusan ribu Yahudi Eropah ke Palestin. Sedikit demi sedikit tanah milik penduduk Palestin dirampas samada dengan cara kekerasan mahupun dengan cara penipuan oleh pendatang Yahudi.
Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB)
Isu Palestin semakin panas dan mula dibawa ke peringkat antarabangsa di atas tuntutan British yang meminta supaya PBB memasukkan isu tersebut ke dalam agendanya. Laporan Badan Penyelidik Antarabangsa Palestin (UNSCOP) milik PBB telah mengakui tentang ketidak-adilan pengambilan tanah serta cadangan pembahagian bumi Palestin kepada dua buah negara yang berasingan iaitu Palestin dan Yahudi. Namun rentetan duka Palestin semakin berpanjangan apabila sidang pleno PBB yang dipengaruhi Yahudi telah mengeluarkan ‘Ketetapan 181’ yang malang pada 29hb November 1947 dengan membahagikan 2/3 tanah Negara Palestin kepada pendatang Yahudi manakala bakinya yang hanya 1/3 keluasan tanah pula diberikan kepada penduduk asal Palestin yang sah. Inilah situasi yang boeh dianggap mengharapkan pagar tetapi pagar makan padi.
Kelemahan Liga Negara Arab
Rakyat Palestin adalah antara bangsa yang paling malang di dunia kerana dilupakan oleh PBB, negara-negara Arab dan juga umat Islam sendiri. Ketika Yahudi Zionis erat bekerjasama dengan British dan PBB demi mencapai cita-cita mereka, Liga Negara Arab pula gagal membantu perjuangan rakyat Palestin bagi mempertahankan hak-hak asasi mereka dalam mempertahankan kedaulatan Negara Palestin yang telah mereka diami sejak 4500 tahun lamanya.
Penglibatan tentera dari Liga Negara Arab yang digembar-gemburkan itu hanyalah merupakan tragedi apabila mereka telah ditewaskan dengan mudah oleh angkatan tentera pengganas Yahudi yang juga telah meresap ke dalam pimpinan tentera Liga Negara Arab.
Dengan kekalahan yang mengaibkan tentera Arab di dalam peperangan ini dan diikuti dengan penaklukan 78 % bumi Palestin, Yahudi Zionis telah mengumumkan Negara “Israel” pada petang 14hb Mei 1948. British mengundurkan tentera dan pemerintahannya ke atas Palestin apabila Negara Israel yang merdeka diistiharkan secara resminya pada 15hb Mei 1948.
Kemerdekaan Israel adalah Malapetaka Palestin
Kesan langsung dari nakbah atau malapetaka ini ialah kekejaman pasukan tentera pengganas Yahudi Zionis yang telah bertindak mengusir lebih daripada 60 % rakyat Palestin (lebih kurang 800 000 orang daripada sejumlah 1.39 juta rakyat) ke luar negara manakala 30 ribu yang lain telah diusir ke daerah-daerah yang ditakluki mereka.
Daripada jumlah 580 perkampungan rakyat Palestin yang wujud sebelum perang 1948, rejim Zionis telah menghancurkan 478 buah kampung serta terlibat dalam lebih 34 jenayah pembunuhan beramai-ramai rakyat Palestin.
Peperangan 1948 telah memusnahkan kehidupan rakyat Palestin yang telah hidup di bumi bertuah ini sejak ribuan tahun lamanya. Sesungguhnya amat tidak adil apabila Yahudi menjadikan Holocaust atau peristiwa pembunuhan bangsa mereka di Eropah oleh Nazi Jerman sebagai alasan untuk mereka membina rejim mereka di atas lautan, penderitaan dan keperitan rakyat Palestin.
Mereka sengaja melupakan bahawa bangsa Yahudi bukanlah penduduk asal bumi Palestin sehinggakan pemerintah tentera mereka yang kemudiannya dilantik sebagai menteri pertahanan, Moshe Dayan mengakui sendiri bahawa setiap penempatan Yahudi dibina dari keruntuhan perkampungan rakyat Palestin. Ini adalah jenayah yang terancang melalui perencanaan dan pengiktirafan sebelumnya.
Jenayah Ini disahkan lagi apabila PBB yang telah mengeluarkan lebih daripada 110 resolusi mereka (sehingga tahun 2000) supaya mengembalikan hak 4.4 juta pelarian Palestin supaya dibenarkan pulang ke kampung halaman mereka. Namun tidak ada satu pun daripada resolusi-resolusi ini yang dilaksanakan oleh rejim Yahudi Zionis.
Nakbah 1948 yang melanda Palestin juga menimbulkan kenangan pahit dan perasaan terhina yang mendalam di kalangan rakyat Palestin, orang-orang Arab dan umat Islam secara keseluruhannya sehingga ke hari ini.
63 tahun An Nakbah
Kini 63 tahun telah berlalunya Nakbah Palestin, namun rakyat dan Negara Palestin terus diganyang Yahudi Zionis sehinggakan :
Rejim Zionis terus yang melakukan penindasan terhadap rakyat Palestin seperti meruntuhkan rumah-rumah mereka, membakar kebun-kebun mereka dan memperluaskan kawasan penempatan pendatang haram Yahudi. Sehingga kini yahudi telahpun merampas dan menguasai lebih 90 % dari keseluruhan bumi Palestin.
Peningkatan serangan ke atas Masjid al-Aqsa oleh ekstrimis Zionis yang semakin kerap mencabul kehormatan dan kesucian qiblat pertama umat Islam di dalam rangka mereka mengYahudikan Baitul Maqdis. Mereka bercita-cita untuk meruntuhkan masjid Al Aqsa dan mendirikan Kuil Yahudi di atas tapak masjid sekarang. Mereka kini telah berjaya membina Kuil Yahudi (Sinagog Hover) bersebelahan dengan masjid al Aqsa
Melakukan penangkapan dan pemenjaraan orang-orang Palestin yang tidak bersalah sehingga lebih daripada 12 ribu di kalangan mereka kini merengkok di dalam penjara Israel. Di kalangan mereka adalah orang-orang tua, kanak-kanak malahan juga wanita yang hamil lagi sakit.
Sekatan ekonomi yang dirancang secara rapi oleh Zionis menyebabkan orang-orang Palestin tersepit dan terpaksa bergantung kepada sumber pekerjaan yang dimiliki oleh Yahudi. Akibatnya ramai di kalangan rakyat Palestin yang menganggur dan dibelenggu kemiskinan serta kebuluran.
Ramai di kalangan kanak-kanak palestin yang telah dinafikan hak mereka untuk belajar sehinggakan jumlah mereka yang sempat ke pengajian menengah adalah dari peratusan yang sangat kecil.
Rejim Zionis tanpa malu dan segan telah membina tembok pemisah gergasi yang terpanjang di dunia iaitu sepanjang 720 km di Tebing Barat yang menyekat penghidupan rakyat Palestin di sana serta menjadikan Tebing Barat sebagai penjara yang terbesar di dunia.
Dijangkakan seramai 6.85 juta di kalangan rakyat Palestin adalah pelarian yang hidup dengan penuh kedaifan sejak 63 tahun yang lalu. Inilah jumlah pelarian yang paling lama dan paling ramai di dalam sejarah peradaban dunia.
Rejim Zionis kini berterusan menyiksa dan membunuh rakyat Palestin terutamanya di Gaza yang turut diakui pemimpin kanan mereka sebagai holocaust yang lebih hebat.
Penindasan, penodaan dan kekejaman yang dilakukan oleh rejim Israel ini terhadap rakyat dan negara Palestin telah berlaku dalam tempoh yang amat panjang dan berlarutan. Sudah tentulah ianya tidak harus dibiarkan begitu sahaja.
Sambutan 63 Tahun kelahiran Israel
Hari Ahad ini, 15 hb Mei 2011 adalah tahun ke 63 kelahiran negara Haram Israel. Memang benar bahawa tarikh ini adalah detik derita bagi umat Islam. Namun saya kurang setuju sekiranya kita berhadapan dengan peistiwa ini dengan rasa sedih dan berputus harapan dengan keadaan umat Islam kini.
Sebenarnya banyak petanda bahawa kemenangan akan berpihak kepada umat Islam dan sampai masanya untuk kita akhiri era sombong mereka itu.
1-Kerajaan zionis Israel semakin panik dengan perkembangan di Timur Tengah, apatah lagi dengan permuafakatan Hamas-Fatah dan fraksi Palestin yang lain.
2-Tumbangnya Mubarak dan persetujuan Kerajaan Semestara Mesir untuk membuka ‘Rafah Gate’ secara kekal.
3-Kesediaan barisan pemuda di Bumi Anbiya melancarkan Intiadah ke 3 dengan pempuran yang lebih dahsyat.
4-Berkurangannya kedatangan pendatang Yahudi ke Palestin. malahan lebih 700 ribu Yahudi telah cabut keluar dari Palestin sejak 9 tahun yan lalu
5-Generasi muda Israel tidak beriman dan tidak berminat denan agenda Zionis apatah lagi berjuang untuknya.
6-Pertambahan penduduk Palestin di Gaza, West Bank & Palestine-1948 jauh melebihi bilangan kelahiran anak-anak Yahudi. Ini merupakan projek bom demografi yang menakutkan zionis untuk angka masa panjang
7-Ekonomi Israel semakin merosot dengan Intifadah Pertama yang dilancarkan pada 1987, Intifadah al Aqsa pada tahun 2000 dan pertembungan yang berterusan selama ini.
8-Sokongan dunia antarabangsa terhadap isu Palestin meningkat. Bukan sahaja di kalangan negara-negara umat Islam bahkan di sebahagian dunia Barat yang lainnya.
Dan sebenarnya banyak lagi petanda yang menunjukkan bahawa Islam akan kembali gemilang dan Zionis bakal berhadapan dengan episod gelap yang akan menguburkan kesombongan mereka selama ini. Pastikan bahawa anda tidak tertinggal daripada gerabak perjuangan yang mulia ini.
Kita berjumpa di Al Aqsa nanti
Salam perjuangan
Dr Z
link asal http://zainurrashid.com/?p=103
Seminar Alam Bahagia (Baitul Muslim)
Jumaat, 6 Mei 2011
MENGENAL TOKOH ISLAM 1 :
Shaikh Bin Baz
Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Abdurrahman bin Muhammad bin Abdullah bin Baaz rahimahullah dilahirkan di kota Riyadh pada tanggal 12 Dzul Hijjah tahun 1330 H, dari keluarga yang sebagian besar kaum lelakinya bergelut dalam dunia keilmuan.
Pada mulanya beliau bisa melihat, kemudian pada tahun 1336 H, kedua matanya menderita sakit, dan mulai melemah hingga akhirnya pada bulan Muharram tahun 1350 kedua matanya mulai buta.
Pendidikannya lebih banyak tertuju pada pelajaran Al-Qur'an dan Hadits Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam. Beliau tumbuh dalam peliharaan salah seorang keluarganya. Al-Qur'an merupakan pelita yang menerangi hidupnya, sehingga umurnya dipergunakan untuk menimba ilmu Al-Qur'an, dan beliau hafal Al-Qur'an secara menyeluruh ketika beliau masih kecil,belum mencapai usia baligh.
Beliau belajar ilmu-ilmu syar'i dari para ulama besar di Riyadh, seperti Syaikh Sa'd bin athiq dan Syaikh Hamd bin Faris dan Syaikh Sa'd bin Waqqash Al-Bukhari dan Syaikh Muhammad bin Ibrahim Ali Syaikh -semoga Allah merahmati mereka-, beliau terus menimba ilmu hingga mulai terpandang di kalangan para ulama.
Beliau pernah menjadi Qadhi mulai bulan Jumadats Tsaniah tahun 1357 hingga tahun 1371.
Selanjutnya pada tahun 1372 beliau mengajar di Ma'had Ilmi di Riyadh selama setahun kemudian pindah ke Fakultas Syariat Di Riyadh mengajar Ilmu Fiqih, Tauhid dan Hadits selama tujuh tahun, semenjak didirikannya fakultas ini hingga tahun 1380.
Pada tahun 1381 beliau ditunjuk menjadi wakil rektor Jamiah Islamiyah di Madinah Al Munawwarah, dan menempati posisinya tersebut hingga tahun 1390. Selanjutnya pada mulai tahun itu hingga tahun 1395 beliau menjadi rektor Jami'ah Islamiyah.
Pada tanggal 14/10/1395 terbit keputusan kerajaan yang menunjuk Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baaz rahimahullah sebagai mufti besar (Semacam ketua MUI) untuk negara Saudi Arabia dan sebagai ketua ikatan para ulama serta ketua idarah buhuts ilmiyah wal ifta' yang setingkat dengan kedudukan mentri, hingga beliau meninggal.
Beliau juga banyak berkecimpung di berbagai lembaga dan majlis ilmiah islamiyah, di antaranya sebagai ketua ikatan para ulama, ketua majlis pendiri rabithah 'alam islamy, ketua lembaga internasional yang mengurusi masjid dan ketua mujamma' fiqhy islamy di Mekkah Al Mukarramah. Beliau juga sebagai anggota lembaga tinggi Jami'ah Islamiyah di Madinah Al Munawwarah, anggota lembaga tinggi dakwah Islam, anggota majlis syuro untuk WAMY (Ikatan Pemuda Islam Internasional) dan beberapa keanggotaan yang lain.
Beliau juga beberapa kali mengetuai berbagai mu'tamar internasional yang diadakan di negra Saudi Arabia, yang merupakan sarana bagi beliau untuk saling tukar pendapat dan fikiran dengan beberapa ulama, da'i dan pemikir lainnya dari berbagai belahan dunia.
Meski beliau disibukkan dengan berbagai kegiatan tersebut, beliau tidak lupa tugas utamanya sebagai seorang alim dan da'i. Beliau telah menulis berbagai karangan dan buku-buku, di antaranya: Al Fawa'id Al Jaliyyah fil Mabahits Al Fardhiyyah, At Tahqiq wal Idhah likatsir min masailil Hajj wal Umrah waz Ziyarah, At Tahdzir minal Bida', Ar Risalatanil Mujazatani fiz Zakat wash Shiyam, Al Akidatul Mujazah, Wujubul Amal Bisunnatir Rasul, Ad Da'wah Ilal-llaah, Shifatud Da'iyah, Wujubu Tahkimi Syar'illaahi. Hukmus Sufur Wal Hijab, Nikahus Syighar, Tsalatsu Rasail Fish Shalat, Hukmul Islam Fiiman Tha'ana fil Qur'an Aw Fii Rasulillah, Hasyiyah Mufidah Ala Fathil Bari, Iqamatul Barahin ala Hukmi Manista'ana Bighairillaah Aw Shaddaqal Kuhhan wal Arrafin, Al Jihad fii Sabilillah, Wujubu Luzumis Sunnah Wal Hadzru Minal Bid'ah, dan berbagaimacam fatwa-fatwa dan tulisan-tulisan lainnya.
Beliau juga mempunyai berbagai kegiatan dakwah dan kepedualian terhadap berbagai urusan orang-orang muslimin, di antaranya sumbangan beliau kepada berbagai yayasan-yayasan Islam dan lembaga-lembaga Islam lainnya yang ada di berbagai belahan dunia. Beliau juga sangat peduli dengan permasalahan tauhid dan berbagai kerancuan yang terjadi pada masyarakat muslim. Lebih khusus lagi, beliau sangat memperhatikan mengenai pangajaran hafalan Al-Qur'an dan senantiasa menganjurkan kepada berbagai lembaga untuk mengadakan program tahfidz A-Qur'an.
Beliau telah banyak memberikan berbagai pelajaran dan muhadharah Islamiyah untuk menanamkan pemahaman Islam yang benar kepada kaum muslimin. Beliau juga telah menulis berbagai makalah dalam majallah Al Buhuts Al Islamiyah.
Pada tahun 1402 Yayasan Sosial Malik Faishal menganugerahkan trophy Internasional Raja Faishal kepada beliau atas jasa-jasa beliau kepada Islam.
Isnin, 2 Mei 2011
Mengenal Ilmu Fiqih
Mari mengenal Ilmu Fiqih Islam
Fiqih merupakan cabang ilmu islam yang mengkaji tentang hukum syariat yang berkaitan dengan hubungan manusia dengan Allah dan hubungan antara manusia. Kata “fiqih” sendiri secara bahasa bermaksud fahm(faham).
Awal mulanya fiqih mempunyai pengertian yang luas, yaitu pemahaman yang mendalam terhadap Islam secara utuh. Definisi ini berlaku pada masa generasi sahabat dan tabi’i. Selanjutnya pada masa Muta’akhirin (abad IV-XII H), fiqih mengalami penyempitan makna, menjadi “pengetahuan hukum syara’ yang bersifat amal yang bersumber dari dalil-dalil yang terperinci”.
Dalam erti yang lain, fiqih Islam sangat penting kerana ia merupakan ibarat “buku manual” dalam menjalankan amalan Islam (praktikal) baik dari sisi ibadah, muamalah, syariah, jinayah dan sebagainya sesuai dengan setiap zaman.
Fiqih dibahagi menjadi empat bahagian utama:
1. Bahagian Ibadat
Iaitu hukum-hukum yang berkaitan dengan ibadat manusia kepada Allah . Contohnya hukum bersuci (thaharah), sembahyang, zakat, puasa, haji, qurban, akikah , nazar dll.
2. Bahagian Mu’amalat
Iaitu hukum-hukum yang berkaitan dengan perbuatan manusia dalam kehidupan seharian sesama manusia mengenai harta. Contohnya hukum jual beli, sewa menyewa, upah mengupah, pinjam meminjam, hutang menghutang, gadai menggadai, perkongsian dll.
3. Bahagian Munakahat
Iaitu hukum-hukum yang berkaitan dengan perkahwinan. Contohnya hukum pelaksanaan perkahwinan, penceraian, rujuk, kewajiban suami, kewajiban isteri dll.
4. Bahagian Jinayat
Iaitu hukum-hukum yang berkaitan dengan kejahatan. Contohnya hukum membunuh, melukai, mencuri, berzina, menyamun dll. Selain itu juga dimasukkan hukum-hukum mengenai Negara contohnya hukum kehakiman, hukum perang dll.
Selain dari itu ada lagi hukum-hukum yang mengenai jenazah, pembahagian harta pusaka (Faroidh), hak milik, makanan, minuman, pakaian dan sebagainya dimasukkan ke dalam salah satu daripada empat bahagian di atas menurut persesuaiannya.
Setiap Muslim pasti memerlukan fiqih (ilmu tentang hukum syariat). Fiqih merupakan rujukan asas dalam kehidupan beragama, untuk mengetahui hukum sah dan batal, benar dan salah, dan juga sebagai jaminan diterimanya amal baik untuk mendapat Keridhaan Allah SWT secara singkatnya hukum halal dan haram.
Mempelajari ilmu syariat dan mengajarkannya merupakan kewajiban bagi setiap mukallaf (Muslim yang baligh dan berakal sihat), sebagaimana Firman Allah SWT di surah at-Taubah ayat 122 :
tidak sepatutnya bagi mukminin itu pergi semuanya (ke medan perang). mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila mereka telah kembali kepadanya, supaya mereka itu dapat menjaga dirinya.
Dalam memperdalam ilmu fiqih terdapat keistimewaan dengan memperoleh kebaikan dan keridhaan Allah SWT yang hakiki. Sebagaiman sabda Rasulullah SAW :
“Barangsiapa yang dikehendaki Allah baginya kebaikan, maka Allah menjadikannya pandai dalam perkara agama”
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Dalam riwayat yang lain Baginda bersabda :
“Ketika Allah menghendaki kebaikan pada diri seseorang hamba, Allah memberinya pemahaman agama dan mengilhamkan petunjuk padanya”
(Riwayat al-Bazzar,Ath-Thabarani)
Ilmu Fiqih bersumberkan dari Al-Quran, Sunnah , Ijma dan Qias. Sumber yang pertama menjadi rujukan adalah Al-Quran. Jika ada sesuatu hukum yang tidak ditemukan dalam Al-Quran, dapat dicari hukumnya dalam hadits. Dan jika dalam hadits pun hukumnya tidak ditemukan hukumnya, dapat diketahui dari ijma’ (kesepakatan ulama). Begitu pula jika hukumnya tidak didapati dari ijma’, para mujtahid diwajibkan berijtihad dengan cara qias atau mengambil hukumnya yang terbaik, atau menyamakan hukumnya, atau mengambil cara lain yang menghasilkan sebuah hukum.
Pada zaman sekarang ada 4 Madzhab yang menjadi rujukan dalam bidang Fiqh :
1. Madzhab Hanafi (Imam Abu Hanifah,An-Nu’man Bin Tsabit 80-150H).
2. Madzhab Maliki (Imam Malik Bin Anas 93-179H).
3. Madzhab Syafii (Imam Muhammad Bin Idris Asy-Syafi’I 150-204H).
4. Madzhab Hanbali (Imam Ahmad Bin Hanbal Asy-Syaibani 164-241H)
Sumber rujukan
1. Fiqh Imam Syafii (Prof.Dr.Wahbah Az-Zuhaili)
2. Fiqh Islam wa adillatu (Prof.Dr.Wahbah Az-Zuhaili)
3. Ilmu Fiqih (H.M.Arsyad Thalib Lubis)
4. Jundullah (Said Hawwa)