Ahad, 25 Mei 2014



 

CIRI SEORANG PEMIMPIN...

dalam penulisan sebelum ini BADAR telah menyatakan adab sebagai pengundi...sekarang dilanjutkan dengan ciri yang perlu ada oleh seorang pemimpin..terutama seorang pemimpin mahasiswa

Apakan syarat-syarat pemimpin yang telah Islam tetapkan? Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut :

1. Pemimpin mestilah orang beriman dan bertakwa dan terikat kesetiaan kepada Allah.

2. Mempunyai akhlak Islam tidak terlibat dengan rasuah, jenayah, konsperasi mengaibkan seorang muslim,  dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.

3. Bersikap jujur dan amanah dan tidak menzalimi orang lain dengan tidak berlaku adil di dalam pembahagiaan kebajikan ketika diperlukan dengan melanggar perjanjian yang telah dipersetujui bersama.


 sentiasa turun padang dan sentiasa cakna dengan segala masalah yang dihadapi oleh ahli...
(gambar sekadar contoh)


4. Mengutamakan orang yang dipimpin tidak mengutamakan kroni dan kelompok tertentu di dalam pembahagian projek, jawatan dalam pentadbiran dan sumbangan kebajikan atau subsidi.

 pemimpin harus pandai menjaga hati setiap ahli..tidak mengamalkan sistem kroni dan bergaul dengan semua tidak kira agama bangsa atau pun budaya(gambar sekadar contoh)


5. Pemimpin terikat dengan peraturan Islam, boleh menjadi pemimpin selama ia berpegang pada perintah syariat. Ketika mengendalikan urusannya ia harus patuh kepada adab-adab Islam, khususnya ketika berurusan dengan yang dipimpin dan dengan persatuan lain.

6. Pembawa Amanah dan mendaulatkan syariat Islam, dan tidak memperkecilkan kemampuan syariat Islam dalam mentadbir sesuatu organisasi. Pemimpin menerima kekuasaan sebagai amanah dari Allah SWT yang disertai dengan tanggungjawab yang besar. Al-Quran memerintahkan pemimpin melaksanakan tugasnya untuk Allah SWT dan menunjukkan sikap baik kepada yang dipimpin..

sebagaimana Firman Allah SWT maksudnya :
“Iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (Surah Al-Hajj, ayat 41).

Pemimpin seharusnya memperlakukan manusia secara adil dan tidak berat sebelah tanpa mengira suku bangsa, warna kulit, keturunan dan lain-lain. Al-Quran memerintahkan agar kaum muslimin berlaku adil bahkan ketika berurusan dengan para penentang mereka.

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu berlaku adil.” (Surah An-Nisa’, ayat 58).

Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil lebih dekat kepada takwa.” (Surah Al-Ma’idah, ayat 8.)

“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah walaupun terhadap dirimu sendiri, ibu-bapa, dan kaum kerabatmu, sama ada ia kaya atau miskin, kerana Allah akan melindungi.” (Surah An-Nisa’, ayat 135).

Selain memenuhi prinsip keadilan yang menjadi asas tertegaknya masyarakat Islam. Pemimpin Islam juga mesti menyelesaikan pelbagai perbezaan pendapat atau pengaduan orang ramai. Hak ahli untuk bersuara dan menyatakan pandangan atau menegur pemimpin perlulah di ambil perhatian. Pemimpin tidak boleh bersikap kasar dan keras (tidak kena tempat) dengan memaksa ahli dengan kekerasan (memaksa ahli dengan keputusannya). Pemimpin Islam tidak boleh hanya melaungkan slogan-slogan kosong untuk mengutamakan ahli tetapi apabila berlaku perbezaan pendapat dengan ahli mengambil sikap tidak mahu bertolak ansur.

semoga dengan penulisan yang dibuat oleh pihak BADAR dapat memberi anda langkah yang tepat untuk memilih calon yang tepat untuk diangkat sebagai seorang pemimpin...
selamat mengundi untuk semua mahasiswa MALAYSIA di MEDAN

WALLAHUA'LAM


penulisan ini hasil pena:
LAJNAH PUBLIKASI DAN JURNALISTIK
LAJNAH TA'ARUF DAN PEMBANGUNAN INSAN
BADAR-PKPMI-CM 2014/2015

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...