Ahad, 25 Mei 2014



 

CIRI SEORANG PEMIMPIN...

dalam penulisan sebelum ini BADAR telah menyatakan adab sebagai pengundi...sekarang dilanjutkan dengan ciri yang perlu ada oleh seorang pemimpin..terutama seorang pemimpin mahasiswa

Apakan syarat-syarat pemimpin yang telah Islam tetapkan? Syarat-syarat tersebut adalah seperti berikut :

1. Pemimpin mestilah orang beriman dan bertakwa dan terikat kesetiaan kepada Allah.

2. Mempunyai akhlak Islam tidak terlibat dengan rasuah, jenayah, konsperasi mengaibkan seorang muslim,  dan berpegang teguh dengan ajaran Islam.

3. Bersikap jujur dan amanah dan tidak menzalimi orang lain dengan tidak berlaku adil di dalam pembahagiaan kebajikan ketika diperlukan dengan melanggar perjanjian yang telah dipersetujui bersama.


 sentiasa turun padang dan sentiasa cakna dengan segala masalah yang dihadapi oleh ahli...
(gambar sekadar contoh)


4. Mengutamakan orang yang dipimpin tidak mengutamakan kroni dan kelompok tertentu di dalam pembahagian projek, jawatan dalam pentadbiran dan sumbangan kebajikan atau subsidi.

 pemimpin harus pandai menjaga hati setiap ahli..tidak mengamalkan sistem kroni dan bergaul dengan semua tidak kira agama bangsa atau pun budaya(gambar sekadar contoh)


5. Pemimpin terikat dengan peraturan Islam, boleh menjadi pemimpin selama ia berpegang pada perintah syariat. Ketika mengendalikan urusannya ia harus patuh kepada adab-adab Islam, khususnya ketika berurusan dengan yang dipimpin dan dengan persatuan lain.

6. Pembawa Amanah dan mendaulatkan syariat Islam, dan tidak memperkecilkan kemampuan syariat Islam dalam mentadbir sesuatu organisasi. Pemimpin menerima kekuasaan sebagai amanah dari Allah SWT yang disertai dengan tanggungjawab yang besar. Al-Quran memerintahkan pemimpin melaksanakan tugasnya untuk Allah SWT dan menunjukkan sikap baik kepada yang dipimpin..

sebagaimana Firman Allah SWT maksudnya :
“Iaitu orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka, nescaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat yang makruf dan mencegah perbuatan yang mungkar, dan kepada Allah-lah kembali segala urusan.” (Surah Al-Hajj, ayat 41).

Pemimpin seharusnya memperlakukan manusia secara adil dan tidak berat sebelah tanpa mengira suku bangsa, warna kulit, keturunan dan lain-lain. Al-Quran memerintahkan agar kaum muslimin berlaku adil bahkan ketika berurusan dengan para penentang mereka.

Firman Allah SWT maksudnya : “Sesungguhnya Allah memerintahkan kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum antara manusia supaya kamu berlaku adil.” (Surah An-Nisa’, ayat 58).

Firman-Nya lagi yang bermaksud : “Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum mendorong kamu berlaku tidak adil. Berlaku adillah, kerana adil lebih dekat kepada takwa.” (Surah Al-Ma’idah, ayat 8.)

“Hai orang-orang yang beriman, jadilah kamu benar-benar penegak keadilan, menjadi saksi kerana Allah walaupun terhadap dirimu sendiri, ibu-bapa, dan kaum kerabatmu, sama ada ia kaya atau miskin, kerana Allah akan melindungi.” (Surah An-Nisa’, ayat 135).

Selain memenuhi prinsip keadilan yang menjadi asas tertegaknya masyarakat Islam. Pemimpin Islam juga mesti menyelesaikan pelbagai perbezaan pendapat atau pengaduan orang ramai. Hak ahli untuk bersuara dan menyatakan pandangan atau menegur pemimpin perlulah di ambil perhatian. Pemimpin tidak boleh bersikap kasar dan keras (tidak kena tempat) dengan memaksa ahli dengan kekerasan (memaksa ahli dengan keputusannya). Pemimpin Islam tidak boleh hanya melaungkan slogan-slogan kosong untuk mengutamakan ahli tetapi apabila berlaku perbezaan pendapat dengan ahli mengambil sikap tidak mahu bertolak ansur.

semoga dengan penulisan yang dibuat oleh pihak BADAR dapat memberi anda langkah yang tepat untuk memilih calon yang tepat untuk diangkat sebagai seorang pemimpin...
selamat mengundi untuk semua mahasiswa MALAYSIA di MEDAN

WALLAHUA'LAM


penulisan ini hasil pena:
LAJNAH PUBLIKASI DAN JURNALISTIK
LAJNAH TA'ARUF DAN PEMBANGUNAN INSAN
BADAR-PKPMI-CM 2014/2015

Khamis, 22 Mei 2014

 

ADAB MEMILIH PEMIMPIN



Sahabat yang dimuliakan,

Salah satu tanggungjawab besar yang perlu kalian mengambil perhatian adalah cara kalian memilih pemimpin. Kalian pasti akan ditanya dan kalian tidak akan dapat melarikan diri di akhirat nanti. Jika betul cara kalian membuat pilihan maka kalian akan terselamat daripada azab yang besar nanti dan jika kalian tersilap atau kalian memilih hanya berdasarkan nafsu dan emosi, kalian tidak melihat syarat-syarat dan ciri-ciri yang Islam gariskan maka kalian akan ditanya, bertanggungjawab dan akan mendapat seksaan yang azab disediakan oleh Allah SWT.

Dalam zaman moden ini tangan kalian cukup memainkan peranan yang penting. Tangan dan jari-jari yang kalian gunakan untuk memangkah dan membuat pilihan akan menjadi saksi dihadapan Allah SWT bahawa siapakan pemimpin yang telah di pilih? Jika tersalah pilih pemimpin tersebut tidak akan dapat menolong kalian dan masing-masing akan dipertanggunjawabkan di atas kesalahan yang telah dilakukan.
Pengertian amanah bererti menempatkan sesuatu pada tempatnya yang wajar, seperti sesuatu kedudukan tidak diberikan kecuali kepada orang yang betul-betul berhak dan yang betul-betul mampu menunaikan tugas dan kewajipannya dengan benar.

ingat!! jari anda dipertanggungjawabkan oleh ALLAH kelak...


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah SAW membaca ayat ini:
"Yang bermaksud: 'Pada hari itu bumi menceritakan beritanya'. Kemudian baginda bertanya:" Adakah kamu tahu apakah yang akan diberitahu oleh bumi itu nanti?"

Para sahabat menjawab:" Allah SWT. dan Rasul-Nya yang lebih mengetahui."

Baginda SAW. bersabda: "Sesungguhnya berita yang akan disampaikan oleh bumi ialah bumi menjadi saksi terhadap semua perbuatan manusia, sama ada lelaki ataupun perempuan terhadap apa yang mereka lakukan di atasnya."

Bumi akan berkata: 'Dia telah melakukan itu dan ini pada hari itu dan ini'. Itulah berita yang akan diberitahu oleh bumi."
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).

Bukan setakat bumi yang akan menjadi saksi tetapi tempat mengundi, peti undi, pensil yang digunakan, hari, masa, tahun, anggota-anggota lain seperti mata, kaki, telinga , hidung dan kakitangan pegawai pengundian yang bertugas akan menjadi saksi kepada setiap individu yang membuat pilihan.



Sekiranya kita telah mengundi selama dua atau tiga penggal maka setiap penggal akan di hisab satu persatu dan penyiasatan dan pengadilan cukup teliti dah halus hinggakan tidak ada satu pun perkara akan tercicir.
Ketika itu dimanakah kalian hendak meminta pertolongan kerena kesilapan orang yang kalian pilih? Pemimpin yang kalian pilih telah melepaskan diri, dia juga tidak terlepas dengan kesalahan dan kesilapan yang dia lakukan.

Firman Allah dalam surah Al-Imran ayat 161 yang bermaksud :

" Tidak mungkin seorang Nabi mengkhianati dalam urusan rampasan perang itu, maka pada hari kiamat dia akan datang membawa apa yang dikhianatinya; kemudian tiap-tiap diri akan diberi pembalasan tentang apa yang ia kerjakan dengan (pembalasan) setimpal, sedangkan mereka itu tidak teranayai ".

penulisan ini hasil pena:
 
LAJNAH PUBLIKASI DAN JURNALISTIK  
LAJNAH TA'ARUF DAN PEMBANGUNAN INSAN, 
BADAR PKPMI-CM SESI 2014/2015
 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...