Khamis, 20 Oktober 2011

[ BADAR Ukhuwwah Camp ]

Assalamualaikum wbt.
Alhamdulillah, bersyukur kita pada Allah SWT kerana dengan limpah inayahNya, kita masih diberi peluang untuk kita mengecapi segala nikmat kurniaanNya sehingga ke saat ini.
Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang bersyukur, insyaAllah.

Pada tanggal 09 Oktober 2011 yang lalu, pihak BADAR PKPMI-CM telah menganjurkan program 'BADAR UKHUWWAH CAMP @ BUC' buat julung-julung kalinya khas buat pelajar-pelajar Muslim Malaysia 2011 bertempat di Aula PUSBINSA, IAIN Medan pada jam 9.00 pagi hingga 6.00 petang.


Pengarah BUC adalah Saudara Muhammad Faiz bin Hashim dan BUC telah dirasmikan oleh Ketua Umum BADAR iaitu Saudara Muhammad Najibuddin bin Abdul Basit dan seramai 64 orang peserta dari IAIN dan USU telah hadir demi menjayakan program yang bertemakan 'Kecemerlangan Insani, Aspirasi Generasi Rabbani'.


BUC diadakan bertujuan untuk memperkenalkan BADAR dan membahagikan kelompok usrah kepada pelajar-pelajar baru di samping memupuk dan mengeratkan ukhuwwah di antara pelajar-pelajar Malaysia.
Antara slot yang diadakan adalah Ice-breaking,ceramah ISK oleh Ir. Mohd Khushaini bin Mohd Naim dari Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Explorace dan LDK.
Selain itu, kehadiran Ustaz Mohd Fauzi bin Abd Hamid dan Ustazah Nurulhuda Bahrain dari Amal Palestin Malaysia turut menyerikan program ini.


Setinggi rasa syukur dipanjatkan kepada Allah swt kerana BUC berjaya mencapai objektifnya dan sekalung penghargaan dan tahniah buat semua yang telah bertungkus lumus dalam menjayakan program ini.
Biarpun segala ujian dan halangan yang melanda, semua itu dapat diatasi dengan penuh sabar kerana sesungguhnya kita sebagai manusia hanya mampu merancang dan Allah-lah yang menentukannya.
Semoga segala usaha kita ini mendapat rahmat dariNya, insyaAllah.



Akhirul kalam,marilah kita sama-sama menghayati hadis di bawah ini :

Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

الْأَرْوَاحُ جُنُودٌ مُجَنَّدَةٌ فَمَا تَعَارَفَ مِنْهَا ائْتَلَفَ وَمَا تَنَاكَرَ مِنْهَا اخْتَلَفَ
Ruh-ruh manusia adalah pasukan yang besar. Selagi ruh-ruh itu saling mengenal, maka mereka akan bersatu padu. Dan selagi ruh-ruh itu saling mengingkari, maka mereka akan berselisih. [HR Muslim]
Sekian, wassalam.
"Ukhuwah Diribat, Syariat Didaulat"

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...