Selasa, 20 Disember 2011

Mutaba'ah Yaumiyyah

Jom evaluasi amalan harian kita.. =)
Sila print, laminate dan tanda menggunakan white board marker..
Apabila sudah habis sebulan, padam kemudian isi lagi untuk bulan baru..
Selamat Beramal..!!! =)

*Untuk imej yang lebih besar, sila "right click" pada gambar dan 
klik "open link in new tab". Kemudian, baru di"save".


Ahad, 27 November 2011

[ Salam Maal Hijrah ]


Salam Maal Hijrah
Semoga tahun ini lebih baik dari tahun yang sebelumnya.
Sama-samalah kita memperbaiki segala kekurangan diri untuk kemajuan diri di masa akan datang.
Ambil pengajaran dari hal yang telah lalu, moga kita dapat menjadi Muslim yang diredhaiNya.
InsyaAllah, Ameen Ya Rab.

Selasa, 15 November 2011

20 AMALAN MURAH REZEKI

01.Menyempatkan diri beribadah
Allah S.W.T. tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu." – [Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.]

02.Memperbanyakkan istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah S.W.T., yang menjadi sebab Allah S.W.T. jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W.:
"Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T. akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka." – [Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa'i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a]

03.Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah S.W.T.jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi S.A.W.:
"... dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya." – [Riwayat at-Tirmizi]

04.Sentiasa ingat Allah S.W.T.
Banyak ingat Allah S.W.T. buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah S.W.T.beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
"(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah S.W.T.. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah S.W.T.hati menjadi tenteram." [Ar-Ra'd: 28]

05.Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah S.A.W. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda S.A.W. juga bersabda:
"Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah S.W.T.akan memanjangkan umurnya." – [Riwayat Abu Ya'ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim]
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi S.A.W.:
"Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah S.W.T.) daripadanya." – [Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami]

06.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi S.A.W.:
"Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu." – [Riwayat Bukhari]

07.Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah S.W.T. lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi S.A.W.:
"Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah S.W.T.akan menunaikan hajatnya" – [Riwayat Muslim]

08.Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a'lam.

09.Banyakkan berbuat kebajikan

Ibnu Abbas berkata:
"Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya."

10.Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah S.A.W., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.

11.Menjalinkan silaturrahim
Nabi S.A.W. bersabda:
"Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya." – [Riwayat Bukhari]

12.Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah S.A.W. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah S.W.T.. Baginda S.A.W. bersabda:
"Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah S.W.T. akan memurahkan rezeki." – [Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid]

13.Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah S.W.T. dan menjadi sebab Allah S.W.T. buka pintu rezeki. Nabi S.A.W. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
"Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah S.W.T. membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah S.W.T. menyedikitkan baginya." – [Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.]

14.Melazimi solat malam (tahajjud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah S.W.T..

15.Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah S.W.T.dalam hadis qudsi:
"Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya." – [Riwayat al-Hakim dan Thabrani]

16.Bersyukur kepada Allah S.W.T.
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah S.W.T.. Lawannya adalah kufur nikmat. Allah S.W.T.berfirman:
"Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras." – [Ibrahim: 7]
Firman-Nya lagi:
"... dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur." – [Ali Imran: 145]

17.Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma'ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, Insya-Allah dikatakan boleh menjadi sebab Allah S.W.T. melapangkan kehidupan dan memurahkan rezeki.
Selain itu, salah satu nama Allah S.W.T., yakni al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu. Contohnya dibaca "Ya Allah ya Fattah" berulang-ulang, diiringi doa: "Ya Allah S.W.T., bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya 'Alim."
Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi'ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a'lam.

18.Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah S.W.T., penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah S.W.T. menyuruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.

19.Berikhtiar sehabisnya
Siapa yang berusaha, dia yang akan dapat. Ini sudah menjadi sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah S.W.T. memberikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tetapi agama hanya Allah S.W.T. beri kepada orang yang dicintai-Nya sahaja. – [Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim]
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas.
Misalnya, jika hendak tenang dibacanya Quran, jika hendak mendapat anak yang baik dididiknya sejak anak itu di dalam rahim lagi, jika hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan makanan yang baik serta halal, jika hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha menjadi baik, jika hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.

20.Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah S.W.T. seperti firman-Nya:
"Barang siapa bertawakal kepada Allah S.W.T., nescaya Allah S.W.T. mencukupkan (keperluannya)." – [At-Talaq: 3]
Nabi S.A.W. bersabda:
"Seandainya kamu bertawakal kepada Allah S.W.T.dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang." – [Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab r.a.]
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa.
Dengan takwa, Allah S.W.T. akan memberi "... jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan), dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya." – [At-Talaq: 2-3]

Selasa, 8 November 2011

[ Mati Itu Pasti ]

Setiap insan pasti akan merasai 'mati',
Cuma masanya tak siapa pun pasti,
Kegerunan Izrail mesti dihadapi,
Walaupun diri mendesak ingin melarikan diri,
Tapi, kenapa perlu menghadapi mati?
Dengar sini,
Mati adalah salah satu tanda kekuasaan Illahi,
Diam di barzakh menunggu saat tibanya hari penghisaban diri,
Ruang rehat bagi mereka yang iman dan taqwa dijadikan pakaian diri,
Tetapi sebaliknya nasib mereka yang sering memungkiri,
Perintah Illahi.
Jadi,
Buatlah pilihan yang terbaik duhai akhi dan ukhti,
Mana yang lebih kau senangi,
Jika inginkan kebaikan diri,
Bersiap siagalah menghadapi janji Tuhan yang pasti mengunjungi,
Kerana saat tiba kehadirannya kau akan menghadap Illahi.
Akan tetapi,
Jika kau tetap memilih untuk berfoya-foya lagi,
Maka ingatlah!
Tika sampai waktunya, janji kan ditepati,
Mustahil sekali untukmu kembali ke dunia buat kesekian kali.
Oleh itu,
Bertaubatlah wahai diri-diri,
Yang masih diberi peluang untuk kembali kepada fitrah yang suci.
" Dan bagi tiap-tiap umat ada tempoh (yang telah ditetapkan) maka apabila datang tempohnya, tidak dapat mereka tundakan walau sesaatpun, dan tidak dapat pula mereka dahulukan."(al-Araf:34)
Sumber : IluvIslam

Sabtu, 5 November 2011

[ Pengajian Ittihad - Doa Seorang Hamba serta Kisah Umar & Sahabat ]

  Ya Allah..
  Titipkanlah cinta yang bisa menambahkan cintaku pada-Mu..
  Yang aku cinta tidak lebih dari cintaku pada-Mu..
  Yang mengingatkan aku pada-Mu selalu..
  Yang bisa terhapus dosaku keranaku bersabar dengannya..
  Yang menasihatiku tanpa jemu walau menyakitkan hatiku..
  Apalah sangat Ya Allah, hendak dibandingkan dengan seksa-Mu yang dia selamatkan dengan nasihatnya..
  by anonim =)

Diriwayatkan bahwa seorang laki-laki mendatangi Umar Ibn Al-Khattab radhyallahu ‘anhu, hendak mengadukan akhlak isterinya. Sesampainya di sana, dia berdiri menunggu di depan pintu. Tiba-tiba dia mendengar isteri Umar radhyallahu anhu sedang ngomel-ngomel memarahi beliau radhyallahu ‘ahhu. Umar radhyallahu anhu pun hanya terdiam, tidak membalas omelan isterinya.
Lelaki itu pun pulang dan berkata pada dirinya: “Jika saja seorang Amirul Mukminin seperti ini, lalu bagaimana dengan diriku?

Tidak lama berselang, Umar radhyallahu ‘anhu keluar dan melihat lelaki itu sedang meninggalkan rumahnya, lalu memanggilnya: “Apa keperluanmu?!
Dia menjawab : “Wahai Amirul Mukminin, saya datang bermaksud untuk mengadukan akhlak isteriku yang suka memarahiku kepadamu. Lalu aku mendengar istrimu tengah memarahimu. Maka aku berkata pada diriku sendiri: “Jika Amirul Mukminin saja sabar menghadapi omelan isterinya, lalu kenapa saya harus mengeluh?

Maka Umar radhyallahu anhu berkata : “Wahai saudaraku, sesungguhnya saya bersabar, karena memang istriku mempunyai hak atasku. Dialah yang telah memasak makanan buatku, mencuci pakaianku, dan menyusui anakku, padahal kesemuanya itu tidak diwajibkan atasnya. Di samping itu, dia telah mendamaikan hatiku untuk tidak terjerumus kedalam perbuatan yang diharamkan. Oleh karena itu, aku bersabar atas segala pengorbanannya“.
Amirul Mukminin, isteriku pun demikian.”, kata lelaki tadi.

Maka Umar radhyallahu anhu pun menasehatinya : “Bersabarlah wahai saudaraku, karena omelan istrimu itu hanyalah sebentar

Demikianlah kedudukan perempuan dalam Islam, sehingga sang khalifah pun memberikan suri tauladan yang baik dalam berinteraksi dengan mereka. Ini sebagai sebuah isyarat bahwa, perempuan dalam rumah tangga harus diberikan hak untuk berbicara mengutarakan pendapatnya, entah itu ia lakukan dengan emosi atau tidak. Suami harus diam mendengarkannya. Itulah sebagian dari adab islami dalam hubungan suami istri. Dengan mengingat peran istirinya, Umar radhyallahu anhu kerap diam setiap istrinya ngomel. Mungkin dia capek, mungkin dia jenuh dengan segala beban rumah tangga di pundaknya. Istri telah berusaha membentenginya dari api neraka, memelihara hartanya, menjaga penampilannya, mengasuh anak-anak, menyediakan hidangan untuknya. Untuk segala kemurahan hati sang istri, tak mengapa ia mendengarkan keluh kesah buah lelah.

Umar radhyallahu anhu hanya mengingat kebaikan-kebaikan istri untuk menutupi segala cela dan kekurangannya. Bila istri sudah puas menumpahkan kata-katanya, barulah ia menasehati, dengan cara yang lembut dan baik, dengan bercanda.

Rabu, 26 Oktober 2011

[ Pengajian Ittihad - Fiqh Mu'amalat ]

Ilmu Agama mempunyai 3pokok; Tauhid,Fiqh dan Ihsan
Pangkal seluruh ajaran Rasul adalah Tauhid.Sejarah Nabi, Rasul sendiri menjadi rasul pada umur 40tahun dan lebih dari 10 tahun menyampaikan tentang tauhid. Tauhid lawannya syirik(musyrik). 
Rukun iman adalah pokok-pokok keyakinan.
Fiqh diambil dari kata faham tentang amal-amal/amal ibadah. 
Rukun Islam adalah perbuatan(amal). 

Fiqh dibagi pula menjadi 4
  1. Yang pertama fiqh ibadah. Yang dibahaskan bagian-bagian apa yang harus dilakukan manusia dalam rangka beribadah dalam kata abdi,iaitu hamba. Sesuatu yang xdapat difikirkan manusia kecuali datang dari Rasul atau Allah. "Solatlah kau seolah aku solat. Riwayat nabi juga menjelaskan waktu masuk solat. Untuk Haji, "Ambilah dari aku manasik kamu". Zakat xsemua yang dizakatkan. Puasa suatu ibadah yang tontonnya dari Rasul. Tak bisa solat tanpa bersuci dan xbersuci tanpa alat bersuci(air dll)
  2. Kedua Fiqh muamalat, fiqh tentang aturan berniaga/ekonomi/berjual beli). Masalah muamalat ini berkembang seiring dengan kemajuan. Terdapat rukun dan syarat-syarat. Dimana penjual harus pemilik dari benda itu. Contoh perkembangan sekarang adalah ke supermarket, cashier bukan pemilik tapi adalah wakil kepada peilik dan seterusnya tiada akad jual beli tapi ada persetujuan atas kecocokan harga dari pembeli dan wakil penjual(cashier). Perlu jelas rukun jual beli adalah penjual, pembeli, benda yang hendak dijual, harga dan persetujuan yang mesti di ucapkan atau sama-sama rela. Benda yang hendak dijual juga hendaklah bermanfaat kepada pembeli. Contoh buah rambutan hanya bisa dijual bila sudah menguning manakala buah manga bisa dijual waktu muda atau tua(masak) kerana keduanya sama-sama memberi manfaat. Balik kepada persoalan supermarket/swalayan; rela sama rela, xbercakap, prinsip jual beli mesti megikut rukun. Apakah mesti diucapkan? Contohnya tukang pesta, berapa banyak barang yang perlu diucapkan. Soal hutang piutang perlu ada seorang berhutang dan memberi hutang. Soal wakaf, bila sudah diwakafkan bermaksud berhenti bermaksud berhenti dari milik manusia dan seterusnya menjadi milik Allah. Seorang yang mewakafkan masjid, siapa pemiliknya? Allah. Walaupun si pewakaf bisa memilih nazir untuk mengurus atau mengawas harta wakaf tersebut. Pinjam meminjam berbeza dengan hutang piutang Hutang, hendaklah dikembalikan benda yang sama nilai seperti yang kita hutang dan bukan barang yang kita hutang itu. Pinjam, adalah mengambil manfaat benda itu. Contoh; pensil, pen, menurut ‘urf xmengapa. Contoh lagi pinjam sepeda, ban jadi haus, atau pinjam api rokok, semuanya mempunyai batas menurut ‘urf. Mudorobah, pemilik modal memberi modal kepada orang yang pandai bekerja dan boleh dibagi keuntungannya. Muamalat itu sangat-sangat luas, berkembang dan tidak tetap.
  3. Ketiga adalah munakahat. Hubungan manusia-manusia dari sudut menikah, bagaimana menikah, bagimana sah menikah da nada rukun-rukun nikah; wali, saksi, suami, isteri dan ijab Kabul. Dari nikah ke Idah(masa tunggu boleh nikah dengan lelaki lain atau rujuk tanpa nikah) dan rujuk itu sendiri dalam munakahat.  Masuk juga dalam munakahat adalah nafkah dan hadonah. Isteri juga bisa bayar suami agar diceraikan,khuluq iaitu tebus talak.
  4. Yang ke-4, jinayah, hal-hal yang menyangkut ketatanegaraan dan juga hukuman-hukuman yang diberikan pada pelaku kejahatan. Contoh: Apa hokum bagi mereka yang mencuri; dipotong setelah diadili, jumlah hasil curi yang jatuh hokum tangan dipotong ada jumlah minimal, ada batas-batas tertentu. Contoh: curi ayam adakah dipotong? Tentunya tidak kerana tidak mencapai batas. Sebagai orang Islam yang tidak suka hukum ini sama dengan tidak suka hokum Allah. Kadang orang yang tidak mahu hukum Allah ini adalah orang Islam. Siapa yang takut dilaksanakan hukum potong tangan tentunya pencuri atau yang ada keinginannya mencuri. Padahal hukum ini langsung Tuhan yang turunkan.
Firman Allah “Laki-laki yang mencuri dan perempuan yang mencuri, potonglah tangan keduanya (sebagai) pembalasan bagi apa yang mereka kerjakan dan sebagai siksaan dari Allah. Dan Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. Maka barang siapa bertobat (di antara pencuri-pencuri itu) sesudah melakukan kejahatan itu dan memperbaiki diri, maka sesungguhnya Allah menerima tobatnya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang” [QS. Al-Maaidah : 38-39]
Sabda Rasul “ sesungguhnya binasa umat-umat sebelum kamu kerana apabila mencuri orang-orang mulia mereka biarkan….”
Dalam Islam, hukuman tidak pilih bulu. Malah ada riwayat mengatakan bahawa nabi bersumpah jika Fatimah mencuri Nabi tetap akan melaksanakan hukuman memotong kanan walau sayang nabi terhadap Fatimah.
Orang berkata banyak kali nanti yang akan putus tangan. Tapi fikirkanlah bila satu dilaksanakan pasti beribu-ribu tidak berani.Setelah dipotong diobati bukan dibiarkan mati berdarah. Cuba dihitung persentase orang yang bertaubat sama orang yang lebih pandai setelah keluar penjara. Paling tinggi yang taubat bisa-bisa aja 10%. Pengajian ada dipenjara tapi ramai yang tidak ikut serta. Yang diluar penjara pun pengajian tidak tentu pergi. Jinayat juga meliputi siapa yang bisa jadi kepala Negara, bagaimana cara mengangkat kepala Negara(Imamul Azom). Kepala keluarga ada tanggungjawab lain iaitu wali hakim.

Hukum Fiqh mencakup semua bagian untuk manusia. Islam tidak sekuler dan tidak memisahkan Negara dan Agama. Bagi yang mencari fiqh bagian warisan ada dimuamalat dan munakahat. Kalo solat ada perintah solat dan bagaimana solat diserahkan kepada Nabi untuk menjelaskannya. Waktu solat ada dalam Quran? Warisan disebutkan dalam Quran. Selengkapnya dalam surah An-Nisa. Lengkap dan detail dalam Al-Quran. Kalau ada yang tidak percaya sama hadith, kek mana solatnya?

Warisan ini tidak bisa berkembang. Walaupun ada yang kata tidak relevan , kalau satu tidak relevan maka yang lain akan turut dipersalahkan tidak relevan. Contoh bab warisan, laki-laki 2kali dari perempuan. Berlawanan dengan hokum Negara. Kenapa laki-laki 2kali ganda? Ini adalah kerana tanggungjawab diturunkan Allah kepadanya. Cuba lihat, laki-laki mahu berkahwin mahar kepada si perempuan. Lelaki hartanya akan berkurang terus. Nafkah kepada anak dan isteri. Anak bertambah dan si isteri mendapat nafkah.

Pokoknya, kurang itu, jika ditanya nafsu manusia, nafsu manusia itu tidak pernah puas. Hingga Nabi sering berdoa agar dihindari dari nafsu yang tidak pernah puas.
Kenapa ada fiqh muamalat? Ini adalah demi menjaga hubungan manusia. Ini adalah Ilmu Fiqh. Istilah-istilah ini tidak dari nabi. Dasar dari hokum diambil dari hadith dimasukkan ke bahagian khusus agar dapat memudahkan kita.
Itulah serba sedikit perkembangannya.

Catatan saudara Abdur Rahman dari Kiai Haji Masud

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...