Rabu, 15 April 2009

Sa'id bin Amir: pemimpin Islam yang zuhud

Pada zaman saidina Umar ra , tanah Syam adalah pusat perniagaan yang besar dan hebat. Umar perlu memilih seorang gabenor yang sesuai supaya dapat memerintah bumi Syam dengan baik. Akhirnya beliau telah memilih Sa’id bin Umar ra sebagai wali (ketua) Syam. Apabila Umar ra mengajukan jawatan wali Syam kepadanya, beliau menjawab :


لا تفتني يا أمير المؤمنين


“ Jangan campakkan aku ke dalam fitnah hai amirul mukminin.”


# sebagai seorang beriman hendaklah merasa takut dgn jawatan keran ia satu amanah yg besar dan boleh menyebabkan dia hanyut dengan nikmat jawatn tersebut.


Lalu Umar menjawab:


والله لا أدعك أتضعون أمانتكم وخلافتكم في عنقي ثم تتركونني


“Demi Allah aku sesekali tidak akan membiarkan kamu, adakah kamu meletakkan amanah dan tugas khalifah ke pundak ku kemudian kamu meninggalkan aku.”


# Kita tidak boleh membiarkan pemimpin tertinggi membuat kerjanya tanpa dibantu. Setiap orang ada peranannya. Ingat, kita berkerja kerana Allah bukan keran jawatan.


Akhirnya Said pun setuju dengan jawatan tersebut. Beliau pun berangkat menuju ke Hims (tempat di Syria) bersama isterinya yang baru dikahwini. Saidina Umar telah membekalkan harta yang banyak kepadanya. Apabila sampai di Hims, isterinya hendak menggunakan duit tersebut utk membeli pakaian dan perabot yang sesuai dengan kedudukan mereka sebagai pemerintah Syam. Lalu suaminya berkata:


ألا أدلك على خير من هذا ؟! نحن في بلاد تجارتها رابحة ، وسوقها رائجة ، فلتعط هذا المال من يتجر لنا فيه وينميه


“Mahukan aku tunjukkan kepadamu penggunaan harta yang lebih baik dari ini?! Kita berada di Negara yang mana perniagaannya menguntungkan dan pasarannya meluas. Sebaiknya harta ini dilaburkan kepada pedagang-pedagang untuk dikembangkan.”


Isterinya menjawab:


فإن خسرت تجارته


“Kalau perniagaan ini mengalami kerugian?”


Sa’id berkata:


لن تخسر بإذن الله


“Tidak rugi dengan izin Allah.”


Isterinya berkata:


فنعم إذن


“Kalau begitu, baiklah.”


Sa’id pun keluar membawa hartanya yang banyak. Beliau telah membeli barang keperluan yang penting utk kehidupan mereka dan selebihnya telah diagih-agihkan kepada fakir miskin.


# Inilah sikap seorang mukmin yang mengutamakan keuntungan akhirat dari keuntungan dunia dan lebih mengumpulkan amalan dari mengumpul harta yang fana. Harta yang diifak itu kekal dan yang digunakan sendiri itu akan akan musnah.


Masa pun berlalu, siisteri bertanya kepada suaminya tentang perkembangan duit yang dilaburkan. Sa’id menjawab:


إنها تجارة موفقة وإن الأرباح تنمو وتزيد


“Sesungguhnya perniagaan mencapai sasaran dan keuntungan berkembang dan bertambah.”

Suatu hari siisteri melontarkan soalan yang sama kepada seorang saudaranya yang mengetahui perkara sebenar. Saudaranya tersenyum diikuti dengan ketawa yang menimbulkan keraguan dalam hati siisteri. Siisteri bersungguh-sungguh menyuruh saudaranya memberitahu perkara sebenar. Akhirnya dia memberitahu bahawa sa’id sudah menginfakkan kesemua hartanya sejak awal lagi. Siisteri amat terkejut dan berasa sangat sedih kerana barang yang dihajati tidak diperolehi dan harta sudah habis. Said berkata:


لقد كان لي أصحاب سبقوني إلى الجنة ، وما أحب أن أنحرف عن طريقهم ولو كانت لي الدنيا وما فيها


“Sesengguhnya sahabat-sahabatku telah mendahului aku menjejaki syurga. Aku tidak mahu melencong dari cara hidup mereka sekalipun aku memiliki dunia dan isinya.”


Sa’id berkata kepada isterinya:


تعلمين أن في الجنة من الحور العين والخيرات ما لو أطلت واحدة منهن على الأرض لأضاءتها جميعا ، ولقهر نورها نور الشمس والقمر معا ، فلأن أضحي بك من أجلهن أحرى وأولى من أن أضحي بهن من أجلك


“Ketahuilah sesungguhnya dalam syurga terdapat bidadari dan pelbagai nikmat yang mana kalau salah satu dari nikmat tersebut muncul di bumi ini pasti akan menyinari seluruh bumi dan cahayanya akan mengalahkan cahaya matahari dan bulan. Aku mengorbankanmu demi mendapatkan nikmat syurga lebih patut dan lebik baik dari aku mengorbankan nikmat syurga kerana untuk mendapatkanmu.”


Akhirnya siisteri tunduk denga kehendak suaminya dan hidup dengan cara suaminya untuk mendapatkan syurga.


# Inilah sikap suami yang tegas dalam melaksanakan perintah Allah dalam rumah tangganya. Si sisteri juga akhirnya memahami suaminya yang lebih mementingkan akhirat dari segalanya.


Suatu hari khalifah Umar al-Khattab telah melawat Hims dan bertanya tentang pemerintahan Sa’id. Mereka telah mengadu kepada Umar 4 perkara:

  1. Dia keluar untuk menemui kami setelah hari kesiangan.
  2. Pada waktu malam dia tidak menenemui kami.
  3. Dalam sebulan dua kali dia tidak keluar menemui kami.
  4. Kadang dia pengsan dengan tiba2.

Umar berbisik pada tuhan dengan berkata:

الهم إني أعرفه من خير عبادك ، اللهم لا تخيب فراستي فيه

“Ya Allah sesungguhnya aku mengenal sebagai salah seorang dari hambamu yang terbaik. Ya Allah janganlah dikau kecewakan firasatku terhadapnya.”


Adapun jawapan Sa’id terhadap persoalan tersebut adalah seperti berikut:


Jawapan pertama:

“Sesungguhnya aku tidak keluar melainkan setelah kesiangan. Demi Allah Aku benci utk memberitahu sebabnya (kerna takut riya’ dan ujub). Sesungguhnya isteri aku tidak mempunyai khadam. Aku telah menguli tepung dan aku membiarkannya sehingga ia naik dan kemudian aku membakarnya menjadi roti. Kemudian aku solat duha dan setelah itu baru aku keluar.


# Inilah pemimpain yang hebat yang tidak menggunakan duit rakyat untuk kepentingan dirinya. Pemimpin yang tidak lupa untuk menguruskan urusan rumahnya. Kerja2nya dengan rakyat tidak melalaikannya dari melakukan tanggung jawab dirumah.


Jawapan kedua:

Adapun aduan mereka yg menyatakan aku tidak menerima aduan pada waktu malam. Sesungguhnya aku benci untuk menyatakan sebabnya. Sesungguhnya aku menjadikan waktu siang untuk rakyat dan waktu malam untuk tuhan.


# Inilah pemimpin yang tidak lupa kepada tuhannya. Sesibok mana pun seorang pemimpin terhadap rakyatnya, hendaklah dia memberi masa setiap hari untk bermunajat kepada tuhannya. Kalau kita bagi 24 jam rakyat sekalipun , kita tidak mampu menyelesaikan semua masalah yang timbul. Namun apabila kita memperuntukkan sebahagian masa diakhir malam untuk tuhan, pasti Dia akan membantu kita untuk mentadbir sesuatu tempat dengan sempurna.


Jawapan ketiga:

Sesungguhnya aku tidak keluar menemui rakyat dua hari dalam sebulan. Ini kerana aku tidak ada khadam untuk membasuh bajuku dan aku hanya mempunyai sehelai baju. Pada hari tersebut aku membasuh baju dan aku menunggu sehingga ianya kering. Setelah lewat petang aku baru keluar menemui rakyat.


# Inilah pemimpin yang sangat sederhana dalam hidupnya. Tidak mengambil kesempatan untuk mencari kekayaan melalui kerajaan yg dipimpinnya.


Jawapan keempat:

Aku kadang-kadang pengsan. Ini kerana aku telah melihat ketika khubaib al-Ansari dibunuh di mekah. Orang quraisy telah memotong kulitnya. Apabila aku mengingati peristiwa tersebut yang berlaku ketika aku masih musyrik dan aku teringat bahawa aku tidak membantu Khubaib ketika itu menyebab aku menggeletar kerana takut Azab Allah swt. Ini menyebabkan aku pengsan.


# Dia berasa amat bersalah dan takut tuhan mengazabnya kerana tidak membantu seorang muslim yang diseksa. Walaupun jelas dia tidak dipersoalkan kerana waktu itu dia masih musyrik. Bagaimana dgn kita yg hanya memandang sepi apabila melihat ummat Islam dibunuh dan diperangi.

Jawapan Sa’ad ini diakhiri dengan tangisan yang membasahi bibirnya.


Umar pun berkata:

الحمد لله الذي لم يخيب فراستي

“Segala puji bagi Allah yang tidak mengecawakan firasatku.”


Beliau memeluk Sa’id dan mencium dahinya.


# Inilah proses muhasabah yang perlu diadakan diantara pemimpin dan rakyatnya.


Rujukan: Qasasus Salihin oleh Haidar Muhyiddin Askif.

Di petik dari: http://akhisalman.blogspot.com/2009/04/said-bin-amir-pemimpin-islam-yang-zuhud.html

Jumaat, 3 April 2009

Perempuan di Neraka

Bicara HEMAT MPMM IAIN-SU 2008/09
APRIL 2009



PEREMPUAN DI NERAKA


Rasullullah s.a.w telah bersabda setelah pulangnya baginda dari Isra' dan Mi'raj tentang perempuan yang dilihat menerima balasan perbuatan di dunia. Antaranya:


1. Ada pun perempuan yang tergantung dengan rambutnya dan mendidih otak kepalanya; maka bahawa sesungguhnya ia tiada mahu menutup rambutnya daripada lelaki yang haram memandang dia.

2. Dan adapun perempuan yang tergantung dengan lidahnya dan api neraka yang sangat panas dituangkan ke dalam lehernya; maka bahawa sesungguhnya ia menyakiti suaminya.

3. Dan adapun seorang perempuan yang tergantung dengan dua susunya dan buah zaqqum itu dituangkan masuk ke dalam lehernya; maka sesungguhnya ia memberikan air susu suaminya kepada bayi yang lain tanpa izin suaminya.

4. Dan adapun perempuan yang yang tergantung dengan dua kakinya di dalam kerongkongan api nereka itu; maka bahawa sesungguhnya ia keluar rumah tanpa izin daripada suaminya.


5. Dan adapun perempuan yang tergantung dan memakan ia akan tubuhnya dan api neraka dinyala-nyalakan daripada pihak bawahnya; maka bahawa sesungguhnya ia memperhiasi tubuhnya kerana orang lain dan tiada memperhiasi bagi suaminya.

6. Dan adapun perempuan yang tergantung lagi menambat oleh segala malaikat akan dua kakinya kepada buah dadanya dan ditambatkan buah dadanya kepada ubun-ubunnya dan dijadikan atas badannya itu beberapa ekor ular dan kala hak keadaannya memakan ia (ular dan kala) akan dagingnya dan meminum ia akan darahnya; bahawa sesungguhnya ia di dalam dunia tidak bersuci badannya dan tidak mandi junub dan haid dan daripada nifas dan meringan-ringankan solat.

7. Dan adapun perempuan yang tergantung hal keadaannya buta dan tuli dan kelu yang di dalam kerongkongan api neraka; maka bahawa sesungguhnya ia mendatangkan daripada anak zina dan ditambatkan kepada batang leher suaminya. (perempuan yang menduakan suaminya hingga mendapat anak zina dan menyatakan anak itu adalah hasil daripada suaminya).

8. Dan adapun perempuan yang tergantung kepalanya seperti kepala babi dan tubuhnya seperti tubuh keldai; maka sesungguhnya ia sangat mengadu-ngadu (batu api) lagi amat dusta.

9. Dan adapun perempuan yang seperti rupa anjing dan api masuk ia ke dalam mulutnya dan keluar ia daripada duburnya; maka bahawa sesungguhnya ia adalah sangat membangkit akan manusia (mengungkit-ungkit pemberian atau pertolongan) lagi banyak dengki mendengki.

Khamis, 2 April 2009

Usrah Gabungan III

Bersyukur ke hadrat ilahi, dengan bantuan dan rahmatnya kali ini sekali lagi BADAR telah berjaya menganjurkan program Usrah Gabungan ke-3 dengan jayanya pada tanggal 20 Februari 2009 (26 Safar 1430 H) yang lalu di Surau Fakultas Kedokteran Gigi, Universitas Sumatera Utara dari pukul 4.30 petang hingga selepas solat Maghrib.

Program ini telah dianjurkan oleh Biro IGG yang terletak dibawah BADAR PKPMI-CM. Tujuan diadakan program ini adalah untuk merapatkan ukhwah dan mengasah kemahiran dalam menyelesaikan masalah semasa dikalangan ahli-ahli usrah agar dapat menjadi seorang yang kreatif dalam menyelesaikan masalah seharian dan masalah semasa. Kali ini BADAR PKPMI-CM mengupas isu menarik berkaitan hubungan antara sesama muslim dan sesama umat manusia dibawah tajuk Persahabatan dalam Islam.

Terdapat pelbagai input dan aktiviti-aktiviti yang menarik telah disajikan kepada para peserta melalui program ini antaranya Latihan Dalam Kumpulan, sesi soal jawab, perbahasan masalah dan penanganan masalah, dan sebagainya.

Sepanjang program ini berlangsung, didapati program ini telah mendapat sambutan dan penyertaan yang "panas" dikalangan peserta program terutamanya pada sesi perbentangan hasil perbincangan dalam kumpulan.

Kami (BADAR PKPMI-CM) mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan tahniah kepada semua peserta kerana telah menjayakan program ini dengan penuh kesungguhan dan ketekunan. Kami berharap, agar pengetahuan yang telah anda perolehi melalui program ini dimanfaatkan sepenuhnya agar kita sentiasa berada diatas landasan yang benar dan diredhai Allah.

Salam ukhwah dari kami, BADAR PKPMI-CM.

Risalah MINDA - April 2009

Terbitan oleh BADAR PKPMI-CM
Keluaran 4 / 09



Kisah Di Sebalik APRIL FOOL


Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat' menjadi begitu sibuk sekali.


Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting peristiwa ini turut mereka puas melihat muka mangsa-mangsa mereka merah padam kerana dipermain-mainkan.

Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical joke' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dah menyebabkan penyesalan berpanjangan.

Sewaktu zaman persekolahan dahulu, penulis pernah terbaca tentang suatu tragedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya si Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dlm rumah masing-masing untuk menyelamatkan diri.

Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk muslim ini, diberitahu bahwa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan.

Orang Muslim yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak. Keesokan harinya (1 April), mereka mengambil semua barangan yang telah disiapkan lalu menuju ke perlabuhan.

Pada masa inilah pihak Kristian mengambil kesempatan untuk menggeledah dan kemudian membakar rumah penduduk-penduduk Islam ini. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum muslim dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil.

Peristiwa berdarah yang menyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian. Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia. Yang menyedihkan, orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara seIslam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita. MINDA


Perkara sia-sia itu terbit daripada orang kafir seperti memaki-maki
rasul, mempersendakan al-Quran, mencampuri urusan sia-sia atau
majlis senda gurau, maka seseorang Muslim hendaklah
berpaling meninggalkannya dengan segera secara terhormat,
iaitu tidak akan membabitkan diri, bahkan menjaga diri supaya bersih
daripada perkara keburukan itu.

Selanjutnya, sifat itu juga menjadi lambang kepada identiti
kesempurnaan Islam Muslim sebagaimana tergambar melalui
sabda Rasulullah yang bermaksud:

“Sesungguhnya, antara kesempurnaan Islam seseorang
manusia itu ialah dia meninggalkan perkara-perkara
yang tidak berfaedah baginya.”

(Hadis riwayat Tirmizi).

Risalah MINDA - Mac 2009

Terbitan oleh BADAR PKPMI-CM
Keluaran 3 / 09


Kelahiran Rasulullah s.a.w Menyempurnakan Akhlak Terpuji

Persoalan akhlak merupakan perkara penting dalam kehidupan muslim sejati sebagai kemuncak tamadun manusia di dunia ini.

Tanpanya ia menjadikan seseorang itu tidak ternilai di kalangan manusia itu sendiri, sebagai contoh, orang ramai tidak akan memandang tinggi golongan mat rempit, penagih dadah, peragut yang dianggap sebagai golongan “low class” kerana mentaliti mereka yang cukup rendah.

Muslim yang berkualiti adalah mereka yang memiliki akhlak terpuji dalam hidup mereka, akhlak juga yang membezakan antara seorang yang berfikiran waras atau sebaliknya.

Rasulullah s.a.w bersabda : “Orang beriman yang paling sempurna imannya, adalah mereka yang paling baik akhlaknya.”

Baginda telah membayangkan bahawa akhlaklah yang memacu jati diri muslim untuk mendapat tempat tertinggi di sisi Allah, ini kerana baginda telah meletakkan kesempurnaan iman seseorang muslim itu dengan kesempurnaan akhlaknya, seolah-olah apabila akhlak tidak lagi menjadi perkara penting dalam kehidupan mereka, pada masa itu mereka tidak lagi boleh dikatakan sebagai seorang mukmin yang sejati.

Hakikat yang berlaku pada hari ini, manusia bernama muslim telah memisahkan akhlak dalam segenap aktiviti hidup mereka, akhlak tidak lagi menjadi bahan utama dalam kerjaya, cara berpakaian, berfikir, berkomunikasi dan lain-lain, ini tidak lain kerana tidak memahami tuntutan akhlak sepertimana yang dijelaskan oleh para sarjana Islam:
* Akhlak terhadap Allah SWT
* Akhlak terhadap Kitab Allah
* Akhlak terhadap Rasulullah s.a.w.
* Akhlak terhadap Sunnah Rasulullah
* Akhlak terhadap sesama muslim
* Akhlak terhadap sesama manusia
* Akhlak terhadap haiwan
* Akhlak terhadap segenap makhluk di dunia termasuk tumbuh-tumbuhan

Rasulullah s.a.w ada menegaskan dalam satu hadisnya yang bermaksud : “Sesungguhnya aku diutus adalah untuk menyempurnakan akhlak yang terpuji.”

Matlamat Allah mengutus baginda Rasulullah s.a.w adalah untuk menyempurnakan beberapa elemen akhlak seperti yang disebutkan di atas.

Apabila ia dapat dilaksanakan dengan baik, tidak mustahil akan memandu muslim ke arah kesempurnaan iman yang sebenarnya.

Justeru, kejayaan ummah ini bergantung kepada sejauh mana mereka menghiasi diri dengan akhlak yang terpuji bersesuaian dengan perutusan Nabi Muhammad ke dunia ini untuk menyempurnakan keimanan manusia. MINDA

Meskipun zahir bentuk bashari,
Batinnya bangsa terlalu safi,
Kerana peri haknya ruhani
Pernah berkata lisannya murni:
Sebagai nabi aku terkandung
Dalam rahasia di Balai Agung,
Padahal Adam masih terapung
Antara air dan tanah lempung.
Meskipun rupaku anak Adam,
Darjatku asal terlebih kiram.
Tatkala Adam belum teringat,
Tatkala Kalam belum bersurat
Dan Papan tulis belum tercatat,
Sudah terpandang oleh kunhi Zat
Seri wajahku di dalam mirat.
Sinaran sani cahaya kamalat,
Pancaran murni asma dan sifat,
Rumusan seni segala makhlukat
Yang zahir pada cermin hakikat
Dalam diriku semua terlibat.

(Puji-pujian Ke Atas Junjungan Besar Nabi Muhammad salla’ Llahu alayhi wa sallam oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam buku Risalah Untuk Kaum Muslimin)




Tujuan menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w

Tujuan menyambut hari kelahiran Rasulullah s.a.w yang diadakan setiap tahun ialah untuk mengingati perjuangan baginda menyebar dan meninggikan syiar Islam. Dalam upacara seperti ini, ceramah-ceramah dan forum-forum diadakan untuk memberi pengetahuan kepada mereka yang tidak tahu mengenainya, memperingatkan mereka yang lupa untuk dijadikan teladan dan ikutan. Segala yang berlaku ke atas Nabi s.a.w., para sahabat dan mereka yang terlibat boleh dijadikan contoh dan inspirasi umat Islam.

Selain daripada peristiwa ini, terdapat hari-hari lain yang bersejarah dalam Islam yang perlu diingati seperti hari nuzul Quran, tahun Hijrah, malam israk mikraj dan sebagainya.
Memang benar Rasulullah s.a.w. tidak mengadakan amalan berarak, berzanji ataupun nasyid seperti yang diadakan sekarang ini tetapi daripada pelbagai sumber yang boleh dijadikan sandaran, umat Islam digalakkan menyambut sesuatu peristiwa besar dalam Islam. Hari-hari tersebut mengandungi falsafah dan makna dalam kehidupan seorang Islam. Ia juga merupakan lambang kemegahan dan kebesaran Islam.

Dalam surah al-Hajj: 32 terdapat firman Allah yang bermaksud: Barang siapa memuliakan tanda-tanda kebesaran Allah, maka sesungguhnya ia adalah satu gambaran ketakwaan hati.
Ayat-ayat al-Quran di atas menjelaskan bahawa orang yang memuliakan nabi adalah mereka yang untung di mana mereka akan dibalas dengan kebaikan iaitu syurga.
Amalan ini memperlihatkan ketakwaan hati. ``Tanda-tanda kebesaran Allah'' yang dijelaskan di sini adalah umum yang tidak semestinya terkhusus kepada sambutan memperingati Maulidur Rasul.

Mengenai kasih terhadap baginda s.a.w. ini, Rasulullah s.a.w. sendiri ada bersabda: Tidak sempurna iman seseorang daripada kamu kecuali andainya saya (nabi) lebih dikasihi olehnya berbanding dengan kasih terhadap bapanya, anaknya juga keseluruhan manusia.


Suara Perempuan Adalah Aurat?
(Sautul Mar'ah Aurah)

Soalan:
Apakah hukum suara perempuan menurut pendapat jumhur ulamak? Dan bagaimanakah kedudukan hadis Nabi SAW yang mengatakan 'Sautul Mar'ah Aurah'?

Jawapan:
Islam melarang kaum wanita bercakap dengan suara lemah lembut dan manja kepada lelaki ajnabi sebab suara wanita itu tergolong aurat. Allah telah memerintahkan melalui firman-Nya supaya jangan berbicara dengan suara yang dimanja-manjakan dan dilembut-lembutkan kepada lelaki lain, kerana ia boleh
menimbulkan keghairahan kepada kaum lelaki yang bermaksud tidak baik kepadanya.

Firman Allah SWT maksudnya: "Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara sehingga berkeinginanlah orang yang ada penyakit dalam hatinya, dan ucaplah perkataan yang baik". (Al Ahzab 32)

Jelaslah bahawa dalam Al Quran dengan tegas menjelaskan tentang kedudukan suara wanita ini.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...