Selasa, 20 Januari 2009

Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia dan Pengenalan Kepada Stress

Terbitan oleh BADAR PKPMI-CM
Keluaran 3 / 08


Sebab-sebab Hati Tidak Bahagia


Sebab-sebab hati tidak bahagia ialah kerana adanya Mazmummah (sifat yang tercela) di dalam hati.

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

1. Pemarah - Paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak terang. (Siapa nak dekat kalau asyik nak marah aja..bawak-bawaklah senyum. Tentu orang tak takut nak dekat punya..)

2. Pendendam - Tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung. (ini kes dendam kesumat lah ni..)

3. Hasad dengki - Amalanya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan. (Tak elok dengki mendengki ni..)

4. Bakhil - Sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dan lain-lain dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. (rezeki yang diberi oleh Allah elok dikongsi bersama..-derma).

Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui makhluk.

5. Tamak - Orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak habis juga…lagi pun orang tamak selalu rugi..

Ingat ! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

6. Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar. (oleh itu banyak-banyakkanlah bersabar bila hadapi dugaan..contohnya masa kerja banyak..tetap tenang walau kerja bertimbun atas meja.)

7. Ego - Ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin. (yang ini no comment)..pasal semua orang ada egonya sendiri..cuma tinggi/rendah tahap keegoan tersebut.

8. Riak - Terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa berlakun-lakun di depan orang. Jika ia dipuji, ia akan menambah amalnya tetapi jika dikeji, ia akan mengurangkan amalnya. Allah marah kalau kita riak..takabbur dengan apa yg kita ada…

9. Cinta Dunia - Tidak dapat menderita, dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. – bila mati cuma bawa amalan dan doa anak yang soleh/solehah…

Cinta dunia merupakan "neraka dunia" kerana dunia itu "panas" akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Kesimpulan

Jadi, yang meragut kebahagiaan sebenarnya bukanlah secara keseluruhannya disebabkan kemiskinan, musibah, kesibukan dan lain-lainnya. Tetapi ialah sifat MAZMUMMAH yang bersarang dalam diri kita. Marilah sama-sama kita muhasabah diri dan memperbaiki hati dan amalan kita. (MINDA)


MENYEBUT AMIN SEBELUM IMAM

Terdapat ramai orang-orang awam yang jahil menyegerakan sebutan amin sebelum imam mula menyebutkan. Perbuatan ini adalah salah, kerana menurut al-Sunnah ialah menyebutnya serentak dengan sebutan imam.

MAKMUM WANITA KENA MENYEBUT AMIN DENGAN SUARA YANG RENDAH

Sayugialah makmum wanita menyebut amin dengan suara yang rendah kerana suaranya aurat sebagaimana disunatkan kepadanya membaca dengan suara yang rendah di dalam sembahyang jahriah jika di sana ada kaum lelaki.

DISUNATKAN MEMBACA SURAH PANJANG JIKA SOLAT BERSENDIRIAN
Disunatkan kepada orang-orang yang sembahyang sendirian membaca surah-surah yang panjang dan sederhana dan membaca semua zikir-zikir rukuk dan sujud.




Ada Apa Pada Stress?



Stress merupakan faktor kejiwaan yang berpotensi melemahkan sistem daya tahan tubuh sekaligus merupakan salah satu faktor pencetus penyakit. Selain faktor yang terdapat didalam ruangan “sebab-sebab hati tidak bahagia” diatas, hal yang boleh merangsang stres adalah perasaan khawatir, kesal, kecewa, sedih, bingung, serta kelelahan akibat pekerjaan yang berlebihan. Hal- hal ini menyebabkan hipotalamus pada sistem saraf pusat di otak mengeluarkan hormon ACTH yang akan meransang kelenjar adrenal merembeskan hormon katekolamin, mineralokortikoid, dan glukokortikoid. Hormon- hormon inilah yang berperanan secara jangka pendek dan panjang pada tubuh menyebabkan peningkatan degupan jantung serta tekanan darah, menukarkan glikogen( gula simpanan) menjadi glukosa membentuk tenaga, dan menekan sistem imun tubuh. Walaubagaimanapun, sebagai hamba Allah yang diciptakan-Nya, kita tidak mungkin lari dari sifat kekurangan tertewas dalam menangani perasaan yang mengganggu kejiwaan.

Lantaran itu,antara terapi yang boleh dilakukan dalam menangani stress adalah:
(1) Meningkatkan hubungan kepada Allah.
(2) Memberi masa pada diri untuk merehatkan minda
(3) Menghindari diri dari sifat suka menangguh kerja.
(4) Menjauhi faktor-faktor pencetus stres termasuk “sebab-sebab hati tidak bahagia” diatas.
(5) Menjauhkan diri bersendirian terlalu lama.
(6) Melakukan konsultasi bersama psikiater, keluarga, dan rakan-rakan yang boleh dipercayai.
(7) Melakukan aromaterapi serta musikoterapi.



Melalui gambarajah diatas, stress akan meningkatkan tekanan darah sekaligus menekan sistem imun menyebabkan diri terdedah kepada penyakit. Tips-tips menghilangkan stress:

(1) Tingkatkan hubungan kita dengan Allah.
(2) Jauhi perkara-perkara yang boleh menyebabkan stres termasuk faktor-faktor yang disebutkan didalam artikel “sebab-sebab hati tidak bahagia” diatas.
(3) Jauhkan diri dari hidup bersendirian.
(4) Dapatkan bantuan dari kaunselor / melakukan konsultasi bersama psikiater, keluarga, dan rakan-rakan yang boleh dipercayai.
(5) Lakukan terapi penghilang stress seperti aromaterapi dan musikoterapi.
(6) Banyakkan berehat dan hindari diri dari sifat suka menangguh kerja. (MINDA)

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...