Terbitan oleh BADAR PKPMI-CM
Keluaran 1 / 09
Untuk Renungan Bersama
Bayangkan benda ini berlaku pada anda...
Suatu hari pada masa sembahyang Jumaat yang di hadiri oleh lebih kurang 1,000 jemaah, tiba-tiba masuk dua orang lelaki yang menutupi seluruh tubuhnya dengan berpakaian hitam dan yang hanya kelihatan cuma dua biji mata serta membawa mesin gun. Lalu salah seorang lelaki tu bertempik "Sesiapa yang sanggup MATI kerana ALLAH sila berdiri di tempat kamu"
Selepas mendengar amaran lelaki itu, maka segeralah bertempiaran lari para jemaah itu utk menyelamatkan diri. Daripada jumlah yang 1,000 yang hadir tadi, hanya tinggal lebih kurang 20 orang sahaja yang masih berdiri di tempat masing-masing termasuk Pak Iman.
Lelaki yang bertempik tadi segera membuka tutup mukanya lalu melihat ke arah Pak Imam sambil berkata: "Ok Pak Iman, saya dah halau SEMUA yang hipokrit, sekarang bolehlah Pak Iman mulakan sembahyang Jumaat" Lalu kedua lelaki tersebut berpaling dan meninggalkan jemaah.
Macam mana? Adakah anda rasa lawak dengan cerita di atas. Selain terhibur anda fikirlahlah...
* Lawakkan , dari 1,000 org yg mengaku dia Islam hanya 20 yang betul-betul beriman.
* Lawakkan berapa banyak manusia yang mudah lupakan ALLAH bila menghadapi bahaya. Kedua lelaki tersebut hanya membawa mesin-gun dan tidak kata pun nak bunuh. Tapi generasi sekarang amat lemah. Baru kena ugut terus lari lintang pukang, lupa yg dia tak sembahyang jumaat lagi.
* Ada juga yang agamanya cuma seminggu sahaja. Itu pun bila hanya masa sembahyang jumaat tunjuk muka kepada orang kampung. Ada yang lagi dashyat setahun 2 kali sahaja apabila sembahyang raya.
* Lawakkan, ramai orang percaya kepada gosip dan apa yang ditulis oleh surat khabar daripada apa yang tercatit di salam al Quran.
* Lawakkan, berapa ramai yang percaya dunia hanya sementara, akhirat adalah tempat yang kekal, tapi berlumba-lumba mengejar dunia.
* Lawak, kita boleh bersembang dengan boyfriend atau girlfriend berjam-jam tapi nak berdoa kepada Allah, alahai tak cukup masa.
* Dan lebih lawak lagi, bila kita boleh post banyak thread atau email yang berunsur lawak jenaka dan lucah kesemua tempat tapi merasa berat nak berkongsi dan nak hantar artikel-artikel yang berunsur agama. (MINDA)
Keyakinan kunci kehidupan yang gemerlapan
Keyakinan ialah kepercayaan seseorang yang tidak berbelah bagi terhadap dirinya dengan berpendapat bahawa dirinya berupaya mengendalikan kehidupannya dengan baik sekaligus mampu menyahut serta mengelola cabaran dan dugaan yang sentiasa menghantui jiwa. Lantaran itu, semakin tinggi keyakinan anda terhadap diri anda dalam melakarkan masa hadapan anda, semakin tinggi potensi anda untuk merealisasikan mimpi anda menjadi kenyataan. Selain keyakinan kepada diri sendiri, seseorang juga perlu mempunyai 3 jenis keyakinan yang tidak kalah pentingnya yaitu keyakinan diri terhadap Keesahan Tuhan yang hakiki, keyakinan terhadap potensi orang lain, sekaligus keyakinan orang lain terhadap potensi diri sendiri. Namun dalam membina keyakinan yang jitu terhadap diri sendiri mahupun orang lain memerlukan kesabaran yang tinggi sekali lantaran membukitnya punca-punca yang berpotensi meruntuhkan keyakinan seperti kekurangan pengetahuann dan pengalaman, tiadanya matlamat yang jelas dalam memicu kejayaan, pergaulan bersama kenalan yang cenderung berfikiran negatif serta pesimis, serta ketidakstabilam emosi diri apabila diri dilanda badai.
Petanda-Petanda Orang yang Kurang Keyakinan Diri
- Kurang senyum - Risau dan kelihatan risau
- Gugup dan kelihatan gugup
- Kurang berinteraksi
- Malas bekerja atau berusaha
- Bersikap meminta-minta
- Mudah putus asa
- Suka gosip dan mengumpat
- Defensif dan pemarah. (MINDA)
IMAM TERLEBIH SUJUD
Jika makmum bersembahyang bersama imam dan duduk tasyahhud bersama dengannya, kemudian imam tiba-tiba membuat sujud yang ketiga, maka adakah makmum wajib mengikutinya?
Jawabannya: Hendaklah diteliti jika imam itu sujud setelah berlalunya masa sepanjang bacaan tasyahhud, maka ia wajib mengikut imam pada sujud yang ketiga itu dan ditanggungkan imam itu melakukan sujud sahwi. Sebaliknya jika imam itu sujud sebelum berlalunya masa sepanjang bacaan tasyahhud, maka ia tidak harus mengikutnya kerana ditanggungkan sujud itu sebagai terlupa, dan tidak boleh ditanggungkan sujud itu sebagai sujud sahwi kerana waktunya belum lagi tiba. Oleh itu jika ia ikut sujud nescaya batallah solatnya. Dan jika sujud imam itu ditanggung sebagai terlupa, maka makmum tidak wajib mufaraqah bahkan hendaklah ia menunggu sehingga imam itu selesai memberi salam dan setelah itu hendaklah ia sujud sahwi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan