Rabu, 5 Jun 2013

Sambutan Isra' wal Mikraj & Hari Keputeraan Yang Di-Pertuan Agong XIV



Assalamualaikum wbt.

Salam ukhuwah. Salam mesra. Terutama sekali, marilah ucapkan syukur ke hadrat Ilahi kerana masih memberikan kita kesempatan untuk membaca entri kali ini. Alhamdulillah. :)

Tanggal 1 Jun 2013. Pada minggu lepas, Konsulat dengan kerjasama BADAR telah menganjurkan majlis sambutan Isra' wal Mikraj disertakan dengan sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong yang berlangsung di Konsulat Jeneral Malaysia, Medan.

Para pelajar Malaysia di Medan telah dijemput bagi mengimarahkan ibadah dan memeriahkan majlis.




Acara dimulai dengan bacaan Al-Quran dan diikuti ceramah Isra' Mikraj. Ceramah Isra' Mikraj telah diberikan oleh Dr. H. Muzakir, MA. Konsulat Jeneral Malaysia Medan, Tn. Ahmad Rozian Abdul Ghani juga turut hadir.


Seusai sahaja ceramah, sekitar jam 4 petang para jemaah melaksanakan solat Asar berjemaah dan bacaan Yaasin & tahlil.

Minum petang telah disediakan.

Pada jam 4.30 petang, majlis diteruskan lagi dengan sambutan Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong dengan ucapan Tn. Ahmad Rozian Abdul Ghani, Konsulat Jeneral Malaysia mewakili warga Malaysia yang berada di Medan. Dengan ini diucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XIV,Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah bersempena akan hari keputeraan baginda.



Para hadirin dijemput menjamu selera sambil dihiburkan oleh persembahan dari kumpulan Nowtica Nasyeed.


Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...