HARI : Sabtu - Isnin
TANGGAL : 24-26 Disember 2011
TEMPAT : Taman Rekreasi Wiladatika Cibubur, Jakarta
Perhimpunan Mahasiswa Islam Malaysia Se-Indonesia (PERMAI) kali ke-3 telah diadakan selama 3 hari 2 malam bertempat di Taman Rekreasi Wiladatika, Jakarta yang disertai seramai lebih kurang 230 peserta terdiri daripada 11 provinsi dan 2 IPT Malaysia.
Tiga objektif utama program ini dianjurkan adalah untuk membina dan mengeratkan ukhwah antara peserta, pemantapan ilmu dan pembinaan modal insan. PERMAI 2011 mengambil tema Baitul Muslim: “Begin With The End In Mind” yang merupakan skop mikro masyarakat untuk menjengah dunia yang luas dalam konsep pembinaan keluarga Islam.
Seramai 17 orang peserta dari Medan telah menyertai program PERMAI buat pertama kalinya. Berikut merupakan tentatif perjalanan program:
23 Disember 2011
1710 : Keberangkatan kumpulan 1 ke Bandung
1910 : Ketibaan kumpulan 1
24 Disember 2011
0700 : Keberangkatan kumpulan 2 ke Jakarta
0900 : Ketibaan kumpulan 2 Jakarta dan keberangkatan kumpulan 1 ke Jakarta
1330 : Pendaftaran
1530 : Majlis Pembukaan PERMAI 2011
1700 : Makan malam dan Persiapan Diri
1800 : Solat maghrib, isya’ dan tazkirah
2000 : Forum “Cinta dan Muka buku”
2200 : Supper dan tidur
25 Disember 2011
0400 : Solat subuh dan tazkirah
0500 : Riadah
0700 : Sarapan dan Persiapan diri
0830 : Slot 1: “Asas- asas Baitul Muslim”
0930 : Istirahat dan minum pagi
0945 : sambungan slot 1
1115 : Solat Zohor dan makan tengahari
1245 : Slot 2: “Dalam Dakapan Ukhwah”
1445 : Solat asar dan minum petang
1545 : Riadah
1700 : Makan malam dan persiapan diri
1800 : Solat maghrib, isya’ dan tazkirah
2000 : Slot 3: “Persiapan Baitul Muslim”
2200 : Supper dan tidur
26 Disember 2011
0400 : Solat subuh dan tazkirah
0500 : Riadah
0600 : Makan pagi dan persiapan diri
0730 : Slot 4: “Pengurusan Baitul Muslim”
0930 : Istirahat dan minum pagi
1000 : Majlis Perasmian Penutup PERMAI 2011
1200 : Makan tengahari dan solat zohor
1300 : Bersurai
Penceramah yang dijemput khas bagi memberi pengisian dalam program ini adalah Ustaz Hasrizal Abd Jamil, Ustaz Salim A.Fillah, dan Ustaz Erfino Johari. Pelbagai ilmu, perkongsian dan manfaat berguna yang diperoleh dari program ini yang dapat diterapkan dan diamalkan dalam kehidupan
Secara keseluruhan, PERMAI 2011 berjalan lancar dan segala kesulitan seperti masalah pengangkutan dan cuaca yang kurang baik dapat diatasi serta tidak mengganggu perjalanan program dan Majlis Penutupan telah dirasmikan oleh Ustaz Erfino Johari. Kerjasama yang diberikan oleh para peserta sepanjang program amat memberangsangkan sehingga majlis berlangsung sesuai seperti yang dijadualkan.
Pihak Badan Kebajikan dan Kerohanian (BADAR) cawangan Medan juga telah membelanjakan sebanyak Rp 520 000 untuk pembelian cenderahati kepada para peserta dan wakil persatuan yaitu bika ambun, penanda buku dan frame. Cenderahati ini bertujuan sebagai tanda terima kasih atas fasiliti/kemudahan yang disediakan serta tanda terjalinnya ukhwah antara peserta.
Kumpulan 1 telah selamat kembali ke Medan pada 30 Disember 2011 jam 2300 manakala kumpulan 2 pada 31 Disember 2011 jam 2100 setelah mengadakan jaulah bersama ikhwah dan akhwat disana selama 4 hari.
SEKIAN.
Disediakan oleh,
NOORATIQAH BINTI RAHMAT
Setiausaha BADAR PKPMI-CM 11/12
Di edit oleh LPJ BADAR PKPMI-CM 11/12
p/s - Bagi Mereka yg Ingin Megetahui Dengan Lebih Lanjut Perjalanan Program, Sila Layari FB Permai dimana terdapatnya video-video program.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan