Rabu, 1 Jun 2011

12 Rahsia Kejahatan Yahudi dalam Al-Quran

Gambar hiasan
IDEA menubuhkan negara Yahudi dalam perkembangan gerakan Zionis, sebenarnya banyak dipengaruhi oleh Theodore Herzl. Dalam tulisannya, Der Jadenstaat (Negara Yahudi), dia mendorong organisasi Yahudi dunia untuk meminta persetujuan kerajaan Turki Uthmaniyyah yang menguasai Palestin pada waktu itu agar diizinkan membeli tanah di sana. Kaum Yahudi pada waktu itu hanya diizinkan memasuki Palestin untuk melaksanakan ibadah, bukan sebagai komuniti yang mempunyai cita-cita politik (lihat: Palestine and The Arab-Israeli Conflict, 2000:95). Keputusan ini memicu gerakan Zionis radikal. Bersamaan dengan semakin melemahnya pengaruh Turki Uthmaniyyah, para pendatang Zionis mula berhijrah setelah berhasil membeli tanah di Palestin utara. Perpindahan besar-besaran ini pun berubah menjadi penjajahan apabila mereka berhasil menguasai ekonomi, sosial, dan politik di Palestin dengan sokongan British (Israel, Land of Tradition and Conflict, 1993:27).
Setelah berakhirnya Perang Dunia I, British berjaya menguasai Palestin dengan mudah. Sherif Husein di Mekah yang dilobi untuk melakukan pemberontakan di Turki juga meraih kejayaan. (1948 and After: Israel and Palestine, 1990:149). Rakyat Palestin semakin terdesak dan menjadi sasaran pembunuhan. (2000:173). Keganasan Zionis terus berlanjut, 360 kampung dan 14 bandar yang didiami rakyat Palestin dihancurkan dan lebih 726,000 jiwa terpaksa menjadi pelarian. Akhirnya pada Jumaat, 14 Mei 1948, negara baru Israel diisytiharkan oleh Ben Gurion, tepat 8 jam sebelum British dijadual meninggalkan Palestin. Untuk strategi mempertahankan keamanannya di masa berikutnya, Israel terus bekerjasama dengan AS hingga berhasil mendapat pinjaman $US 100 juta untuk mengembangkan senjata nuklear.
Elisabeth Diana Dewi dalam karya ilmiahnya, The Creation of The State of Israel menghuraikan bahawa secara falsafah, negara Israel dibentuk berdasarkan tiga keyakinan yang tidak boleh dipertanyakan: (a) tanah Israel hanya diberikan untuk bangsa pilihan Tuhan sebagai bagian dari Janji-Nya kepada mereka. (b) pembentukan negara Israel moden adalah proses terbesar dari penyelamatan tanah bangsa Yahudi. (c) pembentukan negara bagi mereka adalah solusi atas sejarah penderitaan Yahudi yang berjuang dalam kondisi tercerai berai (diaspora). Maka, merebut kembali seluruh tanah yang dijanjikan dalam Bibel adalah setara dengan penderitaan mereka selama 3000 tahun. Oleh sebab itu, semua bangsa non-Yahudi yang hidup di tanah itu adalah perampas dan layak untuk dibinasakan.
Yahudi dalam Al-Quran
Fakta fenomena saat ini yang menggambarkan keegoan, kebongkakan dan penindasan Yahudi terhadap kaum muslimin adalah hikmah yang harus diambil dari Firman-Nya: Dan telah Kami tetapkan terhadap Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan membuat kerusakan di muka bumi ini dua kali dan pasti kamu akan menyombongkan diri dengan kesombongan yang besar.” (QS.17:4). Dalam tafsir Jalalayn dijelaskan bahwa maksud fil ardhi dalam ayat itu adalah bumi Syam yang meliputi Suriah, Palestina, Libanon, Yordan, dan sekitarnya.
Pembunuhan bukan hal asing dalam sejarah Yahudi. Bahkan nabi-nabi mereka, seperti Nabi Zakaria dan Nabi Yahya pun dibunuh. Mereka juga menganggap mereka telah berjaya membunuh Nabi Isa dan bangga atas usahanya. Tetapi Al-Quran membantah hal ini (QS.4:157). Inilah di antara maksud bahwa yang paling keras permusuhannya terhadap kaum beriman ialah orang Yahudi dan musyrik (QS. 5:82).
Penolakan janji Allah (QS. 5:21-22) yang memastikan kemenangan jika mahu berperang bersama Nabi Musa, membuktikan sebenarnya Yahudi adalah bangsa penakut, pesimis, tamak terhadap dunia, dan lebih memilih hidup hina daripada mati mulia. Bahkan QS. 5:24 menggambarkan bahwa mereka tidak memerlukan tanah yang dijanjikan dan tidak ingin merdeka selagi masih ada sekelompok orang kuat yang tinggal di sana. Lalu mereka meminta Nabi Musa dan Tuhannya berperang sendiri.
Oleh kerana itu Al-Quran menggambarkan bahawa kerasnya batu tidak dapat mengimbangi kerasnya hati kaum Yahudi. Sebab masih ada batu yang terbelah lalu keluar mata air darinya dan ada juga yang meluncur jatuh karena takut kepada Allah (QS. 2:74). Keras hati kaum Yahudi ini di antaranya disebabkan hobi mereka mendengarkan berita dusta dan makan dari usaha yang diharamkan (QS. 5:24).
Dua Belas Kejahatan Yahudi
Dalam buku Qabaih al-Yahud dijelaskan 12 kejahatan Yahudi yang termaktub dalam Al-Quran. Kejahatan itu adalah sebagai berikut:
  1. Menuduh Nabi Musa mempunyai penyakit kusta kerana tidak mahu mandi bersama mereka. (QS. 33:69)
  2. Enggan melaksanakan Taurat, sehingga Allah mengangkat gunung Tursina untuk mengambil perjanjian yang teguh. (QS.2:93)
  3. Tidak mahu beriman kecuali jika melihat Allah secara langsung. (QS. 2:55 dan 4:153)
  4. Mengubah perintah agar masuk negeri yang dijanjikan lalu bersujud dan mengucapkan hiththah, yaitu memohon keampunan. (QS. 2:58-59)
  5. Menuduh Nabi Musa mempermainkan mereka apabila mereka disuruh menyembelih lembu betina. (QS. 2:67)
  6. Menulis kitab Taurat dengan tangan mereka, lalu mengatakan ini dari sisi Allah. (QS. 2:79)
  7. Memutar-mutar lidahnya untuk menyakinkan bahawa yang dibacanya itu adalah wahyu yang asli. (QS. 3:78)
  8. Mengubah Firman Allah. (QS.2:75)
  9. Menyembah patung lembu semasa ditinggalkan oleh Nabi Musa yang pergi mengambil Taurat. (QS.2: 51 dan 92)
  10. Mengatakan Tangan Allah terbelenggu. (QS.5:64)
  11. Menuduh Allah itu fakir. (QS. 3:181)
  12. Menyuruh Nabi Musa dan Tuhannya berperang untuk mereka (QS.5:24)
Di samping itu, peribadi Nabi yang seharusnya dijadikan contoh tauladan, sebaliknya dinistakan. Nabi Ibrahim dalam “Kejadian” fasal 12:10-16 dan 20:1-14, dikisahkan sebagai orang yang hina, menjijikkan dan rakus harta benda. Baginda dituduh menjual isterinya yang cantik demi meraih keuntungan. Kitab suci mereka tidak pernah menceritakan baginda sebagai seorang Nabi yang berani yang menghancurkan patung --walaupun harus dilemparkan ke dalam api-- dan menyeru ayah dan kaumnya meninggalkan kemusyrikan. Kisah memilukan juga menimpa Nabi Luth. Dalam “Kejadian” fasal 19:30-38, baginda dikisahkan berzina dengan kedua-dua anaknya dalam keadaan mabuk.

Islam adalah musuh tetap bagi Yahudi dan Nasrani. Sebab Islam adalah satu-satunya agama yang kitab sucinya membetulkan langsung kesalahan dua agama itu. Ibarat seorang adik, ia berani membongkar kejahatan kedua-dua abangnya. Oleh sebab itu, hasad mereka tidak akan padam dan masih wujud dalam kajian-kajian mereka. Contoh hasad intelektual ini adalah dakwaan bahawa Al-Quran banyak dipengaruhi kosa kata Ibrani, seperti diungkapkan Adnin Armas dalam bukunya Metodologi Bibel dalam Studi Al-Quran. Dakwaan ini dicetuskan oleh Abraham Geiger (1810-1874), seorang rabi dan pendiri Yahudi Liberal di Jerman dalam karyanya, Apa yang telah Muhammad pinjam dari Yahudi?
Jauh sebelumnya, Imam Syafie telah menolak dakwaan seperti itu dan menguatkan bahawa Al-Quran diturunkan dalam bahasa Arab. Sebab semua lafaz dalam Al-Quran mustahil tidak difahami oleh semua orang Arab, walaupun sebagian lafaz itu ada yang tidak difahami oleh sebahagian orang Arab. Hal ini kerana luasnya perbendaharaan bahasa Arab itu sendiri, bukan kerana perkataan itu tidak berasal dari bahasa Arab. Kerana kata-kata yang didakwa asing itu telah diserap menjadi bahasa Arab, dikenal dan telah digunakan oleh masyarakat  Arab sebelum turunnya Al-Quran.

Anehnya, virus Geiger kini berkembang subur di sebahagian umat. Gangguan terhadap pengajian Islam dan maraknya franchise-franchise hermeneutika untuk mentafsirkan Al-Quran di sebahagian institusi pendidikan tinggi Islam sangat berpotensi untuk melemahkan akidah dan ukhuwah. Fenomena ini perlu dipertimbangkan para tokoh umat, di samping fatwa tentang pemboikotan produk Israel dan Amerika yang sering digalakkan di tengah-tengah masyarakat.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...