KETAHUI DIET RASULULLAH
Bagi menjelaskan tabiat dan pemakanan Nabi saw, adalah baiknya jika ciri-ciri pemakanan yang diamalkan oleh baginda Nabi saw disenaraikan satu persatu bagi memudahkan umat Islam untuk beramal dengannya sedikit demi sedikit. Selain itu ia secara tidak langsung dapat menyemarakkan lagi Sunnah bbaginda saw dalam kehidupan harian kita yang sangat mencintai nya. Ciri-ciri yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut:
1-MEMENTINGKAN MAKANAN YANG HALAL DAN BAIK
Nabi saw sangat berdisiplin dalam memilih makanan. Makanan yang diambil oleh baginda kesemuanya dari sumber-sumber halal dan baik. Sifat tersebut sangat bersesuaian dengan arahan Allah swt dalam Surah al-Mukminin ayat 51 yang bermaksud, “Wahai para rasul, makanlah kamu semua dari makanan-makanan yang baik-baik lagi halal seterusnya buatlah amal soleh. sesungguhnyaAku maha mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.”
Ayat di atas sangat jelas menunjukkan, Nabi saw juga tidak terkecuali dari arahan mencari makanan halal dan baik. Ini kerana kedua-dua sumber tersebut merupakan factor terpenting dalam mendapatkan keberkatan hidup di dunia dan akhirat.
2-MAKANAN YANG BERZAT DAN MENYIHATKAN
Terdapat banyak riwayat dari para ulama yang membuktikan bahwa Nbi saw sangat menyukai makanan yang berkhasiat dan berzat. Menurut Ibn Qayyim, antara makanan berat kegamaran Nabi saw ialah daging kambing (kuantiti yang sederhana) dan roti yang direndam dengan cuka atau susu. Manakala makanan tambahan yang biasa dimakan oleh Nabi saw pula ialah tamar,madu,zabib,talbinah(sejenis makanan campuran antara kismis,kurma dan madu dalam susu) dan pelbagai jenis buah-buahan.
3-BERHENTI MAKAN DAN MINUM SEBELUM KENYANG
Nabi saw sentiasa berpesan kepada para sahabat agar mengambil setiap makanan dam minuman secara sederhana. Jika makan, berhentilah sebelum kenyang. Jika dahaga, minumlah sekadar hilangkan dahaga. Janganlah minum air sesudah makan secara melulu kerana ia punca kepada kekenyangan yang tidak menyenagkan. Atas dasar ini, mengambil langkah sederhana adalah yang terbaik kerana ia merupakan sifat yang sangat terpuji di sisi para nabi dan rasul. Selain itu, terdapat pelbagai falsafah yang akan diperoleh meneru7si kaedah tersebut khususnya dalam diet dan pemakanan. Oleh sebab itulah Nabi saw sentiasa berpesan kepada para sahabat agar tidak mengambil makanan secara berlebihan sehingga mendatang kemudharatan kepada tubuh dan sebagainya.
4-NABI SAW BANYAK MEMINUM AIR
Antara rahsia Nabi saw kelihatan sihat dan cergas ialah pengambilan air dengan kadar yang banyak. Perkara ini tidak dapat dinafikan kerana terdapat pelbagai riwatyat yang menunjukkan Nabi saw gemar minum air di kebanyakkan waktu. Antarany pada waktu pagi, tengah hari, petang dan malam. Diriwayatkan, baginda saw akan minum air zam-zam sebanyak 3cawan besar setelah baginda makan daging kambing.selain itu, terdapat juga riwayat yang menjelaskan Nabi tidak akan minum air ketika makan atau sejurus sesudah makan. Tetapi baginda akan berehatsehingga makanann yang dimakannya itu benar-benar hadam.
5-NABI SAW BANYAK BERGERAK DAN BERSUKAN
Antara hobi Nabi saw ialah sukan-sukan yang bersifat lasak. Perkara ini dapat diilihat daripada sabda baginda saw, yang menggalak ibu bapa supaya mengajar anak-anak mereka berenang,menunggang kuda dan memanah. Selain itu, baginda juga sentiasa berlatih dengan para sahabatnya bermain pedang di perkarangan masjid Nabawi di Madhinah. Jika dikaji secara mendalam didapati sukan-sukan seperti ini, memerlukan pergerakkan yang bnyak sekaligus mengeluarkan peluh. Tabiat ini perlu diamalkan agar tubuh kekal sihat dan bertenaga walaupun umur semakin meningkat.