Selasa, 13 Oktober 2009

Muslimin Ukhuwwah Camp

Assalamualaikum sahabat-sahabat semua.

InsyaAllah lepas exam UTS ni (16 & 17 Oktober 2009), BADAR akan menganjurkan sebuah outdoor activity berupa perkhemahan 2 hari 1 malam di Simbahe, Brastagi. Tapak perkhemahan yang berhampiran dengan sungai yang mengalir di dalamnya air yang dingin pasti akan membantu me''release"'kan tekanan selepas bertungkus lumus dalam persiapan menghadapi ujian.

Banyak aktiviti menarik yang akan diadakan termasuklah permainan air (water game), nature endurance, barbeque dan simfoni kasih. Selain dapat beriadah, kita juga dapat mengeratkan lagi ukhuwaah yang terjalin antara kita. Jadi, jangan lepaskan peluang keemasan ini. Ayuh kita camping bareng!!


Yuran penyertaan hanyalah Rp 50,000.

Berminat..?
Sila hubungi Faris FK 07 (08197225154 ) atau Asyraf FK 07 (0819625770)

Rabu, 9 September 2009

Perhatian Kepada Semua Mahasiswa Malaysia di Indonesia

Pelajar Malaysia! Jika berlaku ancaman daripada individu atau kumpulan, sila :

  1. Mengelak @ jauhkan diri dari mereka.
  2. Lari ke arah orang awam dan jika perlu berteriak minta tolong.
  3. Menghubungi Dr. Junaidy (+6281808811111), Pak Warden (+6287877023257) atau Pemangku YDP PKPMI-CM, Saudara Aizatnur (+6287868451372). Laporkan nama dan tempat kejadian.
  4. Buat Laporan Polis (JPMI atau Kedutaan akan bantu)
Sila Sebarkan!

Berikut merupakan petikan dari akhbar Berita Harian online. Untuk membaca artikel asal klik di sini.

Rakyat Malaysia di Jakarta diancam buluh runcing

JAKARTA: Jabatan Penuntut Malaysia di sini, hari ini menasihati semua pelajar Malaysia di seluruh Indonesia supaya sentiasa berhati-hati memandangkan kebencian segelintir rakyat negara itu yang semakin memuncak berikutan penyebaran pelbagai fitnah oleh media massanya kebelakangan ini.

Jabatan itu telah menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) bagi menasihati semua pelajar Malaysia di sini khasnya agar jangan sekali-kali melalui Jalan Diponegoro bagi mengelak kejadian yang tidak diingini.

Kebencian mereka itu memuncak kepada tahap yang serius dan menakutkan berikutan media tempatan baru-baru ini menyiarkan berita dan visual lebih 360 sukarelawan ilmu kebal yang dilaporkan sudah mendaftar dan bersedia untuk mengganyang Malaysia.

Kebencian mereka itu memuncak lagi apabila hari ini terdapat sekumpulan orang yang menggelar diri mereka sebagai Benteng Demokrasi Rakyat (BENDERA) mula bertindak liar dengan mengugut rakyat Malaysia dengan buluh runcing di Jalan Diponegoro.

Dilaporkan bahawa 50 anggota BENDERA yang bersenjatakan buluh runcing (buluh yang ditajamkan hujungnya) memaksa orang ramai yang melalui jalan itu menunjukkan tanda pengenalan mereka dan jika kebetulannya orang berkenaan seorang rakyat Malaysia maka orang itu akan terus ditahan.

Tindakan mereka mengambil undang-undang di tangan sendiri dilaporkan media massa online tempatan termasuk detikcom.

Sebelum ini, pernah rumah kediaman yang disewa pelajar Malaysia di Universiti Gadjah Mada, Yogyakarta dibaling telur busuk oleh kumpulan yang berdemonstrasi terdiri daripada sekumpulan mahasiswa tempatan kerana marahkan Malaysia yang difitnah sebagai mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali.

Berikutan isu itu yang terus diapi-apikan media massa tempatan dan dikaitkan pula dengan isu-isu lampau yang diungkit semula, beberapa kumpulan rakyat Indonesia juga berdemonstrasi di depan Kedutaan Besar Malaysia di sini.

Walaupun penafian telah dibuat bahawa Malaysia tidak pernah "mencuri" tarian itu untuk iklan video klip promosi pelancongan negara yang sebenarnya dibuat sebuah syarikat swasta yang berpejabat di Singapura, namun hakikat itu "jatuh ke telinga yang tuli dan mata yang buta".

Anehnya, sebuah stesen TV yang baru saja menyiarkan program dialog di mana seorang pegawai tinggi Kementerian Luar Indonesia memberikan penjelasan bahawa Malaysia tidak pernah mengakui Pendet sebagai tarian berasal dari Malaysia, namun stesen TV yang sama juga kemudian mengulangi lagi tuduhan yang serupa.

Laman web okezone pula melaporkan bahawa anggota BENDERA ada memeriksa lebih daripada 100 orang.

Bagaimanapun, detikcom melaporkan bahawa tiada seorang pun rakyat Malaysia yang kebetulan melalui jalan itu dan tindakan yang dikatakan akan dilakukan selama sejam, berakhir hanya selepas setengah jam. - Bernama

Isnin, 7 September 2009

SEJARAH HITAM ISLAM - PERANG SIFFIN. (Part 2)

Sebelum Saidina Uthman Bin Affan dibunuh, dia sempat membaca surah-surah dari al-Qur’an. Dan riwayat menyatakan Saidina Uthman mati dibunuh dalam keadaan sedang membaca al-Qur’an. Baju yang dipakai oleh Saidina Uthman semasa dia dibunuh dan jari-jari isteri Saidina Uthman yang putus akibat ditetak oleh pemberontak semasa mempertahankannya dibawa oleh seorang sahabat Nabi SAW yang bernama Nu’man bin Basyir ke Syam dan dipersembahkan kepada Gabenor Syam. Ketika itu, posisi Gabenor Syam dipegang oleh Muawiyyah bin Abi Sufian, yang juga merupakan sepupu kepada Saidina Uthman bin Affan.

Kemudian, Muawiyyah meletakkan baju yang berdarah dan jari-jari isteri Saidina Uthman tadi di atas mimbar masjid supaya dapat dilihat oleh penduduk Syam. Melihat keadaan ini, semua penduduk Syam menangis mengenangkan peristiwa pembunuhan Saidina Uthman. Lalu, penduduk Syam yang tidak berpuas hati menggesa Khalifah mengambil tindakan Qisas terhadap pembunuh Saidina Uthman.

Ketika itu, posisi khalifah yang kosong diganti oleh Saidina Ali bin Abi Thalib Kamarallahu Wajhah. Apabila Saidina Ali diangkat menjadi khalifah, dia dituduh lambat mengambil tindakan terhadap pemberontak yang membunuh Saidina Uthman, sehingga riwayat mengatakan bahawa setelah lapan bulan berlalu, Khalifah masih belum mengambil tindakan.

Namun, hakikatnya bukan begitu. Saidina Ali bukanlah tidak mahu bertindak, tetapi dia berijtihad bahawa tindakan yang akan diambil tidak boleh dilakukan dengan tergesa-gesa dan ijtihadnya ini bersandarkan kepada sabda Rasulullah SAW yang berbunyi :
“Gopoh-gapah (tergesa-gesa) itu dari syaitan, dan tenang itu dari Allah”.

Saidina Ali tidak mahu terjadi kesilapan dalam menjatuhkan hukuman. Maka siasatan yang teliti perlu dijalankan. Selain itu, Saidina Ali juga memerlukan masa untuk memahami urusan pentadbiran yang baru dipegangnya.

Tetapi, situasi ini telah dimanipulasi oleh Abdullah bin Tsaba’. Dia menyebarkan fitnah di kalangan penduduk Syam mengatakan bahawa Saidina Ali Bin Abi Thalib bersubahat di dalam peristiwa pembunuhan Saidina Uthman. Oleh kerana itu, dia berlengah-lengah dalam mengambil tindakan terhadap pembunuh Saidina Uthman.

Di Madinah pula, timbul cerita mengatakan bahawa Muawiyah dan penduduk Syam tidak mahu membai‘ah dan mengakui Saidina Ali Karamalluwajhah sebagai Khalifah. Apabila keadaan semakin tegang, tampil dua sahabat Nabi SAW untuk meredakan keadaan. Sahabat tersebut ialah Abu Umamah al-Bahili dan Abu Dharda RA. Mereka berdua pergi ke Syam untuk bertemu dengan Muawiyah.

Setibanya mereka di hadapan Muawiyah, mereka pun berkata, “Wahai Muawiyah.. Mengapakah kamu tidak mahu bai‘ah dan mengakui Saidina Ali sebagai Khalifah yang ke-empat? Lupakah kamu tentang siapakah Saidina Ali itu? Bukankah kamu tahu bahawa Ali Bin Abi Thalib merupakan orang yang terawal memeluk Islam, lebih awal dari kamu dan dan lebih awal dari bapak kamu memeluk Islam. Adakah kamu lupa bahawa Saidina Ali itu merupakan sepupu dan juga menantu kepada Nabi SAW?”

“Wahai Muawiyah.. jangan kamu lupa siapa sebenarnya Saidina Ali, dan dengan segala keistimewaan yang ada pada dia, sesungguhnya dia layak untuk menjadi Khalifah. Maka kenapa kamu tidak mahu bai‘ah kepadanya?”

Mendengarkan pertanyaan dari sahabatnya itu, lalu Muawiyah menjawab: “Janganlah kamu salah faham. Sesungguhnya, aku bukan tidak mengakui Saidina Ali sebagai Khalifah. Sememangnya dia layak menjadi khalifah dan sememangnya aku tidak layak. Tetapi, aku tidak puas hati kerana dia tidak mengambil tindakan terhadap pembunuh Saidina Uthman. Aku tidak berpuas hati pembunuh Uthman dibiarkan bebas. Aku berijtihad bahawa hukuman Qisas mesti dijatuhkan kerana orang ini telah membunuh Uthman. Aku mahukan ini bukan kerana Uthman sepupu aku, tetapi Uthman itu seorang yang baik dan dia tidak patut dibunuh”.

Namun jawapan yang diberikan tidak mampu menenangkan keadaan. Fitnah dan khabar angin terus menular. Akhirnya, apabila mendengar bahawa Muawiyah tidak mahu membai‘ah kepadanya, lalu Saidina Ali bersama dengan angkatan perang yang terdiri daripada 150,000 orang tentera menuju ke Syam.

Setelah menerima berita mengatakan terdapat angkatan perang dari Madinah sedang menuju ke Syam, lalu Muawiyah mengutuskan angkatan perangnya dengan kekuatan 130,000 orang tentera.

Akhirnya kedua-dua angkatan perang ini bertemu di satu lembah yang bernama Lembah Siffin. Dan di sinilah terjadinya pertumpahan darah besar yang tercetus sesama umat Islam. Ramai dari kalangan sahabat Ridhuanullah ‘Alaihim Ajma‘in di mana di dalam dada mereka tersemat 30 Juz Kalam Ilahi gugur di dalam peperangan ini. Antara sahabat yang gugur di dalam perang ini yang diriwayatkan di dalam sejarah ialah az-Zubair, Talhah dan ‘Ammar Bin Yasir RA...


.................................................................................


Sahabat-sahabat yang ana kasihi sekalian. Di dalam sebuah hadith, Rasulullah SAW pernah bersabda:
“Apabila pintu yang kukuh itu dirobohkan, akan bermulalah fitnah yang besar di alam Islam ini”.

Lalu Saidina Umar al-Khattab bertanya kepada Nabi SAW,
“Ya Rasulullah, siapakah pintu yang kukuh itu?”

Baginda SAW bersabda,
“Engkau”.

Sesungguhnya, terbukti kebenaran sabda Nabi SAW. Bermula dari pembunuhan Saidina Umar al-Khattab, pelbagai fitnah yang timbul, dan dalang yang berada di belakang fitnah ini adalah munafik, yang mengaku Islam tetapi sebenarnya berpura-pura masuk Islam dengan tujuan untuk merosakkan Islam.


...............................................................................


Sahabat-sahabat sekalian, ana berpesan kepada diri ana dan dan kalian semua. Jangan sesekali timbul di hati kita prasangka yang tidak baik terhadap para Sahabat Ridhuanullah ‘Alaihim Ajma‘in. Mereka merupakan golongan yang sangat hebat dalam memperjuangkan Islam. Jika tidak diatas usaha dan pengorbanan mereka, tidak mungkin kita dapat menikmati nikmat Islam dan Iman pada hari ini. Nabi SAW bersabda,
"Janganlah kalian sekali-kali mencerca sahabatku, jika seandainya ada diantara kalian menginfakkan emas sebesar gunung uhud, tidak akan mampu mencapai satu secupak yang mereka infakkan, bahkan tidak pula setengahnya.”
(Hadith Sahih Riwayat al-Bukharie)



Imam Al-Lalika`i Rahimahullah meriwayatkan di dalam as-Sunnah (no. 2359) bahwa Imam Abu Abdillah Ahmad bin Muhammad al-Hanbal Rahimahullah berkata,
“Jika kau melihat seorang berbicara buruk tentang Sahabat, maka ragukanlah keislamannya.”


Apabila kita menulusuri Peristiwa Perang Siffin, jangan sesekali timbul di benak kita mengatakan Muawiyah seorang sahabat yang jahat. Di sini ana kongsikan dua buah hadith untuk renungan kita bersama.


Daripada Ummu Haram binti Milhan, dia berkata:
“Aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
“Tentera yang mengangotai Angkatan Laut Islam yang pertama, mereka semuanya WAJIB MASUK SYURGA.”

Lalu aku bertanya kepada Rasulullah,
“Ya Rasulullah, adakah saya berada di bersama dalam Angkatan Laut Islam yang pertama ini?”

Rasulullah SAW menjawab,
“Ya, kamu bersama di dalamnya”

Kemudian, Baginda SAW bersabda,
“Tentera yang mula-mula terlibat di dalam perang di Bandar Qaisar, mereka itu diampunkan dosanya oleh Allah SWT”

Kemudian aku bertanya kepada Rasullulah,
“Adakah saya terlibat di dalam pasukan perang ini ya Rasulullah?”

Rasulullah SAW menjawab,
“Tidak”
(Hadith Sahih Riwayat al-Bukharie)



Keterangan:
- Ummu Haram merupakan ibu saudara kepada Anas Bin Malik, khadam kepada Nabi SAW. Namanya tercatat di dalam sejarah sebagai wanita yang banyak berkorban di dalam perjuangan Islam.
- Semasa hadith ini dikeluarkan, tentera Islam hanya terdiri daripada tentera darat. Armada Laut Islam yang pertama dibentuk semasa pemerintahan Saidina Umar al-Khattab sebagai Khalifah, dimana angkatan ini belayar ke Cyprus untuk melebarkan empayar Islam ke sana. Ummu Haram ada bersama di dalam peperangan ini, dan panglima perang yang mengepalai Armada Laut Islam yang pertama ini adalah Muawiyah bin Abu Sufian RA. Selain itu, isterinya juga turut terlibat di dalam perang ini.

Di dalam sebuah hadith yang lain, Rasulullah SAW pernah mendoakan Muawiyah bin Abi Sufian,
“Ya Allah, ajarkan Muawiyah al-Kitab dan selamatkan dirinya dari siksa api neraka.”
( Hadith Riwayat Ahmad (IV/127) dan Ibnu Hibban (566))


Daripada hadith ini, menunjukkan bahawa Muawiyah merupakan sahabat yang telah dijanjikan syurga oleh Nabi SAW. Selain itu, Rasulullah juga telah memilih Muawiyah sebagai katibun wahyu. Hal ini membuktikan bahawa ternyata Muawiyah mempunyai kemuliaan dan keistimewaan. Jika tidak, mana mungkin Rasullullah SAW memilih beliau untuk menulis wahyu yang Allah turunkan kepada Baginda.

Sebagai kesimpulan, suka bagi ana untuk mengajak kita semua merujuk kepada apa yang dinyatakan oleh al-Hafizh Ibnu Katsiir Rahimahullah di dalam menilai kisah di sebalik Perang Siffin. Beliau berkata di dalam al-Ba’its al-Hatsits (hal. 182),
“Adapun perselisihan mereka selepas wafatnya Nabi SAW, yang di antara perselisihan tersebut, ada yang terjadi tanpa didasari oleh kesengajaan seperti peristiwa Jamal, ada diantaranya yang terjadi karena faktor IJTIHAD seperti peristiwa SIFFIN. Ijtihad itu BOLEH SALAH dan BOLEH BENAR. Namun, pelakunya dimaafkan jika ia salah, bahkan ia mendapat satu pahala. Adapun ijtihad yang benar, maka ia mendapat dua pahala.”

Allah SWT berfirman di dalam al-Qur’an,
“Dan orang-orang yang terdahulu yang mula-mula (berhijrah dan memberi bantuan) dari orang-orang "Muhajirin" dan "Ansar" dan orang-orang yang menurut (jejak langkah) mereka dengan kebaikan (iman dan taat), Allah redha akan mereka dan mereka pula redha akan Dia, serta Dia menyediakan untuk mereka Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya selama-lamanya; itulah kemenangan yang besar.”
(Surah at-Taubah;100)



Waallahu a’lam.


Ibnu Zukefeli,
17 Ramdhan 1430
Medan Indonesia.

* Hari ini dalam sejarah ( 17 Ramadhan ): Telah tercetusnya Perang BADAR Kubro pada tahun 2 Hijrah.

Selasa, 1 September 2009

IHRAM 09 (Ihya' Ramadhan)


Assalamualaikum wrb..

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian..


Dengan segala hormatnya BADAR -PKPMI-CM menjemput dan mempersilakan akhi dan ukhti sekalian untuk mengikuti Usrah Gabungan kali ke-4. Berikut merupakan maklumat lengkap mengenai acara yang bakal diadakan.


Hari : Ahad, 16 Ramadhan 1430 (6 September 2009)
Masa : 1300 WIB - selesai
Tempat : Ruangan Nazir Alwi, FKG USU


Tentatif Program :

1300-1600WIB
- Aqidah Islam dan Cabaran Semasa oleh Saudara Ahmad Aizatnur Bin Zakaria
- Penganalan Syariat Islam oleh al-Fadhil Ustaz Omar bin Md Rasid

1600-1630WIB
- Solat Asar Berjemaah

1645-1815WIB
- Penghayatan Budaya Ilmu oleh al-Fadhilah Ustazah Nor Ashikin Binti Abdul Majid

1830-selesai
- Ifthor Jama'ie (Majlis Berbuka Puasa) dan Solat Maghrib Berjemaah.


Bagi sahabat-sahabat yang mempunyai lebihan rezeki, kami mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari akhi dan ukhti untuk majlis berbuka puasa. Sumbangan bolehlah dibuat melalui :
- Amar FK 08 (+6285831698010)
- Najatul Taqirah FK 08 (+6283198827719)

Sekian, terima kasih.

Hormat kami,
BADAR PKPMI-CM.

Sabtu, 29 Ogos 2009

Manfaatkan Umurmu !!

"Barangsiapa yang tidak menyibukkan diri

dalam kebaikan niscaya akan disibukkan
dalam keburukan"

"Happy birthday to you..happy birthday to to you..”, begitulah ucapan yang sering kita terima setiap kali menyambut hari ulang tahun. Persoalannya, apakah benar kita bahagia? Apakah benar-benar kita telah berprestasi untuk memanfaatkan setiap detik usia muda kita?

Itulah yang sering kita lalaikan, merasa bertambah usia, padahal kontrak hidup kita semakin hari semakin sempit. Menurut Nabi SAW, rata-rata umur umatnya sekitar 60 tahun. Waktu kita sama sehari 24 jam. Tetapi kenapa prestasi yang dicapai oleh kita berbeza?

Perhatikan, masing-masing waktu kita sama: 60 saat dalam 1 minit, 60 minit dalam 1 jam dan 24 jam sehari, 7 hari seminggu dan seterusnya. Kalau umur kita 60 tahun, dan menjadikan 8 jam sehari untuk tidur, maka sepanjang umur 60 tahun kita telah menghabiskan 20 tahun hanya untuk tidur! Hitunglah sendiri kalau tidak percaya. Ini tidak termasuk makan, bermain, online internet, menegelamun, dan lain-lain. Na’uzubillahhi minzaalik.



Orang-orang cemerlang menyedari bahawa usia harus berkadar lurus dengan prestasi. Sejak awal mereka menapaki usianya untuk meraih prestasi. Diantaranya yang paling menonjpl adalah ditanamkan dan diwujudkan hafalan al-Quran sejak usia muda. Kalau sekarang sering terdengar ‘kempen nikah muda’, zaman salafus salih telah awal-awal mengkempenkan ‘hafal al-Quran dan mencintai ilmu’ di usia muda.


Nikah dini: dambaan kebanyakan remaja Islam


Imam Syafi’i misalnya, beliau telah menghafalkan al-Quran pada usia 9 tahun. Kemudian pada usia 10 tahun beliau telah menghafal isi kita Al Muwatha’ karangan Imam Malik yang berisi 1,720 hadis dengan sempurna. Para ahli hadis kebanyakannya telah mengahafal al-Quran pada usia muda dan mengkaji, menelaah, mentakhrij, menghafal dan menulis hadis di usia belasan tahun.

Usamah bin Zaid menjadi panglima perang usia 18 tahun. Muhammad bin Qasim menjadi panglima perang usia 17 tahun. Tharafah bin Al Abdu Syahid menjadi panglima perang dalam usia 26 tahun. Sementara saat ini banyak remaja dan pemuda pemudi Islam bukan sahaja jauh dari budaya mencintai ilmu dan menghafal al-Quran, malah ‘belum tahu siapa dirinya’!

Temukan jati dirimu!

Aku mesti Berubah !!!


Kembalilah kita bermuhasabah, apa yang telah, sedang dan akan kita lakukan dengan :

1. hidupmu sebelum matimu
2. sihatmu sebelum sakitmu
3. kelapangan sebelum sibukmu
4. mudamu sebelum tuamu
5. kayamu sebelum miskinmu

Inilah yang dianjurkan Nabi SAW. Contohi juga para ulama’ besar kita dalam menggunakan waktu. Mereka menggunakan setiap kesempatan menuntut ilmu sehingga kesempitan, ketertindasan bahkan penjara menjadi madrasah bagi mereka. Bila para ulama’ belajar untuk menghasilkan karya dan menghafalnya, sayang sekali kita sekadar membaca karya mereka pun susahnya bukan main. Apalagi untuk menghafal dan menghasilkan karya besar. Inilah something wrong yang harus kita temukan jawapanya dan kita ubah paradigmanya.


Wallahu 'alam


oleh: Wan Mohd Suhafifi bin Sukri


Ahad, 23 Ogos 2009

SEJARAH HITAM ISLAM - PERANG SIFFIN. (Part 1)


Sahabat-sahabat sekalian, pernahkah anda membaca mana-mana buku tentang sejarah Islam, lalu timbul di hati kita satu spekulasi yang tidak baik terhadap sahabat-sahabat Baginda SAW?

Sebagai contoh, catatan sejarah mengenai Perang Siffin, di mana perang ini tercetus di antara Khalifah Saidina Ali Karamallahu wajhah dan Muawiyah Bin Abi Sufian Radiallahu anhu. Benarkah perang ini tercetus kerana Muawiyah RA hendak merebut kuasa pemerintahan seperti yang diolah oleh sebahagian catatan sejarah? Atau ianya adalah sebahagian dari dakyah musuh Islam supaya umat islam hari ini memandang rendah kepada para Sahabat Ridhuanullah ‘Alahim Ajma‘in?

Setelah memahami serba sedikit mengenai peritiwa Perang Sfifin, ana berasa terpanggil untuk berkongsi dengan sahabat-sahabat sekalian mengenai kisah ini.

Tetapi, sebelum itu, suka bagi ana untuk mengemukakan beberapa Hadith Nabi SAW, kerana bagi hemat ana, hadith ini berkait dengan kisah yang bakal kita sama-sama telusuri nanti.

Dari Abi Musa RA, katanya:
“Aku duduk bersama-sama Nabi SAW di dalam sebuah pondok di sebuah kebun dari kebun-kebun di Madinah. Lalu, datang seorang lelaki meminta kebenaran untuk masuk duduk bersama Nabi SAW dan aku. Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai Abu Musa, bukakanlah pintu dan izinkan dia masuk, dan khabarkan kepadanya satu berita baik, yakni dia AHLI SYURGA”.

Maka aku pun bukakan pintu, dan aku nampak Saidina Abu Bakar as-Siddiq RA. Kemudian aku khabarkan padanya berita baik itu, lalu dia mengucap “Alhamdulillah..”

Selepas beberapa ketika, datang lagi seorang lelaki, meminta kebenaran untuk masuk. Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai Abu Musa, bukakanlah pintu dan izinkan dia masuk, dan khabarkan kepadanya satu berita baik, yakni dia AHLI SYURGA”.

Maka aku pun bukakan pintu, dan aku nampak Saidina Umar al-Khattab RA. Kemudian aku khabarkan padanya berita baik itu, lalu dia mengucap “Alhamdulillah..”

Kemudian datang lagi seorang lelaki, meminta kebenaran untuk masuk duduk bersama kami. Lalu Rasulullah SAW bersabda:

“Wahai Abu Musa, bukakanlah pintu dan izinkan dia masuk, dan khabarkan kepadanya; dia dijanjikan menjadi AHLI SYURGA, DI ATAS UJIAN YANG DIA TERPAKSA TANGGUNG, SEBELUM DIA MATI”.

Lalu aku bukakan pintu, dan aku nampak Saidina Uthman Bin Affan RA. Kemudian aku khabarkan padanya berita dari Nabi SAW itu, lalu dia mengucap “Alhamdulillah..” Kemudian dia berkata, “Allah SWT lah yang akan menjadi penolong aku di saat aku menghadapi ujian sebelum aku mati”.
(Hadith Sahih, Riwayat al-Bukhari)




Dari Anas bin Malik RA, katanya:
“Satu hari aku dengan Nabi SAW dan beberapa sahabat lain, sedang berdiri di atas Bukit Uhud. Bersama dengan kami ialah Abu Bakar as-Siddiq, Umar al-Khatab dan Uthman bin Affan. Tiba-tiba Bukit Uhud bergoyang (seakan terjadi gempa), lalu Nabi SAW berkata, “Tenang kamu Uhud!”, dan dengan serta merta Bukit Uhud berhenti bergoyang. Kemudian Nabi SAW bersabda;

“Wahai Uhud! Yang berada di atas kamu sekarang ini bukanlah orang lain tetapi Nabi, Siddiq (Saidina Abu Bakar as-Siddiq) dan Syahidani (dua orang yang bakal mati syahid, iaitu Saidina Umar al-Khattab dan Saidina Uthman Bin Affan).”

(Hadith Sahih, Riwayat al-Bukhari)


(P/S - Di dalam riwayat lain menyatakan bahawa Anas Bin Malik RA tidak berada bersama Nabi SAWdi atas Bukit Uhud, tetapi dia hanya meriwayatkan hadith ini.
- Hadith ini terbukti kebenarannya selepas kewafatan Nabi SAW. Saidina Umar al-Khattab RA mati ditikam oleh Abu Luklu‘ah ketika mengimamkan solat subuh, dan Saidina Uthman Bin Affan RA mati dibunuh oleh pemberontak pada zaman pemerintahannya)



Daripada Saidatina Aisyah RA, katanya:
“ Peristiwa ini berlaku di rumah aku, ketika itu Nabi SAW sedang tenat (hampir wafat). Nabi SAW berkata, “Aku teringin sangat, kalau boleh, beberapa sahabat berada bersama aku ketika ini”.

Lalu Saidatina Aisyah RA bertanya, “ Ya Rasulullah, mahukah kamu kami panggilkan Abu Bakar ke mari?”
Nabi SAW diam tidak berkata-kata.

Seterusnya, Saidatina Aisyah RA bertanya, “ Ya Rasulullah, mahukah kamu kami panggilkan Umar al-Khatab ke mari?”
Nabi SAW juga diam tidak berkata-kata.

Kemudian Saidatina Aisyah RA bertanya lagi, “ Ya Rasulullah, mahukah kamu kami panggilkan Uthman Bin Affan ke mari?”
Lalu Nabi SAW berkata, “Ya, panggil dia ke mari”.

Maka Saidina Uthman pun dipanggil lalu dia datang kepada Nabi SAW dengan segera.

Seterusnya Saidatina Aisyah berkata, “Kami tinggalkan Nabi SAW dan Saidina Uthman bersendirian. Setelah kami berada agak jauh, kami nampak Nabi SAW memberitahu sesuatu kepada Saidina Uthman dan tampak perubahan pada riak wajahnya. Dan tidak ada seorang pun mengetahui apakah yang Nabi SAW sampaikan kepada Saidina Uthman ketika itu”

Setelah lama dari saat itu, barulah kami ketahui apa yang sebenarnya Nabi SAW khabarkan kepada Saidina Uthman. Hal ini diceritakan oleh Abu Sahla (hamba Saidina Uthman yang dimerdekakan).

Kata Abu Sahla:
“Pada hari Saidina Uthman dikepung oleh pemberontak yang hendak membunuhnya, ketika itu Saidina Uthman masuk ke rumahnya dan menjeguk melalui tingkap dan berkata,

“Kenapa kamu hendak membunuh aku? Apa yang telah aku lakukan sehingga aku halal dibunuh? Adakah aku pernah membunuh orang sehingga kamu boleh menuntut untuk membunuh aku?”.

Tetapi pemberontak ini tidak menghiraukan pertanyaan Saidina Uthman, lalu mereka naik ke bumbung rumah bersebelahan, dan melompat masuk ke dalam rumah Saidina Uthman lalu mereka menikamnya. Sebelum Saidina Uthman meninggal dunia, dia berkata, “ Sesungguhnya, sebelum Nabi SAW wafat, Nabi ada memberitahu aku suatu janji, dan sekarang aku menuju kearah janji Nabi SAW itu”, dan kata-kata Saidina Uthman itu didengari oleh aku (Abu Sahla)”.

(Hadith Riwayat Imam Ibnu Majjah)



Inilah kisah yang berlaku kepada Saidina Uthman Bin Affan RA, Khalifah yang ketiga di dalam zaman pemerintahan Khulafa ar-Rasyidin, dan kisah inilah yang memicu kepada terjadinya Perang Sifin.

Sebenarnya, pemberontakan yang terjadi pada zaman Saidina Uthman telah didalangi oleh seorang munafik berbangsa Yahudi yang berpura-pura memeluk Islam. Munafik ini bernama Abdullah bin Tsaba’, berasal dari Sam‘ah, ibu negeri Yaman. Dia menjelajah ke seluruh tempat dengan satu tujuan; menyebarkan fitnah memburukkan Saidina Uthman. Pengaruhnya tersebar luas ke Mesir, Kuffah dan Basrah, sehingga orang yang tidak mengenali Saidina Uthman juga turut membencinya kerana semata-mata percaya kepada dakyah Abdullah Bin Tsaba’.

Banyak tuduhan dan yang mereka lemparkan terhadap Saidina Uthman. Antaranya ialah :
1) Mereka menyatakan bahawa Saidina Uthman mengubah sunnah Nabi SAW. Hal ini timbul apabila pada suatu suatu hari, Saidina Uthman yang tinggal di Madinah datang ke Mekah. Apabila sampai di Mekah, dia tidak menunaikan solat secara Jamak dan Qasar seperti yang menjadi sunnah Nabi SAW apabila Baginda bermusafir, sebaliknya dia menunaikan solat secara Tamam. Lalu mereka menuduh dia tidak mengikuti sunnah Nabi SAW, maka dia tidak layak untuk menjadi Khalifah menggantikan Saidina Umar al-Khattab.

2) Mereka mengatakan Saidina Uthman telah melakukan bid’ah besar, dimana dia telah mengumpulkan al-Qur’an menjadi satu mushaf sehingga dinamakan Mushaf Uthmani. Sedangkan pada zaman Nabi SAW, Baginda tidak pernah menyatukan al-Qur’an menjadi satu mushaf.

3) Mereka juga menuduh Saidina Uthman yang apabila dia menjadi Khalifah, dia melantik pegawai-pegawai yang muda.

4) Mereka mengatakan apabila Saidina Uthman menjadi Khalifah, adik beradiknya menjadi kaya.

Oleh kerana hasutan ini semakin menular ke dalam masyarakat, akhirnya Saidina Uthman RA menyeru masyarakat supaya berkumpul, lalu dia menjawab segala tuduhan yang dilemparkan kepadanya. Berkata Saidina Uthman RA,

“Kamu menuduh aku tidak menghidupkan sunnah Nabi SAW kerana aku menunaikan solat Tamam. Aku bukan tidak mahu menunaikan solat secara Jamak dan Qasar, tapi aku orang Mekah. Walaupun sampai hari ini aku tinggal di Madinah, tapi aku masih ada rumah di Mekah. Isteri aku juga orang Mekah. Jadi, aku menganggap apabila aku datang ke Mekah, bermakna aku pulang ke kampung halaman. Maka aku menunaikan solat secara Tamam. Bukannya aku menafikan orang yang bermusafir tidak boleh solat secara Jamak dan Qasar.”

“Seterusnya kamu tuduh aku melakukan bid’ah yang besar kerana mengumpulkan al-Qur’an menjadi satu mushaf, sedangkan proses mengumpulkan al-Qur’an ini telah bermula sejak zaman Saidina Abu Bakar as-Siddiq lagi, kemudian diteruskan pada zaman Saidina Umar al-Khattab. Aku hanya menyempurnakan sahaja tugasan ini dan ia dibukukan pada zaman aku.”

“Kamu menuduh aku melantik pegawai-pegawai muda apabila aku menjadi Khalifah. Tidakkah kamu sedar bahawa bukan hanya aku, Saidina Abu Bakar atau Saidina Umar sahaja yang melantik pegawai-pegawai muda, bahkan Nabi SAW pun pernah melantik Usamah Bin Zaid (anak kepada anak angkat Nabi SAW; Zaid Bin Harithah) yang masih muda untuk mengepalai satu angkatan perang. Aku tidak berbuat salah dengan melantik orang muda, apatah lagi pegawai muda yang aku lantik, bukan kerana umur yang aku nilai, tetapi kebolehan yang ada pada mereka.”

“Kamu tuduh aku apabila aku menjadi Khalifah, adik beradik aku menjadi kaya. Sekarang aku jelaskan pada kamu. Pada hari pertama aku dilantik menjadi khalifah, akulah orang Arab yang paling kaya, yang mempunyai unta dan kambing yang paling banyak di Madinah. Adik beradik aku menjadi kaya bukan disebabkan harta rakyat yang aku ambil, malah aku tidak mengambil harta rakyat satu pun, sebaliknya harta aku yang aku beri pada mereka.”

“Ternyata tuduhan kamu terhadap aku merupakan satu fitnah semata-mata!”

Semasa Saidina Uthman menjawab semua tuduhan yang dikenakan kepadanya, tiada siapa pun yang bangun menentang untuk membuktikan kebenaran tuduhan mereka. Tetapi, dakyah Abdullah bin Tsaba’ telah meresap jauh ke dalam hati pemberontak sehingga mereka tetap bertekad untuk membunuh Saidina Uthman.

Maka akhirnya, Saidina Uthman Bin Affan Radiallahu anhu, mati dibunuh.


Bersambung....

Ibnu Zukefeli,
Medan, Indonesia.
2 Ramadhan 1430H

Jumaat, 21 Ogos 2009

Kalendar Akademik USU 2009/2010






Ini merupakan kalendar akademik USU bagi sesi 2009/2010.
(yang ana edit skit supaye senang nk tgk).

Semoga bermanfaat bagi sahabat-sahabat yang sedang merancang aktiviti untuk persatuan, atau dah merancang untuk beli tiket balik cuti =).

Di kesempatan ini juga, semperna ketibaan Bulan Ramadhan yang penuh barakah nanti, ana ingin memohon kemaafan dari sahabat-sahabat sekalian jika ana ada melakukan kesalahan, baik yang ana sedari atau yang tidak ana sedari.

Semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyu', diberkati dan dirahmati Allah SWT, insyaAllah..

SELAMAT BERPUASA..
MARHABAN YA RAMADHAN..

sumber: http://www.usu.ac.id/academic-calendar.html

Ibnu Zukefeli,
Medan, Indonesia.
30 Sha'ban 1430

Selasa, 7 Julai 2009

Konsert Antara Dunia 09






Pengenalan Konsert

Konsert ini yang dinamakan KONSERT ANTARA DUNIA 09 merupakan cetusan idea dari Ahli Jawatankuasa Konsert GAMIS dan Rabbani Productions Sdn Bhd. Julung - julung pertama kalinya dilaksanakan oleh ahli GAMIS yang terpanggil untuk memberi kesedaran kepada masyarakat dalam menghayati erti sebenar kemanusiaan sebagai seorang Muslim. Muzik dilihat sebagai elemen yang dekat di hati masyarakat dan medan menyebarkan dakwah masa kini di samping mempamerkan kesenian Islam.

Info Konsert
Tema
Menyemarak Kebangkitan, Meneraju Ummah

Tarikh & Masa
1 Ogos 2009 (Sabtu) ; 7.00 malam - 11.00 malam

Tempat
Stadium Malawati, Shah Alam

Anjuran :
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS)

Dengan Kerjasama :
Rabbani Productions (M) Sdn Bhd

Harga Tiket:
RM 10 (Biasa)
RM 30 (Sederhana)
RM 50 (VIP)

Talian Tiket :
Abdul Qahhar : 013-6288614
Ummu Syazwina : 013-2042597


Ibnu Zukefeli

Selasa, 9 Jun 2009

Rakaman Audio Siri Kuliah Kitab Bahrul Mazi, Muhimmah fi Ilmil Hadith & Tafsir Nurul Ihsan

Assalamualaikum wrb..
Sahabat-sahabat yang dikasihi sekalian..


Alhamdulillah..
Setelah kita berjuang selama satu semester dalam menuntut ilmu Fardhu Kifayah,
Akhirnya, cuti semester yang kita tunggu-tunggu hampir tiba..

Dan..

Alangkah baiknya jika kita cuti yang kita bakal tempuhi nanti kita..

Kita isi dengan mendengar rakaman kuliah-kuliah agama yang membahaskan tentang ilmu Farhu Ain pula di mana, setiap dari kita yang mengaku sebagai individu muslim wajib mempelajarinya.


Alhamdulillah..

Pihak BADAR PKPMI-CM telah berjaya mengumpulkan rakaman-rakaman kuliah agama yang disampaikan oleh al-Fadhil Datuk (Ustaz) Shamsuri Bin Ahmad, di mana beliau menggunakan Kitab Bahrul Mazi, Kitab Muhimmah fi Ilmil Hadith dan Tafsir Nurul Ihsan.


Untuk sahabat-sahabat yang berminat, sila membuat tempahan melalui email ibnu_zukefeli@yahoo.com. Tiada sebarang bayaran dikenakan.


Di sini suka saya untuk memperkenalkan sedikit latar belakang penulis kitab Bahrul Mazi iaitu Syeikh Idris al-Marbawi.



Sheikh Al-Marbawi - Tokoh Persuratan Arab-Melayu


"Allahyarham Syeikh Mohd Idris bin Abdul Rauf al-Marbawi adalah seorang ulamak besar yang tidak asing lagi bukan saja di Nusantara malahan di Mesir dan Makkah terutamanya dalam bidang Bahasa Arab, Ilmu Hadis, Tafsir dan Fiqah.

Beliau telah dilahirkan pada tahun 1893 dan secara tepatnya pada tahun 28 Zulkaedah 1313 Hijrah di Makkah. Setelah lama berada di Makkah, keluarganya mengambil keputusan untuk kembali ke Malaysia iaitu pada tahun 1913 bersamaan tahun 1333 Hijrah. Sekembalinya ke Tanah Melayu, Allahyarham Syeikh Mohd Idris al-Marbawi mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Lubuk Merbau, Perak. Seterusnya beliau melanjutkan pengajian di beberapa buah sekolah pondok di Kuala Kangsar, Kedah, Bukit Mertajam dan Kelantan. Sejak dari kecil lagi, al-Marbawi telah menunjukkan kemampuan akademiknya yang memberangsangkan. Ketika berusia sepuluh tahun, beliau telah menamatkan pengajian hafalan al-Quran. Ketika berusia 10 tahun juga, beliau telah mampu menghafaz sebanyak 10 juzuk Al Quran di samping beberapa buah kitab lain.

Kecenderungan ilmiah yang tertambat kukuh dalam jiwanya telah mendorong beliau menuntut ilmu di pondok-pondok yang merupakan institusi pendidikan Islam yang terpenting di alam Melayu pada ketika itu. Antaranya Pondok Syeikh Wan Muhammad di Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Pondok Tuan Hussain Al-Masudi, di Kedah, Pondok Syeikh Ahmad Fatani di Bukit Mertajam dan Pondok Tok Kenali di Kelantan.

Melihat kepada kemampuan akademik dan minatnya kepada ilmu Islam, ayahanda beliau mengesyorkannya agar menyambung pengajian ke timur tengah sama ada ke Mesir ataupun kembali semula ke Mekah. Lalu, pada tahun 1924, beliau telah melanjutkan pelajaran di Universiti al-Azhar, Mesir. Beliau sempat bertugas sebagai guru agama di Perak sebelum menyambung pengajiannya ke Universiti al-Azhar.

Al-Marbawi di Mesir

Di Mesir, beliau menggondol kejayaan yang membanggakan dengan memperoleh ijazah 'Aliyah (tertinggi) dari universiti al-Azhar. Sebenarnya al-Marbawi merupakan anak kelahiran Perak yang pertama meneroka pengajian Islam di Mesir.

Sebagai angkatan pertama yang baru mengenal suasana di sana, al-Marbawi mendapati masalah komunikasi dengan bahasa Arab menjadi masalah utama dalam kalangan anak Melayu. Bermula dari sinilah timbul idea untuk menyusun sebuah kamus Arab-Melayu dan usaha tersebut telah dimulakan secara kolektif bersama lima orang lagi rakannya. Tetapi usaha tersebut terpaksa disiapkan bersendirian lantaran penarikan diri rakan-rakannya. Walaupun bersendirian, beliau tetap nekad untuk menyiapkan kamus tersebut.

Akhirnya, kamus Arab-Melayu tersebut yang terkenal sebagai 'Kamus al-Marbawi' itu, berjaya disiapkan pada tahun 1927. Kamus itu diulang cetak berpuluh-puluh kali kerana sambutan yang amat menggalakkan dalam kalangan pelajar Asia Tenggara. Kamus al-Marbawi menjadi terkenal sehingga ke hari ini. Kejayaan menyusun kamus ini telah menjadi langkah pertama kepada al-Marbawi untuk mengorak langkah seterusnya dalam penghasilan karya Islam yang lain.

Sumbangan Karya al-Marbawi
Karya-karya al-Marbawi yang dihasilkan adalah melebihi 20 buah buah dalam pelbagai disiplin ilmu Islam. Ini sekaligus membuktikan al-Marbawi dalam pengajian ilmu-ilmu Islam.Walau bagaimanapun, kemasyhurannya lebih ditonjolkan dalam dunia persuratan Arab-Melayu berbanding disiplin ilmu yang lain. Apatah lagi, beliau pernah dianugerah Ijazah Kehormatan Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 1980. Anugerah yang diterima ini sebagai mengenang jasa yang diberikan oleh beliau dalam bidang persuratan Arab-Melayu.

Selain kamus Arab-Melayu, al-Marbawi juga telah menghasilkan karya yang penting dalam bidang hadith. Antara tulisan beliau dalam bidang ini ialah Bahr al-Madhi yang merupakan ringkasan dan ulasan kepada sunan al-Tirmidhi. al-Marbawi juga turut menterjemahkan ke dalam bahasa Melayu kitab Bulugh al-Maram iaitu sebuah karya hadith yang disusun berdasarkan bidang Fiqh oleh seorang tokoh Hadith tersohor iaitu Ibn Hajar al-Asqalany. Dua karya dalam bidang hadith berbahasa Melayu ini ialah antara karya yang penting, sulung, dan terbesar pernah dihasilkan oleh seorang ulama’ Nusantara.

Dalam bidang Tafsir al-Quran pula, beliau telah menulis tafsir Surah Yasin, Tafsir al-Quran al-Marbawi, Tafsir al-Quran Nur al-Yakin, Terjemahan Tafsir Fath al-Qadir, Tafsir Juz Amma, Tafsir Al-Fatihah, dan sebuah karya berjudul Quran Bergantung Makna.

Selain bidang tersebut, al-Marbawi juga telah menghasilkan tulisannya dalam bidang Fiqh, Aqidah, dan Falsafah. Antara tulisan beliau ialah kitab Asas Islam, Kitab Nizam al-Hayah, Kitab Pati Hukum-hukum Ibadah, Kitab Usul Islam Pada Membicarakan Mengambil Air Sembahyang, sebuah ensiklopedia yang dinamakan sebagai Kamus Segala Ilmu, karya berjudul Punca Agama, Perbendaharaan Ilmu, dan banyak lagi.

Kamus al-Marbawi dan Bahrul Madhi

Kitab yang paling tersohor yang telah dihasilkan oleh al-Marbawi ialah Kamus Arab-Melayu dan kitab Bahrul Madhi. Kedua-dua kitab ini digunakan sehingga ke hari ini. Antara keistimewaan kedua-dua hasil karya beliau ini adalah seperti berikut:-

Kamus al-Marbawi
Kamus ini merupakan kamus dwibahasa Bahasa Arab –Bahasa Melayu. Ia disusun dalam 2 jilid, iaitu jilid yang pertama bermula daripada huruf alif sehingga za'. Manakala jilid yang kedua bermula daripada huruf `ain sehingga ya'. Kamus ini mengandungi 18, 000 kata entri Arab dan 700 gambar. Ianya dicetak oleh Matba`ah Mustafa al-Babiy al-Halbi Wa Awladihi di Mesir. Kamus ini menjadi rujukan pelajar di Malaysia bagi setiap peringkat sama ada peringkat rendah, menengah mahu pun universiti.

2. Kitab Bahrul Mazi
Kitab Bahr al-Madhi merupakan salah satu sumbangan terpenting beliau dalam pengajian Hadith di Malaysia. Bahr al-Madhi ialah kitab hadith bertulisan jawi terbesar dan antara yang terawal pernah wujud di alam Melayu. Karya ini amat padat dan mendalam, bahkan dikatakan telah menampung kekosongan karya asli dalam bidang ilmu hadith di rantau ini. Karya ini memuatkan ulasan dan huraian hadith dalam bentuk fikah, aqidah, tasawuf, dan muamalat.

Kelainan dan keistimewaan kitab ini amat jelas, apatah lagi ulasan al-Marbawi mengikut acuan dan suasana masyarakat Malaysia. Karya ini memberikan nafas baru kepada pemahaman hadith-fiqh secara mendalam di samping mendidik masyarakat Malaysia tentang hubungan yang earat antara kedua-duanya.

Anugerah Yang Diterima Oleh al-Marbawi
Atas sumbangan dan jasanya yang besar dalam bidang keagamaan dan persuratan, maka pada tanggal 5 Julai 1980, Allahyarham dianugerahkan Ijazah Kehormat Doktor Persuratan oleh Universiti Kebangsaan Malaysia. Pada enam tahun berikutnya iaitu pada pada 1 Muharram 1408H beliau dinobatkan pula sebagai tokoh Maal Hijrah Malaysia yang pertama iaitu pada tahun 1408 Hijrah.

Tanggal 13 Oktober 1989 bersamaan 13 Rabiul Awal 1409 Hijrah telah meninggalkan kesedihan kepada rakyat Malaysia yang dahagakan ilmu dan sumbangan al-Marbawi apabila beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di Hospital Besar Ipoh pada jam 8.40 pagi. Pemergiannya pada usia 96 tahun itu telah disemadikan di pusara Kampung Lubuk Merbau, Perak.

Dan di sini saya selitkan sedikit tentang penerangan secara kasar tentang karyanya iaitu Kitab Bahrul Mazi.

Bahrul Mazi Karya Syeikh Idris al-Marbawi yang berupa hadis yang terkenal ialah Bahrul Mazi, judul lengkapnya Bahrul Mazi li Syarh Mutkhtasar Sahihit Tarmizi. Ia merupakan terjemahan kitab Sahih Tarmizi dan disyarah oleh beliau.
Terjemahan Sahih Tarmizi secara lengkap ini adalah merupakan yang pertama sekali dilaksanakan dalam bahasa Melayu.


Bahrul Mazi adalah karya besar yang terdiri daripada 22 jilid yang sudah diterbitkan. Maklumat ringkas tentang keseluruhan jilidnya, adalah seperti berikut:


- Jilid I : Tanpa menyebut tarikh. Tebal 227 halaman. Menerangkan bicara bersuci dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 126 hadis dan 591 masalah.


- Jilid II: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan bicara sembahyang dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 138 hadis dan 454 masalah.


- Jilid III: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 240 halaman. Menerangkan bicara sembahyang dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 161 hadis dan 558 masalah.


- Jilid IV: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan bicara sembahyang; zakat dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 115 hadis dan 519 masalah.


- Jilid V: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 208 halaman. Menerangkan bicara puasa dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 110 hadis dan 473 masalah.


- Jilid VI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan bicara haji dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 108 hadis dan 458 masalah.


- Jilid VII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan bicara umrah dan jenayah. Terdiri daripada 114 hadis dan 483 masalah.


- Jilid VIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan baki bab-bab jenayah dan membicarakan Kitabun Nikah. Terdiri daripada 99 hadis dan 330 masalah.


- Jilid IX: Tarikh selesai menulis malam Rabu, 29 Syawal 1357 H di rumah berdekatan Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Tebal 224 halaman. Menerangkan bab-bab talak, li’an dan jual beli. Terdiri daripada 117 hadis dan 226 masalah.


- Jilid X: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Menerangkan baki bab-bab jualan, bab-bab kadi, diat dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 180 hadis dan 259 masalah.


- Jilid XI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan korban, nazar-nazar, sumpah-sumpah, perjalanan Nabi dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 151 hadis dan 486 masalah.


- Jilid XII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Menerangkan perang sabil, pakaian, makanan dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 170 hadis dan 353 masalah.


- Jilid XIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Menerangkan minum-minuman, kebaktian, perhubungan rahim dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 152 hadis dan 472 masalah.


- Jilid XVI: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 224 halaman. Melengkapi atas baki bab-bab perhubungan rahim, perubatan, faraid, wala’, hibah, qadar dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 138 hadis dan 395 masalah.


- Jilid XV: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 248 halaman. Melengkapi bab-bab huru-hara, ta’bir mimpi dan saksi-saksi. Terdiri dari 105 hadis dan 301 masalah.


- Jilid XVI: Tarikh akhir Bab ar-Ru‘ya dan mengiringi bab-bab syahadah. Selesai malam Rabu, 21 Ramadan 1359 H/1940 M. Melengkapi atas bab-bab mimpi, saksi-saksi dan zuhud. Terdiri daripada 128 hadis dan 237 masalah.


- Jilid XVII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 232 halaman. Melengkapi atas bab-bab sifat kiamat; pelembut hati, wara’ dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 100 hadis dan 210 masalah.


- Jilid XVIII: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Melengkapi atas bab-bab sifat syurga, neraka, iman dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 109 hadis dan 210 masalah.


- Jilid XIX: Tanpa menyebut tarikh. Tebal 228 halaman. Melengkapi atas bab-bab ilmu, minta izin dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 148 hadis dan 266 masalah.


- Jilid XX: Tarikh dicatat oleh pengarangnya, katanya: “Telah selesai hamba daripada menulis dan mengarangkan juzuk yang kedua puluh ini dengan kurnia Allah SWT kemudian daripada tergendala mengarangnya 16 tahun. Iaitu mula perang Inggeris dengan Jerman dan Jepun dan Itali pada tahun 1949, dan sudah juzuk ini pada malam Rabu 25 Ramadan dan 1373 bersamaan 18 Mei 1955." Melengkapi atas baki bab-bab adab, misal-misal, bab-bab pahala Quran dan barang yang takluk dengannya. Terdiri daripada 127 hadis dan 311 masalah.


- Jilid XXI: Mulai penulisan pada hari Khamis, 26 Syaaban 1374 H/19 Mei 1955 M, dan diselesaikan pada 25 Rabiulakhir 1376 H/10 Disember 1955 M. Tebal 255 halaman. Melengkapi atas segala bab tafsir. Terdiri daripada 92 hadis dan 335 masalah.


- Jilid XXII: Dimulai 25 Rabiulakhir 1376 H/10 Disember 1955 M, dan selesai pada malam 2 Jamadilakhir 1377 H/24 Disember 1957 M. Tebal 242 halaman. Melengkapi atas tafsir setengah-setengah ayat di dalam surah al-Maidah dan lain-lainnya. Terdiri daripada 95 hadis dan 351 masalah.


Penerbitan keseluruhan diusahakan oleh Syarkah wa Maktabah wa Mathba’ah Mustafa al-Baby al-Halaby wa Auladuhu, Mesir, mulai tahun 1352 H/1933 M.


Pada kata aluan jilid pertama, pengarangnya menerangkan bahawa beliau telah belajar ilmu hadis daripada Sheikh Muhammad Ibrahim as-Samaluti, iaitu guru hadis yang mengajar berpuluh-puluh tahun di Jami’ Saiyidina Husein di Kaherah, Mesir. Bahawa ketika pulang ke rumah, beliau terus mencatat pelajarannya sehingga tersusunlah kitab besar Bahrul Mazi tersebut.

Sumber :

1) http://ulamanusantara.blogspot.com/2008/09/sheikh-idris-al-marbawi.html

2) http://kamsinah.multiply.com/journal/item/960/960



Ibnu Zukefeli.



Selasa, 2 Jun 2009

Bahasa Arab Bahasa Islam

Penulis: Ummu Ziyad
Muroja’ah: Ustadz Aris Munandar

Kemuliaan Bahasa Arab

Tahukah engkau saudariku, keutamaan bahasa arab sangatlah banyak. Sebagaimana perkataan Ibnu Katsir rahimahullah ketika menafsirkan surat Yusuf ayat 2, yang artinya,

“Sesungguhnya Kami telah jadikan Al-Qur’an dalam bahasa Arab supaya kalian memikirkan.”

Ia berkata, “Yang demikian itu (bahwa Al-Qur’an diturunkan dalam bahasa arab) karena bahasa arab adalah bahasa yang paling fasih, jelas, luas dan maknanya lebih mengena lagi cocok untuk jiwa manusia. Oleh karena itu, kitab yang paling mulia (yaitu Al-Qur’an) diturunkan kepada Rasul yang paling mulia (yaitu Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam) dengan bahasa yang paling mulia (yaitu bahasa arab), melalui perantara malaikat yang paling mulia (yaitu malaikat Jibril), ditambah kitab inipun diturunkan pada dataran yang paling mulia di atas muka bumi (yaitu tanah Arab), serta awal turunnya pun pada bulan yang paling mulia (yaitu Ramadhan), sehingga Al-Qur’an menjadi sempurna dari segala sisi.” (Tafsir Ibnu Katsir, Tafsir Surat Yusuf)

Bahasa Penduduk Surga

Suatu saat terjadi percakapan di antara seorang ustadz dan seorang pria.

A: Ustadz, katanya bahasa surga itu bahasa arab ya?
B: Katanya begitu pak… tapi haditsnya dho’if.

Tahukah engkau saudariku, memang banyak kita dengar perkataan bahwa bahasa arab adalah bahasa yang digunakan di surga. Namun ternyata tidak ada hadits shahih dari Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam tentang masalah ini sebagaimana dinyatakan Abu Shuhaib al-Karami yang mentahkiq kitab Mukhtashar Hadi al-Arwah karya Ibnu Qayyim Al-Jaujiyyah. Namun banyak atsar salaf yang menguatkan hal ini (bahasa penduduk surga adalah bahasa Arab). Wallahu a’lam bi shawab.

‘Afwan Jiddan (??)

Kalimat yang satu ini, rasanya sudah menjadi sebuah perkataan umum yang merebak dimana-mana. Secara kata perkata, memang terlihat benar, karena ‘afwan berarti maafkan aku, sedangkan jiddan artinya sungguh-sungguh/benar-benar.

Tahukah engkau saudariku, ternyata kalimat ‘afwan jiddan tidak dikenal dalam bahasa arab yang benar. Ini sama seperti seseorang yang belajar bahasa Inggris kemudian mengatakan, “My watch is dead”. Secara kata perkata memang benar, namun secara penggunaan bahasa asalnya, kalimat tersebut bukanlah kalimat yang benar.

Kata ‘afwan itu sendiri sebenarnya sudah merupakan sebuah permintaan maaf yang sangat. Jika dirinci, kata ‘afwan mempunyai kalimat lengkap Asta’fika yang artinya aku benar-benar minta maaf kepadamu. Nah, berarti maksud orang yang mengatakan ‘afwan jiddan bahwa ia minta maaf dengan sungguh-sungguh sebenarnya sudah diwakilkan dengan kata ‘afwan itu sendiri. Adapun kata dalam bahasa arab lainnya yang berarti maaf adalah aasif. Dan untuk kata ini (aasif) tidak terkandung makna permintaan maaf dengan sungguh-sungguh.

4 Nama Nabi

Tahukah engkau saudariku? Ternyata hanya ada 4 Nabi kita (yang disebutkan namanya dalam Al-Qur’an dan Sunnah) yang memiliki nama dari bangsa Arab murni, yaitu nabi kita Muhammad shallallahu’alaihi wa sallam, Shalih, Syu’aib dan Hud. Adapun nama-nama nabi lainnya merupakan nama ‘ajam (asing). Dan secara kaidah bahasa arab, antara nama asli Arab dan nama asing memberikan konsekuensi yang berbeda, yaitu untuk nama asing dalam penggunaannya tidak boleh diberi tanda tanwin. Masih penasaran? Ayo belajar bahasa arab…

Musyawarah Akbar (??)

Kadang aneh terlihat, ketika suatu spanduk dari organisasi Islam kemudian bertuliskan musyawarah akbar. Tahukah engkau saudariku, terdapat kesalahan penerapan kaedah bahasa arab dalam susunan tersebut.

Kata musyawarah (yang berasal dari bahasa arab) merupakan isim muannats (jenis kata feminin). Sedangkan kata akbar merupakan isim mudzakar (jenis kata maskulin). Dalam kaedah bahasa arab, tidak tepat jika memadankan dua kata (yang dinamakan na’at man’ut) dengan kata yang berlainan jenis. Maka yang benar adalah musyawarah kubro. Karena kata kubro merupakan isim muannats. Bingung? Ayo belajar bahasa arab…

Abu dan Ummu

Tahukah engkau saudariku, penggunaan Abu dan Ummu juga dipelajari dalam bahasa arab pada bab ‘Alam (nama). ‘Alam itu sendiri terbagi menjadi tiga bagian. Salah satunya adalah kun-yah. Kun-yah adalah nama yang diawali dengan lafazh Abu dan Ummu, seperti Abu Bakr, Ummu Kultsum dan sebagainya. Biasanya, kata yang digunakan setelah kata Ummu atau Abu adalah nama anak pertama dari sang pemilik nama. Namun, tidak berarti bahwa orang yang belum menikah bahkan anak-anak sekalipun tidak dapat menggunakan nama kun-yah. Sebagaimana Rasulullah shallallahu’alaihi wa sallam pernah memanggil seorang anak kecil dengan nama kun-yah, dalam hadits yang diceritakan oleh Anas radhiallahu ‘anhu,

“Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah orang yang paling baik akhlaknya. Dan aku memiliki seorang saudara yang biasa dipanggil dengan sebutan Abu ‘Umair. Beliau shallallahu’alaihi wa sallam datang, lalu memanggil: ‘Wahai Abu ‘Umair, apa yang sedang dilakukan oleh si Nughair kecil.’ Sementara anak itu sedang bermain dengannya.” (HR. Bukhari)

Pentingnya Belajar Bahasa Arab

Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullah berkata, “Bahasa arab itu termasuk bagian dari agama, sedangkan mempelajarinya adalah wajib, karena memahami Al-Quran dan As-Sunnah itu wajib. Tidaklah seseorang bisa memahami keduanya kecuali dengan bahasa arab. Dan tidaklah kewajiban itu sempurna kecuali dengannya (mempalajari bahasa arab), maka ia (mempelajari bahasa arab) menjadi wajib. Mempelajari bahasa arab, diantaranya ada yang fardhu ‘ain, dan adakalanya fardhu kifayah.” (Iqtidho, Ibnu Taimiyah 1/527 dikutip dari majalah Al-Furqon)

Tahukah engkau saudariku, dorongan untuk belajar bahasa arab bukan hanya khusus bagi orang-orang di luar negara Arab. Bahkan para salafush sholeh sangat mendorong manusia (bahkan untuk orang Arab itu sendiri) untuk mempelajari bahasa arab.

Umar bin Khaththab radhiallahu ‘anhu berkata, “Pelajarilah bahasa arab, sesungguhnya ia bagian dari agama kalian.” (Iqitdha)

‘Umar radhiallahu ‘anhu juga mengingatkan para sahabatnya yang bergaul bersama orang asing untuk tidak melalaikan bahasa arab. Ia menulis surat kepada Abu Musa al-Asy’ari, “Adapun setelah itu, pelajarilah Sunnah dan pelajarilah bahasa arab, i’rablah al-Qur’an karena dia (al-Qur’an) dari Arab.” (Iqtidho, Ibnu Taimiyah, dikutip dari majalah Al-Furqon)

Dari Hasan Al-Bashari, beliau pernah ditanya, “Apa pendapat Anda tentang suatu kaum yang belajar bahasa arab?” Maka beliau menjawab, “Mereka adalah orang yang baik, karena mereka mempelajari agama nabi mereka.” (Mafatihul Arrobiyah, dikutip dari majalah Al-Furqon)

Dari as-Sya’bi, “Ilmu nahwu adalah bagaikan garam pada makanan, yang mana makanan pasti membutuhknanya.” (Hilyah Tholibul ‘Ilmi, dikutip dari majalah Al-Furqon)

Tertarik belajar arab lebih jauh? Alhamdulillah silakan ikuti terus pelajaran bahasa arab yang ada di www.badar.muslim.or.id

Maraji’:

1. Pentingnya Bahasa Arab. Makalah YPIA oleh Divisi Bahasa Arab YPIA
2. Majalah Al-Furqon edisi 1 tahun VII 1428/2008
3. Mukhtashar Hadi al-Arwah ila Bilad al-Afrah (terj) dengan tahkik Abu Shuhaib al-Karami, Ibnu Qayyim al-Jauziyyah, Pustaka Arafah, cetakan 1, Oktober 2005
4. Mutammiah Ajurumiyyah (edisi terjemah). Syaikh Syamsudin Muhammad Araa’ini. Sinar Baru Algensindo cetakan 5
5. Mulakhos Qowa’idul Lughotil ‘Arobiyyah. Fu’ad Ni’mah. Dar Ats-Tsaqoofah Al-Islamiyyah. Beirut.
6. Iqthido Ash-Shirotil Mustaqim. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah, Tahqiq dan Ta’liq oleh Dr. Nashir Abdul Karim Al-’Aql. Wizarot Asy Syu-un Al Islamiyah wal Awqof

Sumber: www.muslimah.or.id

Rabu, 15 April 2009

Sa'id bin Amir: pemimpin Islam yang zuhud

Pada zaman saidina Umar ra , tanah Syam adalah pusat perniagaan yang besar dan hebat. Umar perlu memilih seorang gabenor yang sesuai supaya dapat memerintah bumi Syam dengan baik. Akhirnya beliau telah memilih Sa’id bin Umar ra sebagai wali (ketua) Syam. Apabila Umar ra mengajukan jawatan wali Syam kepadanya, beliau menjawab :


لا تفتني يا أمير المؤمنين


“ Jangan campakkan aku ke dalam fitnah hai amirul mukminin.”


# sebagai seorang beriman hendaklah merasa takut dgn jawatan keran ia satu amanah yg besar dan boleh menyebabkan dia hanyut dengan nikmat jawatn tersebut.


Lalu Umar menjawab:


والله لا أدعك أتضعون أمانتكم وخلافتكم في عنقي ثم تتركونني


“Demi Allah aku sesekali tidak akan membiarkan kamu, adakah kamu meletakkan amanah dan tugas khalifah ke pundak ku kemudian kamu meninggalkan aku.”


# Kita tidak boleh membiarkan pemimpin tertinggi membuat kerjanya tanpa dibantu. Setiap orang ada peranannya. Ingat, kita berkerja kerana Allah bukan keran jawatan.


Akhirnya Said pun setuju dengan jawatan tersebut. Beliau pun berangkat menuju ke Hims (tempat di Syria) bersama isterinya yang baru dikahwini. Saidina Umar telah membekalkan harta yang banyak kepadanya. Apabila sampai di Hims, isterinya hendak menggunakan duit tersebut utk membeli pakaian dan perabot yang sesuai dengan kedudukan mereka sebagai pemerintah Syam. Lalu suaminya berkata:


ألا أدلك على خير من هذا ؟! نحن في بلاد تجارتها رابحة ، وسوقها رائجة ، فلتعط هذا المال من يتجر لنا فيه وينميه


“Mahukan aku tunjukkan kepadamu penggunaan harta yang lebih baik dari ini?! Kita berada di Negara yang mana perniagaannya menguntungkan dan pasarannya meluas. Sebaiknya harta ini dilaburkan kepada pedagang-pedagang untuk dikembangkan.”


Isterinya menjawab:


فإن خسرت تجارته


“Kalau perniagaan ini mengalami kerugian?”


Sa’id berkata:


لن تخسر بإذن الله


“Tidak rugi dengan izin Allah.”


Isterinya berkata:


فنعم إذن


“Kalau begitu, baiklah.”


Sa’id pun keluar membawa hartanya yang banyak. Beliau telah membeli barang keperluan yang penting utk kehidupan mereka dan selebihnya telah diagih-agihkan kepada fakir miskin.


# Inilah sikap seorang mukmin yang mengutamakan keuntungan akhirat dari keuntungan dunia dan lebih mengumpulkan amalan dari mengumpul harta yang fana. Harta yang diifak itu kekal dan yang digunakan sendiri itu akan akan musnah.


Masa pun berlalu, siisteri bertanya kepada suaminya tentang perkembangan duit yang dilaburkan. Sa’id menjawab:


إنها تجارة موفقة وإن الأرباح تنمو وتزيد


“Sesungguhnya perniagaan mencapai sasaran dan keuntungan berkembang dan bertambah.”

Suatu hari siisteri melontarkan soalan yang sama kepada seorang saudaranya yang mengetahui perkara sebenar. Saudaranya tersenyum diikuti dengan ketawa yang menimbulkan keraguan dalam hati siisteri. Siisteri bersungguh-sungguh menyuruh saudaranya memberitahu perkara sebenar. Akhirnya dia memberitahu bahawa sa’id sudah menginfakkan kesemua hartanya sejak awal lagi. Siisteri amat terkejut dan berasa sangat sedih kerana barang yang dihajati tidak diperolehi dan harta sudah habis. Said berkata:


لقد كان لي أصحاب سبقوني إلى الجنة ، وما أحب أن أنحرف عن طريقهم ولو كانت لي الدنيا وما فيها


“Sesengguhnya sahabat-sahabatku telah mendahului aku menjejaki syurga. Aku tidak mahu melencong dari cara hidup mereka sekalipun aku memiliki dunia dan isinya.”


Sa’id berkata kepada isterinya:


تعلمين أن في الجنة من الحور العين والخيرات ما لو أطلت واحدة منهن على الأرض لأضاءتها جميعا ، ولقهر نورها نور الشمس والقمر معا ، فلأن أضحي بك من أجلهن أحرى وأولى من أن أضحي بهن من أجلك


“Ketahuilah sesungguhnya dalam syurga terdapat bidadari dan pelbagai nikmat yang mana kalau salah satu dari nikmat tersebut muncul di bumi ini pasti akan menyinari seluruh bumi dan cahayanya akan mengalahkan cahaya matahari dan bulan. Aku mengorbankanmu demi mendapatkan nikmat syurga lebih patut dan lebik baik dari aku mengorbankan nikmat syurga kerana untuk mendapatkanmu.”


Akhirnya siisteri tunduk denga kehendak suaminya dan hidup dengan cara suaminya untuk mendapatkan syurga.


# Inilah sikap suami yang tegas dalam melaksanakan perintah Allah dalam rumah tangganya. Si sisteri juga akhirnya memahami suaminya yang lebih mementingkan akhirat dari segalanya.


Suatu hari khalifah Umar al-Khattab telah melawat Hims dan bertanya tentang pemerintahan Sa’id. Mereka telah mengadu kepada Umar 4 perkara:

  1. Dia keluar untuk menemui kami setelah hari kesiangan.
  2. Pada waktu malam dia tidak menenemui kami.
  3. Dalam sebulan dua kali dia tidak keluar menemui kami.
  4. Kadang dia pengsan dengan tiba2.

Umar berbisik pada tuhan dengan berkata:

الهم إني أعرفه من خير عبادك ، اللهم لا تخيب فراستي فيه

“Ya Allah sesungguhnya aku mengenal sebagai salah seorang dari hambamu yang terbaik. Ya Allah janganlah dikau kecewakan firasatku terhadapnya.”


Adapun jawapan Sa’id terhadap persoalan tersebut adalah seperti berikut:


Jawapan pertama:

“Sesungguhnya aku tidak keluar melainkan setelah kesiangan. Demi Allah Aku benci utk memberitahu sebabnya (kerna takut riya’ dan ujub). Sesungguhnya isteri aku tidak mempunyai khadam. Aku telah menguli tepung dan aku membiarkannya sehingga ia naik dan kemudian aku membakarnya menjadi roti. Kemudian aku solat duha dan setelah itu baru aku keluar.


# Inilah pemimpain yang hebat yang tidak menggunakan duit rakyat untuk kepentingan dirinya. Pemimpin yang tidak lupa untuk menguruskan urusan rumahnya. Kerja2nya dengan rakyat tidak melalaikannya dari melakukan tanggung jawab dirumah.


Jawapan kedua:

Adapun aduan mereka yg menyatakan aku tidak menerima aduan pada waktu malam. Sesungguhnya aku benci untuk menyatakan sebabnya. Sesungguhnya aku menjadikan waktu siang untuk rakyat dan waktu malam untuk tuhan.


# Inilah pemimpin yang tidak lupa kepada tuhannya. Sesibok mana pun seorang pemimpin terhadap rakyatnya, hendaklah dia memberi masa setiap hari untk bermunajat kepada tuhannya. Kalau kita bagi 24 jam rakyat sekalipun , kita tidak mampu menyelesaikan semua masalah yang timbul. Namun apabila kita memperuntukkan sebahagian masa diakhir malam untuk tuhan, pasti Dia akan membantu kita untuk mentadbir sesuatu tempat dengan sempurna.


Jawapan ketiga:

Sesungguhnya aku tidak keluar menemui rakyat dua hari dalam sebulan. Ini kerana aku tidak ada khadam untuk membasuh bajuku dan aku hanya mempunyai sehelai baju. Pada hari tersebut aku membasuh baju dan aku menunggu sehingga ianya kering. Setelah lewat petang aku baru keluar menemui rakyat.


# Inilah pemimpin yang sangat sederhana dalam hidupnya. Tidak mengambil kesempatan untuk mencari kekayaan melalui kerajaan yg dipimpinnya.


Jawapan keempat:

Aku kadang-kadang pengsan. Ini kerana aku telah melihat ketika khubaib al-Ansari dibunuh di mekah. Orang quraisy telah memotong kulitnya. Apabila aku mengingati peristiwa tersebut yang berlaku ketika aku masih musyrik dan aku teringat bahawa aku tidak membantu Khubaib ketika itu menyebab aku menggeletar kerana takut Azab Allah swt. Ini menyebabkan aku pengsan.


# Dia berasa amat bersalah dan takut tuhan mengazabnya kerana tidak membantu seorang muslim yang diseksa. Walaupun jelas dia tidak dipersoalkan kerana waktu itu dia masih musyrik. Bagaimana dgn kita yg hanya memandang sepi apabila melihat ummat Islam dibunuh dan diperangi.

Jawapan Sa’ad ini diakhiri dengan tangisan yang membasahi bibirnya.


Umar pun berkata:

الحمد لله الذي لم يخيب فراستي

“Segala puji bagi Allah yang tidak mengecawakan firasatku.”


Beliau memeluk Sa’id dan mencium dahinya.


# Inilah proses muhasabah yang perlu diadakan diantara pemimpin dan rakyatnya.


Rujukan: Qasasus Salihin oleh Haidar Muhyiddin Askif.

Di petik dari: http://akhisalman.blogspot.com/2009/04/said-bin-amir-pemimpin-islam-yang-zuhud.html

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...