Jumaat, 31 Mei 2013

TEASER: Debut of Kopi & Gula 1st Edition


Assalamualaikum dan salam Jumaat semuanya! :)

Insha Allah, esok 1 Jun 2013 bersamaan 22 Rajab 1434H, Secretariat Publikasi & Jurnalistik (SPJ) BADAR PKPMI-CM akan mengedarkan risalah bulanan BADAR yang telah pun diberi penjenamaan semula dengan judul yang lebih segar dan kontemporari, iaitu KOPI & GULA. 

Alhamdulillah setakat ini sebanyak 150 copies BERWARNA telah selamat siap dicetak dan hanya tinggal untuk dibahagi esok pada Sambutan Keputeraan Yang Dipertuan Agong & Israk Wal Mikraj di Konsulat Jenderal Malaysia, Medan pada jam 2 petang.

HEADER KOPI DAN GULA. NANTIKAN KEHADIRAN IA DI TANGAN ANDA!

Dengan kesempatan ini juga, kami menjemput anda dan anda dan ya anda juga untuk menghadiri sambutan tersebut. Bagi yang Muslim, acara akan dimulakan pada jam 2 dengan dimulai dengan bacaan Al-Quran, ceramah Israk Mikraj seterusnya solat Asar berjemaah dan seterusnya bacaan Yassin & Tahlil.

Pada jam 4:30 petang pula, minum petang akan disajikan. Bermula 4:30 petang, sahabat-sahabat yang bukan Muslim bolehlah bersama-sama hadir utk makan! Hehe.

Berikut adalah tentatif untuk besok:

Sekian, terima kasih semuanya :D

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...